Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..
Petang tadi, selepas pulang dari tempat kerja, aku singgah sebentar di Pasaraya NSK (beli barang keperluan).. Kemudian, pergi ke Bandar Rawang (beli makanan kucing pula).. 🙂 . Tapi petang nie jalan tak sesak lah.. smooth jer traffic.. Aku pun tak tau sebab apa, selalunya aku akan maki-maki jer dalam kereta sebab traffic jam (masa pergi dan pulang kerja).. Haha. 🙂
Sebelum nie, aku memang dah ada perancangan untuk pergi ke tempat kerja dengan menaiki motosikal. Ayah ada menghadiahkan aku sebuah motorsikal kawasaki 250 (sekarang ini ada di Perak).. Ayah janji untuk bawa pulang dalam masa terdekat.. InsyaAllah.. Nanti dah ada, aku pergi kerja naik motor jer.. 🙂
Hari ini production hanya produce 1Mt. Memang relax habis lah.. :-). Aku sekarang nie memang dah jarang ada kat Lab (banyak habiskan masa kat Plant jer) , kerja-kerja R&D kat Lab pun aku dah tak nak involve lagi..
Aku nak terhad kan kerja aku mengikut skop bidang kerja aku jer sekarang nie.. taknak macam dulu-dulu lagi (semua kerja nak buat)… Sebab itu aku dapat gelaran “berlari-lari” (hanafi selalu perli aku).. Haha.. :-)..
Kisah Adik-Adik
Aku kalau boring masa kerja jer, aku akan pergi lepak dengan adik-adik aku (Rahim,Sai,Afiq).. Diaorang punya lawak memang sampai aku sakit perut lah.. Haha..:-).Kitaorang (Abang Shokeri, Abang Zul dan Aku) memang selalu melayan diaorang.
Semalam abang shokeri ada tanya diaorang, “Rahim, aku nak tanya kau, kalau lampu motor terkelip-kelip kenapa ya”. Lepas tue budak nie boleh plak main-main kan abang Shokeri, “cuba acik adjust side mirror”, lepas tue diaorang tambah lagi, “mungkin sebab penutup tayar, tak tutup ketat” .. Hahaha.. :-).. Abang shokeri pun layan jer diaorang.. 🙂
Budak-budak nie punya lawak memang tak boleh nak blah lah (sampai senak perut aku dibuatnya).. Memang best lah diaorang.. 🙂 . Abang Zul dan Abang Shokeri memang pandai melayan budak-budak..
Pasangan
Hari ini, aku nak kongsi serba sedikit ciri-ciri pasangan impian aku lah ye, :-). Aku rasa sebelum ini pun aku ada kongsikan. Perasan tak, setiap orang yang mencari pasangan, selalunya dia akan cari pasangan yang opposite (bertentangan) dengan dirinya..
Macam aku lah 🙂 . Aku lebih berminat dengan wanita yang tingginya lebih kurang perut aku jer ataupun separuh daripada paras dada aku (rendah jer).. Nanti boleh dukung.. Haha. :-), Berkulit putih (lagi putih, lagi aku suka).. Badan berisi sedikit.. Jika ada ciri-ciri nie (memang perfect lah).. Sampai sekarang aku masih gagal lagi untuk tackle awek-awek yang macam nie..
Aku tak pernah dapat peluang itu, boleh tak bagi abang nie peluang sekali jer.. :-). Sekali jer.. peluang sekali jer untuk masuk ke dalam hati awak itu, awak akan jadi wanita yang paling bertuah sekali.. 🙂
Khairul Azahar Sharriffuddin
28 Februari 2019 8:40 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor