Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 79 : Rasa Hati Yang Telah Pergi

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Petang tadi (lepas balik kerja), aku pergi melawat Azlan (rakan sekerja) bersama dengan Hanafi, Adik Rahim dan Sai. Alhamdulillah dia dah beransur pulih. Aku harap kau cepat sihat ye Lan.. Semuanya akan baik-baik sahaja (akan kembali seperti biasa)..

Masa dalam perjalanan pulang (drive), banyak perkara yang bermain di dalam fikiran dan perasaanku.. Aku tak tau nak describe kan macam mana. Banyak pertanyaan-pertanyaan yang bermain di fikiranku dan pada masa yang sama juga, perasaan hatiku sentiasa memberikan jawapan di atas setiap pertanyaan fikiranku (terasa aneh menghadapi situasi seperti itu)..

Rasa diri ini dah jauh sangat.. Jauh sangat daripada perkara-perkara yang baik.. Aku tak tahu macam mana nak bawa hatiku ini (setiap hari) dalam keadaan yang rosak keadaannya (sifat hati yang tidak baik)..

Dan aku tak tahu berapa lama perlu aku selusuri kehidupanku di dalam keadaan seperti ini lagi. Perlukah aku berubah atau adakah aku perlu menunggu masa yang merubah semuanya ? . Aku rasa takut… Rasa takut sekiranya tak sempat untuk melakukan semua itu..

Aku masih ingat lagi pesanan Rao kepadaku, “hidup ini ditangan engkau, bukan di tangan orang lain, kau yang perlu buat keputusan”

Irama Hati

Aku nak kongsikan 2 irama hati aku disaat ini (guitar solo).. Irama ini diciptakan oleh Shahrul Ekamatra disaat usianya sekitar 16 tahun suatu ketika dahulu (awal 90 an).. Setiap notanya, seolah-olah menceritakan sesuatu.. (rasa dalam hati).. Cover by : Jai Dzafir

https://www.instagram.com/p/BwMpwytnvLQ/?utm_source=ig_web_button_share_sheet

Sekarang ini, aku sedang praktis kedua-dua solo guitar nie.. Aku tak berapa nak minati sangat lagunya (cuma petikan solo guitarnya) yang menjentik emosiku.. Aku kagum dengan perasaan yang ada dalam setiap petikan gitarnya..

Melarik Cahaya…

InsyaAllah, esok hari cuti (Ahad). Aku akan gunakan masa yang sebaik-baiknya. Sebenarnya aku lebih gembira bekerja freelance seperti ini (aku nak jauh daripada prasangka hati) dan aku lebih tenang bersendirian.. InsyaAllah, aku rasa dah tak lama lagi, aku akan dapat capai impian aku untuk bekerja sendiri.. InsyaAllah, bulan 8 nie aku dah boleh buat satu keputusan awal (atau selewat-lewatnya akhir tahun ini)..

Kejadian yang telah berlaku beberapa ketika waktu ini mematangkan aku.. Aku rasa, aku dah tak seperti dahulu lagi (perasaan hati).. Setiap malam, hatiku menangis.. menangis dengan apa yang telah terjadi.. Aku yang bersalah sebenarnya.. Tapi takperlah.. perkara dah berlaku.. maafkan aku, aku yang perlu pergi sebenarnya…

Aku rasa, aku nak lupakan semuanya..Aku nak pergi jauh.. Jauh dari hati-hati yang pernah aku sakiti.. maafkan aku..

Khairul Azahar Sharriffuddin
13 April 2019 8:49 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 78 : Suara Hati Yang Memisahkan Realiti
Next Post Diari 80 : Apa Yang Terjadi 18 Tahun Yang Lepas ?