Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera.. 🙂
Dah baca diari sebelum nie tak mengenai Diari 173 :tips untuk move on ? Sekarang nie aku dah jadi tukang kupas cerita orang jer….haha.. Aku ambil kisah nie di facebook dan aku huraikannya mengikut pengalaman yang pernah aku lalui. Untuk hari ini pula, aku nak huraikan satu kisah bagaimana untuk menghadapi toxic environment di tempat kerja. Pastinya ada yang sedang bekerja di saat ini menghadapi situasi seperti ini..
Aku ambil masa untuk berehat sebentar. Sekarang nie, aku tengah design satu website untuk client, mata dan badan aku dah penat (just nak relax-relax menulis diari). Okay, berkenaan toxic environment di tempat kerja, boleh dikatakan ia sudah menjadi suatu perkara yang lumrah di alam pekerjaan. Kalau kau tak pandai & bijak untuk menghadapinya, memang boleh bungkus lah.
Lagi-lagi yang lurus, cepat jer kena makan (siap bungkus ikat tepi). Tapi aku tahu, ramai yang bertahan di dalam dunia yang penuh bertoksid nie disebabkan tanggungjawab mereka kepada keluarga. Ramai yang aku kenal begini sifatnya dan aku sangat hormat dengan kekuatan yang ada pada mereka. Zaman sekarang nie, orang dah tak berbicara lagi mengenai soal loyalty kepada company. Orang nak datang kerja, bekerja, cukup time balik, jumpa keluarga, cukup bulan dapat gaji. Itu jer..
Tapi ada jer dalam setiap company yang akan menjadi parasit yang kerjanya hanya nak menyusahkan orang lain jer. Orang macam nie, perkara pertama sekali kau perlu notice bila masuk kerja kat tempat baru. Sebab orang macam nie licik, dia akan sentiasa cari point untuk kenakan orang (takkan jadi baik), sebab itu sifat semulajadi dia. Jika sesuatu perkara buruk terjadi kat dia, dia akan menjadi semakin licik.(untuk menghindarkan & melepaskan diri).
Orang macam nie, kau jangan lah cerita apa-apa rahsia dekat dia. Jika cerita, dia takkan simpan rahsia kau. Silap haribulan, kau yang akan terkena. Orang-orang yang bertoksid nie kau boleh kenal dalam bulan pertama bila kau bekerja. Jangan banyak bicara sangat dengan orang seperti ini, cukup senyum dan berkata-kata sahaja. Kau nak lebih-lebih, baik jangan. Ini aku bercerita melalui pengalaman yang pernah aku lalui sebelum ini…Silap sikit, kau akan habis..
Aku pun dah tak sanggup nak kembali ke dunia seperti itu lagi.. hahaha.. Penat weih nak hadap orang-orang macam nie. Aku tak cakaplah aku baik, tapi aku takkan buat orang macam tue dan aku juga taknak orang lain kacau aku kat tempat kerja. Aku just nak datang kerja, bekerja, balik.. then lepas tue bergembira dengan dunia luar aku.(taknak bawa urusan kerja ke dunia luar). Bagi aku bekerja nie merupakan salah satu pecahan kecil di dalam kehidupan jer, tak perlu nak serius sangat… Tapi bila dah ada orang yang kacau, itu yang jadi serius. Hidup dah jadi tak tenteram, balik kerja nak memikirkan hal-hal seperti ini..
Tak kiralah kerja apa pun, ada pendapatan yang cukup untuk tanggung keluarga dan ada lebihan simpanan untuk kemudian hari, itu dah cukup memadai bagi aku. Lepas daripada itu, kau perlu nikmati kehidupan kau. Pergi travel bersama keluarga, pergi makan tempat yang sedap-sedap, jika suka berkomuniti, pergi ke rumah orang-orang tua ke, pergi kutip sampai tepi pantai ke. Kalau suka dengan hal agama, kau boleh travel seluruh Malaysia mendengar syarah kitab dari ulama-ulama ke. Agak-agak faham tak apa yang cuba aku nak sampai kan nie ?. Pendek kata, kau lakukan sesuatu yang bermanfaat dan kau suka dalam hidup nie.
Bila dah tua atau kaya baru nak buat perkara macam nie, dah terlewat lah. Takde siapa pun yang boleh beri jaminan kau orang akan sampai ke usia tua nanti. Lagipun jika dah tua nanti, badan pun dah tak kuat. Buat semua itu sekarang, walaupun tak cukup duit. Jika nak tunggu ada duit, masa tue kau pun dah sibuk, kau dah takkan pandang lagi hal-hal macam nie lagi dah.
Nak tahu tak, manusia nie suka mengejar sesuatu yang tak pasti, tapi hakikatnya, dia lupa apa yang ada di hadapan matanya kini (sesuatu yang pasti) dan mengabaikannya. Sehinggalah tiba satu saat nanti (kematian), barulah dia tersedar, apa yang dikejarnya selama ini hanyalah tipu daya semata-mata.. 🙂 (aku bercakap untuk diri sendiri ye).. Okaylah, aku nak tidur, esok nak sambung buat kerja.. 🙂 . Tapi jangan lupa, bekerja untuk hidup, bukan hidup untuk bekerja. (ini pepatah orang Perancis)
Khairul Azahar Sharriffuddin
17 Februari 2020 11:46 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor