Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..
Hari ini start lambat sikit tulis diari, sakit perut pulak..Haha..Sakit bukan nak buang air besar, tapi senak..mungkin sebab makan gelojoh sangat kot.. Aku kulur-kilir menahan sakit perut (sambil berfikir), terus aku ambil kunci kereta dan pergi ke bukit sentosa (kedai alatan elektrikal) untuk membeli spare-part air-conditioning (kapasitor), sebab hari Ahad nie, Baihaqie minta tolong aku “tengok-tengokkan” air-cond kat rumah dia. Katanya tak sejuk, aku “suspect” kapasitor lah, based on dia punya keterangan. Aku beli siap-siap.Hari ahad confirm kedai tutup..
Aku pernah ada pengalaman jadi service technician (air-cond) beberapa tahun yang lepas. Aku kerja sebulan lebih jer..Haha.. Aku berhenti pun sebab sambung belajar balik kat Kedah..Dalam sebulan, macam-macam aku dapat belajar
Masa itu aku sempat handle beberapa site terutama di TuneHotel (Klia2), Pudu Hotel, Gamuda Walk dan Hampshire Residences. Gamuda Walk paling best..Masa tue belum buka sepenuhnya, aku ada kat sana sampai tahap Testing and Commissioning. Kat sana paling banyak aku belajar tentang Automation system. Hari-hari balik sampai 12 malam..Orang-orang yang aku kenal kat sana memang “low profile”,tapi hebat-hebat belaka..
Cerita Awal Pagi
Okay, aku start cerita kisah awal pagi tadi ye. Hari ini aku datang awal sikit..Takdelah awal sangat..Tapi bolehlah. Sampai jer kat Dimal, aku borak-borak lah ngan Farrizal..Farrizal ini kira sifu aku, dia yang banyak ajar aku.
Susah untuk aku cakap “tak” kat Farrizal jika dia minta tolong aku.. Aku respect dengan sifat tenang dia. Cara dia bercakap, cara dia duduk, cara dia berjalan, cara dia handle situasi, cara dia buat keputusan, semuanya dalam keadaan terkawal jer..
Okay, lepas tue aku teringat satu benda.. Semalam punya Sample belum cast. Haha..cepat-cepat aku masuk Lab..Sampai dalam Lab jer..Dah habis Cast. Rao dengan Jai dah Cast..
Selalunya jika Production produce satu brand dekat-dekat waktu nak balik 5:30 Petang.Lab akan kasi “Overnight” sample. Esok pagi kena datang awal-awal pagi sebelum 8:30 Pagi (sebelum production jalan)..
Rao cakap kat aku, “cakap nak datang awal”.. Aku jawab, “awal lah nie, awal 5 minit”..Hahaha..Kemudian aku teringat nak ambil pen kat beg, tengok-tengok beg dah basah..Air tumpah… :-). Tau tak air Apa ? Air protein (aku kan nak naikkan berat badan)..Habis berlendir…Handphone, Jam, Ubat-ubat, alatan tulis,dll
Aku pergi tandas Bersih-bersihkan beg.. Ubat-ubat aku buang semua.. Kemudian aku pegang satu jam, Jam ini adalah pemberian daripada adik perempuan aku (Jam berharga Rm10)..Jam itu dah pecah cermin dia..Air dah Masuk..Aku pegang dan nak Buang..Aku terdiam sekejap, Jam ini adalah pemberian dia.Dia pernah cakap kat aku, “kenapa abang erol tak pakai jam ini,susah-susah kita beli”. Aku simpan jam ini sebab nilai sentimental dia. Nilai kasih sayang yang ada pada jam itu..Aku tak jadi nak buang..
Aku memang peminat jam tangan..Jam yang aku pakai semuanya adalah pemberian orang. Sebelum ini aku pernah pakai jam pemberian adik-perempuan aku (G-shock)..Hampir 4 tahun aku pakai. Jam tangan sekarang (Tissot) dari pemberian Ayahku, tahun lepas.
Handphone yang aku baru beli pun basah terkena lendiran air. Masuk kat sound.. Dalam hatiku berkata, “takpelah..aku nak pakai pun untuk Whatsapp sahaja” . Aku gunakan ia memang khas untuk perniagaan sahaja. Tak kisah sangat..Aku beli Handphone tue pakai duit Family Day yang aku dapat walaupun aku tak join masa itu..Haha ..Aku dapat Kipas Angin dan Blender.. Kipas aku kasi Rao..Blender Aku kasi Adik Perempuan Aku.. Tahun ini kalau aku tak kahwin lagi..Terpaksalah aku absent Family Day Lagi.. 🙂
Taraf Kewarganegaraan
Okay, ini bab yang paling lawak dan lucu pada hari ini yang terkena pada diri aku..Hahaha..Sampai sekarang aku masih ketawa sorang-sorang lagi.. 🙂
Dipermudahkan cerita, semalam Hanafi dapat satu surat, lebih kurang tawaran bekerja (offer letter) yang menyatakan dia kini di dalam tempoh percubaan di tempat kerja (Dimal). Kira macam masuk balik lah,selama ini dia bekerja selama dua tahun, kontrak jer rupanya..
Aku “bahan” lah dia, aku cakap kat dia, “apy, kau tengah apply warganegara ker, owh..kau orang vietnam rupanya,patutlah kau sokong vietnam masa lawan bolasepak hari tue”..Hahaha..
Lepas tue, aku bantai lagi dia kat Kantin, “Rupa-rupanya kau orang vietnam yer apy, aku ingatkan kau orang Malaysia”.. Haha..Okay, dipendekkan cerita, hari ini masa waktu rehat, Helmy kasi tahu, “Khai,Saga,Mari, dan Aku masuk Office, HR nak jumpa”. Aku pun pelik lah. Apa salah yang dah aku buat. Lepas tue aku dengar orang cakap, “HR suruh angkat Almari”.. Aku pun berfikir, “Aishh..Banyak lagi orang yang badan besar-besar kat sini,aku juga kena, memang nak kenakan aku ke apa nie” 🙂
Masuk jer Office, HR suh masuk bilik meeting, Duduk Jarak-Jarak..Aku dapat surat “Appointment Letter”. Dalam hati aku berkata, habislah aku.. kenalah aku hari ini.. Haha.. 🙂 . Okay, masa aku keluar Office, semua member-member tengok jer aku.. Mesti diaorang suspect aku naik gaji. Hahaha..Aku buat muka selamber jer lah, then aku keluar untuk waktu sembahyang Jumaat..
Okay, aku cut sekejap cerita ini ye…Lepas habis waktu sembahyang Jumaat, kepala aku dah start nak sakit ..Aku dari dulu sampai sekarang, hari jumaat mesti sakit kepala punya, walaupun dah makan ubat..Aku pergi Klinik, ambik ubat + coca-cola (terus hilang sakit)..
Okay, bersambung balik..Sampai jer kat tempat kerja, bila aku nak punch card masuk kat office, aku nampak Rao.. Rao terus jerit, “Rupa-rupanya ada empat orang bangladesh lagi yang kerja kat dimal nie, Hahaha” ..Masa waktu rehat pukul 3, paling “kaw-kaw” aku kena “bantai” dengan Hanafi,Abang Zul, dan Abang Syokeri, “Passport mana ?,passort mana ?”. Masuk plant pun kena “bantai” lagi, Aku cakap kat abang Zul, “Abang Zul pinjam Forklift” “Vietnam mana ada pakai forklift, angkat jer”..Hahaha..
Rao pula cakap, “Walaupun khai warga Vietnam pakcik, saya tetap sayangkan dia”..Hahaha.. :-). Masa aku jalan dengan Rao, kami berdua nampak Mariyappan sedang bersandar di kerusi Forklift, Rao cakap, “Kau tengok khai, Mari sedang memikirkan cara nak balik India”.. Hahaha..Adehh.. Kaw-Kaw aku kena hari ini…
Hari ini memang “point” paling best lah..Selalunya aku kena “point” pasal kahwin..“Khai bila nak kahwin ?”..”Kenen-kenen” dengan perempuan. itu pun bila aku dah kena.. aku dah “gabra”..Inikan pula point yang memang aku tak boleh nak balas…Hahaha..Okay2.. Aku MENGAKU KALAH
Khairul Azahar Bin Sharriffuddin
11 January 2019 11:04 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor