Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Hehee.. ini merupakan diari yang ketiga ku tulis pada hari nie. 🙂 . Aku dah jarang-jarang menulis sekarang nie, bila ada peluang menulis tue terus kongsi jerlah apa-apa yang ada dalam fikiran nie…Haha.. 🙂 . Dalam diari yang lepas, aku ada berkongsi pengalaman perjalanan hidupku sepanjang tahun ini di dalam beberapa peringkat penulisan diari kan ?. Jadinya, untuk tulisan diari pada hari nie, aku akan kongsikan sambungannya..
Okay, untuk penulisan kali ini, aku nak kongsikan pengalaman bercinta aku untuk tahun nie lah.. Hahaa.. Aku sebenarnya malas nak kongsikannya, tapi aku rasa rugilah jika tak rakamkan perkara yang pernah aku lalui sepanjang hidupku. Ini semua cuma perkongsian pengalaman sahaja. Perkara yang dah lepas akan tetap jadi sejarah dan kita akan belajar melalui apa yang pernah kita tempuhi..
Yang pertama, nie aku tak anggap ia sebagai cinta lah, sebab masa tue cuma aku kesiankan dia jer (takde apa-apa perasaan lain). Dia tengah bersedih (ada beberapa perkara yang terjadi).Aku cubalah nak pujuk dia (takde apa-apa niat yang lain). Cuma rasa kesian jer. Tapi disebabkan rasa kesian tuelah, aku terperangkap lepas tue. (tersilap langkah).
Aku takde bagi apa-apa harapan pun kat dia dan aku memang tak harap apa-apa pun balasan daripada dia. Tapi aku silaplah, silap sebab aku mulakan sesuatu yang tak sepatutnya aku mulakan. Sepatutnya aku biarkan jer dia menangis masa tue. (bodoh sangat sebab nak kesiankan dia). Yang paling aku tak boleh terima, orang-orang yang tak pernah aku usik sedikitpun, bersama-sama sekali berkomplot nak kenakan aku.. Bila aku fikirkan kembali semua perkara nie, aku akan tertawa sendiri, aku akan katakan “semua pun budak-budak jer lagi”. (umur pun ada yang tak sampai 30 tahun).
Aku harap takkan jumpa dan lihat muka diaorang lagi dah. Sebab takut termaki dalam hati pula nanti.. hahaaa.. :-). Okay, settle kisah pertama. Nie ujian yang paling berat pernah aku lalui dalam tahun nie lah. Fuhh…Tapi disebabkan hal nie, banyak perkara baru yang aku belajar (memang betul-betul benda baru dalam hidup aku). Tapi jauh di sudut hati aku, aku nak lihat sangat semua orang nie terseksa (itu pun takkan puaskan hati aku lagi). Aku bukannya tuhan nak menghukum kan ? Aku manusia biasa jer yang turut sama melakukan kesalahan. Tapi bukan aku tak cuba untuk buang semua perasaan itu, aku cuba.. tapi mungkin masa yang akan menentukan semuanya..
Yang Kedua, namanya Aisyah, seorang cashier kat sebuaah stesen minyak BHP kat serendah (kat serendah ada 2 stesen minyak BHP). Yang nie memang betul-betul aku jatuh hati dengan dia lah, sebab muka dia memang mirip sama dengan seorang perempuan yang aku pernah suka selama 18 tahun sebelum nie. Dah lama juga aku perhatikan dia, semenjak dari aku bawa moto sampai ada kereta.. Lama kan ? Hahaa.. Dia nie macam ada persona atau aura (bila lihat tue, mesti nak tgk lebih dari sekali).
Tapi bukan rezeki aku lah, sebab budak lagi (umur baru 21 tahun), jarak umur jauh sangat, aku umur 33 tahun).. hahaa….makcik kat tempat kerja dia boleh kata, “tak boleh, dah tua”..Haha.. Tapi apa-apa pun aku doakan kebahagian dia dengan orang yang dia cintai. Adik-adik aku sampai sekarang perli aku pasal Aisyah.. Hahaha.. tapi kat sini sebenarnya titik permulaan aku untuk mendekati perempuan, sebelum nie memang aku takut sangat, sampai boleh menggigil lah kalau jumpa perempuan.. Hahahaa.. lucu kan !
Yang ketiga, secara rasminya aku bercinta buat kali pertama (menjadi yang pertama dalam hidupku). Aku beranikan diri untuk berkenalan dengan dia, diperkenalkan oleh sahabat baik aku (ujai), dia yang temukan aku dengan wawa. Punyalah aku takut masa tue, nak tahu aku buat apa ? Aku taip whatsapp panjang-panjang semata-mata takut dia tanya aku semula..Hahaahaha.. Selalu aku balas whatsapp macam tulis diari.. hahaa :-).
Aku tak pernah ada pengalaman bercinta sebelum nie. Memang tak tahu lah cara nak layan perempuan macam mana. Dah tua-tua macam nie baru nak merasa ada teman..hehe.. 🙂 . Aku rasa dah 2 kali bergaduh dengan dia juga..Hahaha.. Kekadang isu remeh je, tapi aku mengaku semua itu silap aku lah. Aku baru nak belajar kenal perangai perempun macam mana. Walaupun adik beradik aku perempuan, tapi perangai perempuan semua lain-lain lah.. Hahaaa..
First time aku jumpa dia, masa tue memang aku takut gila. Aku rasa nak pengsan. Tapi alhamdulillah, bila dah berjumpa kali kedua dan seterusnya, dah mula rasa selesa. Kali kedua jumpa, aku dah bawa dia ke Fraser hill, aku katalah kat dia, “tak banyak boleh buat kat sini, kalau dah kahwin boleh lah buat macam-macam, pergi mandi ke”...Hahahaa…
Alhamdulillah, aku rasa hubungan aku dengan dia okay jer. cuma aku perlu kerja keras lagi untuk jadikan dia sebagai isteri aku. Sekarang aku masih tak berani lagi untuk mengakhiri semuanya. (masih belum stabil). Tapi aku bagi dia pilihan lah, dalam masa perkenalan aku dengan dia nie, sekiranya dia jumpa dengan seseorang yang cintakan dia dan dia pun suka dengan orang tue, aku tak kisah untuk lepaskan dia. Aku akan sentiasa ada untuk dia dan aku takkan cari orang lain lagi dah lepas nie.
Aku rasa okaylah kot cerita diari mengenai percintaan aku di tahun ini. InsyaAllah, dalam diari akan datang, aku akan completekan kesemua ceritanya. Tahun depan kita akan buka buku baru, aku harap dapat jumpa teman-teman seperjuangan yang baru dan bersama-sama dengan aku meneruskan perjuangan didalam kehidupan ini 🙂
Khairul Azahar Sharriffuddin
19 December 2019 6:27 Minit Petang
Kampung Sungai Buaya, Selangor