Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..
Alhamdulillah dah semakin sembuh hari nie (demam + selesema + sakit tekak). Pagi nie aku nak sambung semula kerja-kerja ku yang tertangguh, at least aku nak siapkan 1 project hari nie. Tapi sebelum tue aku nak tulis diari dulu lah, kongsi-kongsi cerita.. Hehee.. 🙂 . Okay hari nie aku nak cerita bagaimana untuk kau sentiasa berada di dalam keadaan motivated dan gembira dengan kehidupan kau orang. Perkongsian nie adalah melalui pengalaman yang aku lalui (lain orang, akan ada lain caranya)…
Tapi kau orang boleh apply lah cara nie sekiranya sesuai dengan situasi yang kau orang hadapi ketika ini. Aku tahu setiap orang pastinya akan ada satu sejarah hitam dalam hidupnya yang sukar untuk dilupakan sepanjang hayatnya (itu sudah pasti). Perkara itu kau orang tak boleh nafikan dalam hidup kau orang. Terima semuanya, dan jadikan ia sebagai sebuah pengalaman dan salah satu ujian dalam hidup kau orang. (just terima dan jangan ada apa-apa action untuk pergi jauh lebih daripada itu).
Jangan ada action, maksudnya jangan ada tindakan susulan. Contoh kau nak stalk dan cuba nak ambil tahu ke. Yang dah lepas.. lepas.. Jika kau nak ingat semua itu dalam perasaan, hati, atau fikiran kau ke, itu terserah (sebab itu semua diluar kawalan diri manusia). Ada kala kita teringat dan ada kala kita trigger dengan sesuatu perkara (itu perkara biasa).. Tapi bila kau dah cuba untuk ambil action (tindakan) dengan perkara yang dah lepas, itu masalah lah .Kau takkan boleh nak hidup tenang dalam keadaan seperti itu. Sebab itu kau akan dengar cerita-cerita tentang orang yang dah memiliki semuanya tapi masih tak bahagia. Yang nie aku akan kongsikan dalam cerita seterusnya.
Lingkungan Diri
Okay, yang nie mengenai lingkungan diri kau (dengan siapa kau berinteraksi). Yang nielah yang akan menentukan mood kita sepanjang hari ataupun 2-3 tahun yang akan datang. Kalau kau orang dah ada banyak pengalaman berkawan dengan orang, kau akan tahu karekter setiap orang, kelebihan, kekurangan, bagaimana cara untuk bercakap dengan dia, apa yang dia suka, apa yang dia tidak suka. Kau akan tahu, apa maksudnya time dia diam, time dia marah, time dia sendiri.
Semua ini kau orang kena study (karekter manusia). Sebab ia akan mewujudkan “common sense”. Penting sangat “common sense” nie. Kalau kau takde “common sense”, chance untuk dibenci & disakiti oleh lingkungan kau adalah sangat tinggi, yang nie akan buat hidup kau stress, terutama kat tempat kerja. Jika kau rasa ilmu mengaji karekter manusia ini buang masa, kau orang silap lah. Kalau kerja sendiri takpelah, jika kerja dengan orang akan jadi bermasalah…
Dengan ilmu mengaji karekter manusia nie, kau boleh tahu bila nak bercakap dengan orang, bagaimana nak bercakap dengan orang, bagaimana nak bercakap dengan orang yang lebih muda & tua daripada kau, bagaimana nak sakitkan hati orang, bagaimana nak lembutkan hati orang, bagaimana nak buat orang marah dengan kau.. Hahaa.. Penting kan ?
Yang penting, kena banyak berkawan. Jadi dengan banyak berkawan nie sebenarnya kau boleh pilih lingkungan untuk diri kau sendiri. Macam aku, walaupun aku bekerja sendiri (jarang berhubung dengan kelompok manusia), aku masih lagi lepak & berjumpa dengan kawan-kawan aku, tapi aku pilih lah lingkungannya. Kau boleh pilih sendiri dengan siapa kau nak berjumpa dan dengan siapa kau nak berinteraksi, dan pastikan setiap perjumpaan (walaupun lepak), ada sebabnya, bukan lepak kosong je, cerita-cerita balik.. Yang tue buang masa dan tak bermanfaat..
Media Sosial
Okay, mengenai bab media social nie. Ada yang berkata nak elakkan stress tak perlu menggunakan media social. Aku pun pelik juga, apa yang diaorang stress dan dengan siapa diaorang stress sebenarnya. Selama aku guna media social nie, aku rasa okay je, takdepun stress pun dan boleh dikatakan ia banyak menyumbang kepada keperluan aku juga 🙂 . Okay jom tengok, bagaimana cara aku menggunakan media social untuk memastikan aku sentiasa keep positive..
Seperti Whatsapp, boleh dikatakan aku tak berminat untuk berinteraksi menggunakan whatsapp (kecuali dengan client untuk tujuan kerja). Kalau untuk tujuan kerja memang sangat sesuai, sebab semua data akan disimpan dalam tue. Kalau nak bersembang ke, better jumpa depan-depan. Aku jadi serabut jika nak bersembang dekat whatsapp nie.. hahaa.. Jadi aku gunakan whatsapp hanya untuk tujuan kerja..
Telegram, aku gunakan hanya untuk download Running Man je. Setiap hari isnin, aku akan download versi terbaru dan tontonnya pada waktu malam. Ini kira rutin setiap hari isnin aku lah. Walaupun aplikasi telegram nie lebih baik dari whatsapp, tapi aku takde keperluan lain untuk gunakannya.
Twitter, aku gunakan ia untuk dapatkan update-update terkini. Kalau kau orang nak dapatkan berita-berita yang terbaru, boleh gunakan twitter. Cepat sangat. Jika kau orang tunggu berita di TV atau media social lain, pengguna twitter sudah tahu lebih awal daripada itu. Boleh dikatakan, aku pengguna active di twitter. (bukan berkongsi, tetapi mendapatkan maklumat terkini)
Instagram, aku dah tak active di sana, melainkan aku ada satu account public untuk sharing perkara-perkara motivasi di sana @bloglelakiberlari . Ada akaun personal sebelum nie, tapi aku rasa macam tak kena dengan jiwa aku. Aku tak tahu apa yang aku nak cari disana, bila buka, gambar-gambar artis, orang menari, dll. Aku rasa macam tak bermanfaat. Kalau orang perempuan aku tahu sebab apa diaorang suka instagram, tapi bagi lelaki aku tak berapa nak faham sangatlah..
Facebook, media social yang paling aktif sekali aku gunakan. Aku banyak berinterakski dalam group-group sama ada secret ataupun public. Banyak sangat ilmu yang aku dapat di dalam nie. Hampir semua client aku datang daripada Facebook. Boleh dikatakan, ini tempat aku cari duit lah. Kat sinilah, aku cari client, berinteraksi dengan komuniti, dan tambah ilmu aku.
Okaylah ye, panjang sangat aku tulis hari nie, ikutkan aku nak sambung lagi…hahaa.. aku tak edit tulisan nie (sekali tulis je), yang mana aku tulis salah tue, kau orang betulkan sendiri lah ye.. Hahaa.. Okay, apa-apa pun, keep positive, apa sahaja perkara yang kita lalui dalam dunia ini, anggap perkara tue normal untuk semua orang. Ada masa kita bersedih, ada masa kita sunyi, ada masa kita gembira, ada masa kita bahagia.. Semua orang akan rasai nikmat itu..
Khairul Azahar Sharriffuddin
27 Feb 2020 12:15 Minit Tengah Hari
Kampung Sungai Buaya, Selangor