Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 95 : Dewasanya Kamu..

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Malam ini merupakan malam pertama umat Islam memasuki bulan Ramadhan (hari Islam bermulanya selepas waktu maghrib). Apakah perasaan aku dengan ketibaan bulan Ramadhan ?. Nak kata gembira sebagaimana yang pernah dirasai oleh para salafus-soleh sebelum ini (tiga generasi awal dalam Islam) memang takdelah, siapalah aku ini (aku hanyalah orang yang sentiasa melakukan kesalahan hati yang tiada henti-hentinya)..

Nak tahu tak ? Sebenarnya hati ini hidup dengan sifatnya dan kita boleh rasai tandanya bila ia dah mulai mati. Tanda-tanda kematian hati nie, bila kita dah tak rasa apa-apa dengan apa yang kita lakukan (tanpa ada rasa bersalah dengan perlakuan diri). Jika kita rasa gelisah ataupun risau dengan sesuatu perkara yang kita lakukan (kesalahan), itu tandanya sifat hati masih hidup lagi..

Dan sekiranya ada peluang pada suatu masa nanti, dan andainya kau terlihat akan dua tanda ini, Kitab Penawar Bagi Hati (Sheikh Abdul Qadir Bin Abdul Mutalib Al-Mandili) dan juga Kitab Hidayatus Salikin (Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani), maka ambillah ia akan (sanadnya) dari guru yang mengajarkannya, kerana sesesungguhnya ia adalah makanan bagi hati, dan perbicaraannya mengenai tempat pandangan Tuhanmu (ilmu hati)..

InsyaAllah, ramai guru yang memiliki sanadnya, yang mana ia bersambung-sambung sehingga kepada penulis kitab asal ini. Ambillah akan ia untuk menghiasi peribadimu dan menyempurnakan akan amalanmu (syariat). Kerana sesungguhnya amalan tanpa ilmu itu akan ditolak (ilmu feqah), dan amalan tanpa kehadiran hati itu juga akan tertolak (ilmu tasawwuf), apatahlagi jika tiadanya ilmu Tauhid (mengenal tuhan) pada dirimu itu, maka akan sia-sia lah amalanmu itu, kerana tiadalah kau kenal akan siapa yang engkau sembah…

Bermulanya Hari Dewasa..

Hari ini keputusan pengambilan ke Institut Pengajian Awam telahpun dikeluarkan, tengah hari tadi aku pergi ke bilik ibuku, kata ibu, “adik kau Beela dapat masuk UITM, tapi tak tau kat mana”. Aku lihat adikku (Beela), “ye ke, beela ? Tahniah..Tahniah” (sambil ku gosok kepala dia dengan tanganku). Adikku menjawab, “nampak sangat tak tengok group”.. Haha.. ?

Rupanya dia dah message dalam group whatsapp keluarga, (aku manalah perasan). Sebagaimana yang aku katakan sebelum ini, aku memang jarang bersosial di whatsapp, apatahlagi balas message member-member aku yang lain (standard 5-6 jam sehingga sehari, baru aku balas).. haha.. ??

Hari ini, dia (Beela) akan menempuhi hari dewasanya. Dahulunya, kita orang sekeluarga akan memanggil dia dengan panggilan kecik-kecut (sebab dia bertubuh kecil). Pernah kita orang bahan dia dalam group whatsapp (upload gambar di masa kecil dahulu).. Haha.. ? . Suka sangat kacau dia..(kekadang tue, aku saje je nak kasi dia hot). Maklumlah, yang paling bongsu kan.. haha. ??

Freelance

Dari pagi tadi, aku duk depan pc jer .. Haha ?? . Alhamdulillah, malam semalam aku dapat satu client yang nak buat partnership di dalam satu laman web aku. Domain nie aku dah simpan setahun dan aku baru renew bulan lepas. (aku ingat nak lepaskan jer).. Tapi sayang, sebab namanya unik..

Aku dah mulakan kerja-kerja untuk develop web ini dari pagi tadi. Alhamdulillah,semuanya berjalan dengan lancar. InsyaAllah, aku harap malam ini, aku akan dapat siapkan 70 peratus daripada keseluruhan kerja. Web application, Hosting, dan Email aku dah siap setup. Cuma Front-End design sahaja yang tinggal. Jika dikutkan, dalam dua hari boleh siap (esok aku cuti). Tapi esok, ada perkara yang aku nak lakukan..

Untuk laman web ini, aku minta 25 peratus keuntungan yang dia dapat generate melaluinya setiap bulan (semuanya aku akan uruskan). Dia cuma buat sales dan marketing sahaja.. nak tahu domain apa ? Jeng.. Jeng.. Jeng.. ? . Nanti aku kasi tahu, bila semuanya dah berfungsi sebagaimana yang diharapkan..

Sebenarnya, semalam aku dah mula menyambung semula kerja-kerja untuk develop laman web carian pekerjaan (viral.my). Tapi aku terpaksa tangguhkan dahulu untuk memberikan keutamaan kepada laman web ini. Bulan nie, aku banyak keluarkan duit untuk kerja-kerja freelance.. macam air jer rasanya .. Haha.. ?? . Itu maintain jer tau (takde tambah apa-apa aplikasi)..

Esok Hari..

InsyaAllah, esok ada beberapa perkara yang aku nak lakukan. Pertama sekali nak pergi Bank (buka satu akaun simpanan). Rasanya, aku nak buka akaun CIMB pula (akaun untuk perkahwinan).. Haha. ?Kalau tak, keluar duit macam air ajerlah (tak boleh nak kawal penggunaan duit).. Lebih baik aku asingkan awal-awal.. ✌. Tapi memang akaun tue untuk tujuan perkahwinan pun. InsyaAllah, aku harap tahun hadapan aku dapat mengakhiri segalanya.

Aku sedang berusaha ke arah itu, dan aku telahpun berjanji dengan dia untuk memberikan peluang kepadaku sehingga akhir bulan 10 ini. Jika apa yang aku lakukan ini tidak seperti mana yang aku harapkan, maka akan berakhirlah segalanya, dan saya harap awak akan bertemu dengan lelaki yang terbaik untuk diri awak..

Khairul Azahar Sharriffuddin
6 May 2019 12:32 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 94 : Yang Telah Pergi..
Next Post Diari 96 : Perkara Yang Tertangguh..