Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..
Alhamdulillah, dah makin berkurang rasa sakit kepala. Hari ini aku overtime sejam sahaja, balik dalam pukul 6:30 petang (rasa tak tahan sangat).. Kepala aku dah start sakit dalam pukul 11 pagi. Hari ini aku janji taknak makan ubat kan ? Bila dah mula sakit, baru nak makan ubat.. dah terlambat lah.. 🙂
Aku cakap kat Rao, “Bang, hari ini saya nak balik 6:30 lah ye, sakit dah tak tahan sangat nie, Hanafi kau tolong support Rao ye, jangan balik awal pula”. Rao dengan Hanafi macam biasa pastinya akan memahami masalah aku.. Terima kasih ye korang.. 🙂
Pasal cerita taknak makan ubat nie, sebenarnya ia bersangkutan dengan kisah semalam.. Mungkin sebab Aishah agaknya.. Aku rasa “dia” nie memang bawa, “luck” dalam hidup aku (semalam banyak perkara yang unik terjadi lepas aku jumpa dia).. Luar biasa lah.. Rao usik aku, dia cakap “Aishah adalah Caffox untuk Khai” .. Hahaha.. Caffox adalah ubat migrain aku.. 🙂
Overtime
Dari semalam aku dah fikir masak-masak.. Hari ini masa “casting” aku cakap dengan Rao dan Hanafi, “okay bang, saya nak cerita sedikit ye, abang dah kahwin dan dah ada anak, kebanyakan orang yang kerja kat sini pun dah kahwin dan juga anak…semuanya dah ada, cuma fokus untuk cari duit sahaja”
“Macam saya takde apa-apa,belum kahwin, takde anak lagi, umur dah 33 tahun..banyak yang saya nak kejar dalam masa yang singkat nie. Saya nak minta tolong sekiranya bulan 2 ini masih ada overtime, saya tak boleh nak join dah,sebab saya ada kerja nak buat (freelance).. Saya dah tak boleh tangguh lagi. Abang dan Hanafi boleh tolong saya kan, Hanafi boleh kan ? , tapi kalau emergency ke, itu lain lah, saya boleh cover”
Rao membalas pertanyaan aku, “Okay Khai, Takde masalah, aku faham”. Hanafi juga begitu.. Aku tahu dua orang sahabat aku ini pasti akan sentiasa bersama dengan aku… Aku tahu..
Nilai Persahabatan
Semenjak dari zaman sekolah lagi, aku akan mengikat orang-orang yang aku percayai untuk masuk dalam hidup aku. Pertama sekali aku akan lihat cara dia bercakap, cara dia melihat orang, cara dia beri tumpuan, cara dia makan, cara dia minum, cara dia duduk, cara dia bertutur dengan orang yang lebih muda atau tua, cara dia melihat perempuan atau lelaki, cara dia berjalan, cara bila dia keseorangan, cara bila dalam keramaian, cara dia menulis dan membaca, dan akhir sekali, cara dia berinteraksi dengan masa,keadaan, ataupun situasi..
Semua itu aku akan kira dan bila aku dah percaya pada seseorang itu, pasti aku akan katakan perkara ini kepadanya, “kita dah macam keluarga, dan saya janji akan susah dan senang bersama, apa-apa masalah bagitahu saya, dan bagi diri saya, TRUST adalah nombor satu”
Khairul Azahar Sharriffuddin
19 January 2019 10:17 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor