Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 19 : Ice Breaker

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Sebagaimana yang nukilkan di dalam diari yang ke 18 : Turning Point . Hari ini merupakan “ice breaker” di dalam hidupku. Sebab hari ini telah mengubah segalanya, kini aku dah buat satu keputusan, yakni suatu keputusan berdasarkan apa yang telah aku “terima” hari ini.

Meskipun suatu hari nanti takdir menentukan “dia” bukan milikku sekalipun, aku tetap bersyukur kerana pernah ditakdirkan untuk bertemu dengan dia, terutama pada hari ini..

Migrain

Sebagaimana yang aku ceritakan sebelum ini, aku perlu mengambil ubat migrain pada setiap hari untuk mengelakkan terkena serangan migrain, yang mana boleh dikatakan hampir setiap hari aku akan mengalaminya. tetapi pada hari ini aku TAK AMBIL UBAT pun.. 🙂 . Alhamdulillah, sampai sekarang aku takde rasa apa-apa (kesakitan)..

suatu perkara yang LUAR BIASA yang terjadi pada hari ini, apatah lagi hari ini adalah hari Jumaat (Cuaca yang terlalu Panas). Mulai esok aku berjanji aku takkan ambil ubat migrain lagi..Jika benarlah hari ini telah mengubah segalanya.. Aku nak tengok esok macam mana..

Aku dah menderita lama dengan penyakit aku ini.. Sampai aku dah rasa takde peluang lagi untuk sembuh lagi.. Aku jadi takut untuk keluar dari rumah tanpa ubat (aku takut tak boleh balik rumah)..Aku dah penat dengan semua ini..

Freelance

Alhamdulillah, tengah hari tadi aku ada try deal dengan seorang client berkenaan dengan satu projek. Alhamdulillah respond yang diberikan sangat bermakna untuk aku. Dia merupakan client pertama aku untuk tahun ini..

Disebabkan buat masa ini jadual kerja aku di DIMAL yang tidak menentu, aku katakan kepadanya untuk memberikan aku masa 2 hari untuk menyiapkan perincian (details) mengenai tawaran aku kepadanya.

InsyaAllah jika perjanjian ini berjaya dilaksanakan, aku akan menerima percentage keuntungan daripada sales mereka. InsyaAllah.. Boleh lah aku kahwin tahun ini .. Haha..

Alhamdulillah, hari ini kehidupan aku penuh dengan “warna-warni”. Sampai sekarang aku masih lagi rasa “teruja” dengan apa yang terjadi pada hari ini dan aku dah buat keputusan.. Aku HARUS jadi JUTAWAN tahun ini juga.. 🙂

Cerita Pasal Rao

Oh ya, sebelum aku nak tutup diari ini..Aku nak ceritakan sedikit pasal Rao. Rao nie merupakan sahabat yang setia dengan aku (dah berjanji untuk hidup susah dan senang bersama)..

Dia ada memohon pertimbangan majikan untuk menaikkan gajinya untuk tahun ini. Sebelum ini pun dia dah selalu berbincang dengan aku mengenai soal gaji nie, dia cakap dia dah tak boleh survive lagi jika gaji dia masih sama macam dulu..

Rao katakan kepadaku,sekiranya majikan tidak boleh bantu dia pada kali ini, dia takkan lama lagi kat sini (Dimal).. mungkin lagi 2-3 bulan.. Dia tanya aku, “kau ikut aku sekali khai” . Aku jawab, “saya takdehal.. kita dah janji hidup susah dan senang bersama, saya akan ikut”. Lepas tue aku cakap lagi kat dia, “okay bang, abang tunggu sampai bulan 8, paling lewat sampai bulan 12, saya akan jadi jutawan, saya akan bantu abang, cuma saya nak tau, bila OT nak habis, itu jer, sebab bila OT dah habis,saya boleh sambung projek saya”.Dari bulan lepas lagi aku dengar perkataan OT nak habis..OT nak Habis.. Sampai sekarang pun tak habis-habis lagi..

Rao nie boleh diibaratkan sebagai, “Dimal Dictionary”. Sekiranya semua pekerja Dimal tak datang pun, dari raw materials, buat formula,produce product, check quality, adjust formula,packing, sampailah finished goods, semua dia boleh buat sorang-sorang dalam semua section (bukan mahir dalam satu section jer tau)… 🙂 .

Okaylah ye, nanti esok aku sambung lagi. InsyaAllah semuanya akan berubah mulai hari ini..InsyaAllah..Tak sabar untuk bangun pada esok hari… 🙂

Khairul Azahar Sharriffuddin
19 January 2019 1:39 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 18 : Turning Point
Next Post Diari 20 : Running Out Of Time