Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 73 : Yang Mengenalkan Hati Kepada Sesuatu

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Hari ini aku tersedar sekitar jam 1 pagi (anak buah aku menangis di dalam bilik). Aku try nak sambung tidur kembali (tapi tak boleh). Aku membelek (memeriksa) handphone, dan ada 3 notifikasi pada email (properties listing) yang menunggu approval daripada aku, sambil-sambil tue aku merokok lah (dalam suasana yang gelap)..

Ketika dalam perjalanan pergi ke tempat kerja semalam, aku singgahlah sebentar di kedai (beli sarapan pagi). Masa tengah berdiri menanti makcik kat gerai bungkus nasi lemak aku, datang seorang makcik dan berkata, “makcik nampak ada anjing kena langgar kat sana, dah mati, masih baru lagi, kesian, makcik tak boleh tengok benda-benda macam nie”. (sambil menangis)

Aku cubalah nak pujuk makcik tue, “takpe makcik, mesti ada orang yang datang ambil nanti letak kat tempat lain”. Makcik tue balas, “harap-harap macam itu lah”.. Dalam hatiku berkata, “lembutnya hati makcik nie”. Bagiku, sifat belas kasihan nie (sekiranya sudah ada pada seseorang), tak sukar dah untuk bentuk dia (untuk memiliki sifat hati yang baik).

Bagiku, rupa paras (perkara yang menyedapkan pandangan mata) nie hanya sementara sahaja (berapa lama boleh tahan ?). Semua apa yang ada dalam hati nie termasuklah lintasan hati akan dipertanggung jawabkan suatu hari nanti (hari akhirat). Ia takkan pergi dan hilang macam itu sahaja. Sifat hati ini sebenarnya jahat, kita boleh judge (menjatuhkan suatu hukuman) kepada seseorang dalam keadaan yang tersembunyi (tanpa pengetahuan orang itu)..

Tetapi hati manusia ini lah yang paling bernilai sekali kerana hati adalah tempat bersemayamnya segala jenis perasaan (baik atau buruk), tiada sesiapa (makhluk) pun yang tahu, melainkan diri kita sendiri..

Masih Sakit

Tangan aku masih sakit lagi, dah seminggu dah. Dalam dua hari ini, Hanafi ada urut tangan aku (pandai dia urut). Dia katakan kepadaku, selalunya dia akan mengurut ibunya sehinggalah ibunya menyuruhnya berhenti (1 atau 2 jam)..

Aku pernah tengok Hanafi kena marah dengan ibu dia (masa itu aku datang rumah dia nak ajak keluar). Dia hanya berdiri tegak sahaja (sambil dimarahi ibunya). Bila dah habis, baru dia berjalan. Hanafi nie memang budak baik dan rajin bekerja (tapi kaki perempuan).. Haha 🙂 . Semalam dia urut tangan aku, kemudian dressing dengan bandage. Aku cakap tak payah, tapi dia paksa juga. Sayang kau kat aku ye Hanafi.. 🙂 .

Malam

InsyaAllah, hujung minggu ini (aku takkan pergi ke mana-mana). Tapi ada beberapa perkara yang yang tertangguh aku nak selesaikan. (bukan kerja). Tapi perasaan hati yang tertangguh 🙂 . InsyaAllah semuanya akan selesai hujung minggu ini..

Okaylah ye, aku nak relax sekejap menikmati suasana malam yang sunyi nie. Bunyi cengkerik jer yang aku dengar saat ini.. Daripada usia remajaku (masih sekolah lagi), aku dah terbiasa dengan keadaan ini (hampir setiap hari aku akan berjaga sehingga ke waktu subuh).. Aku ada tulis satu diari mengenai malam (tahun 2010).. Nanti aku check semula dalam laci (file) aku (jika masih ada lagi). Jika ada, aku akan publishkan semula (InsyaAllah)..

Tahu tak apa yang tersembunyi waktu malam-malam macam nie ? Banyak keajaiban yang kau boleh lihat dan serap dalam hati kau saat-saat macam nie. Sekali kau dah dapat kupas rahsianya pada hati kau. (kau akan rasa waktu siang itu dah tiada nilainya)..

Khairul Azahar Sharriffuddin
5 April 2019 3:50 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 72 : Seadanya..
Next Post Diari 74 : Terakhir Untuk Dia