Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 35 : Rasa dalam Hati

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Pagi semalam, aku keluar rumah sekitar jam 7 pagi, ambil Rao ke tempat kerja. Masa dalam perjalanan, aku cari caffox dalam beg doraemon aku 🙂 (tak jumpa). Dalam hatiku berkata, “mana pula hilangnya nie”. Aku dah mula cemas lah (kepala dah start sakit)..

Selalunya aku akan simpan caffox dalam dashboard kereta (untuk backup). Cari tak jumpa juga. Masa drive aku berfikir, “kejap lagi boleh singgah klinik kejap ambil ubat”. Sampai jer kat rumah Rao sekitar jam 8:15 pagi (dah lewat). Dia tunggu depan rumah, siap ada tuala kecil kat bahu dia (demam)..

Masa dalam kereta, aku cakap dengan Rao nak singgah kat klinik kejap ambil ubat (akan lewat sampai kat tempat kerja). Dia cakap okay, dan minta tolong aku ambil ubat selesama dia sekali.. Lepas itu dia telefon Mr.Kevin cakap lewat dalam 5-10 minit, then Call Baihaqie cakap lewat dalam 10-20 minit.. 🙂

Kitaorang sampai kat tempat kerja dalam pukul 9:01 minit pagi. Kemudian aku terserempak dengan Aswani, dia kasi aku coklat untuk Lab. Dia cakap dia buat.. Sedap… Kitaorang makan dalam Lab. Tq Aswani. 🙂 .

Rasa Hati

Boleh dikatakan sepanjang malam tadi hati aku sedih dan menangis. Takde orang yang nak pujuk pun 🙂 . Ceritanya aku tak boleh nak public kan. Aku ada satu sifat, kalau bersedih, aku akan habiskan duit gaji aku… Aku akan tinggalkan Rm500 jer, untuk pergi dan balik kerja.. kalau tak cukup juga, aku akan keluarkan duit simpanan aku yang lain..

Pagi nie sahaja pun aku dah habiskan Rm500 untuk beli perisian.. Malas nak fikir panjang-panjang.. aku click button buy jer (bayar pakai paypal).. Rasa menyesal ? . Kalau fikir pasal menyesal, banyak perkara yang lebih besar dalam hidup aku untuk aku sesalkan..

Tapi perkara yang pernah terjadi 18 tahun yang lepas itulah yang masih aku sesalkan sampai sekarang.. sampai sekarang aku masih tak boleh maafkan diri aku pasal kejadian itu.. Maafkan aku.

Khairul Azahar Sharriffuddin
2 Februari 2019 6:03 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 34 : Kepastian
Next Post Diari 36 : Si Pipi Merah