Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 243 : Berat Tak Naik, Azam Masih On: Kisah Untuk Berubah

“Berat maintain, azam ke laut? Tak lah… masih ada peluang last minit ni geng. Dalam masa yang sama, aku nak share sikit pengalaman nak berubah..susah, tapi bukan mustahil”

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Ingat lagi tak azam aku tahun ni yang aku tulis dalam Diari 238: Azam 2025? Salah satunya, aku nak capai berat 65kg sebelum 1 Jun 2025. Haa… rasanya tinggal dalam 20 hari je lagi… haha. Sekarang ni berat aku maintain je kat 62kg. Tak naik, tak turun. Kalau lepas keluar tandas, mungkin turun sikitlah… haha.

Kurang 3kg je lagi nak capai target. Agak-agak boleh tak? Sejujurnya, badan aku memang jenis susah nak naik berat. Makan banyak mana pun, dia macam tu jugak… maintain. Tapi Ramadhan tahun ni, alhamdulillah, tak turun mendadak macam tahun-tahun lepas. Turun dalam 1kg je.(61kg–61.5kg gitu.) Kita tengoklah result menjelang 1 Jun nanti… haha.


Malam ni, aku nak share sikit pengalaman diri aku. Pernah terfikir tak… macam mana nak berubah?
Susah kan? Nak berubah kadang-kadang perlukan mujahadah yang tinggi. Lebih-lebih lagi bila benda tu dah sebati dalam hidup, benda sedap pulak tu, memang payah nak lepaskan.

Aku cerita berdasarkan pengalaman aku sendiri tau. Bukan nak bagi ceramah petang Jumaat ke apa.
Cuma nak kongsi, mana tau boleh jadi manfaat untuk korang.

1. Berhenti Merokok

Kalau kau lelaki, dan kau merokok… please lah berhenti. Rokok ni buat badan kau malas, sebab toksik banyak sangat dalam badan. Bila kau berjaya buang rokok, banyak pintu baru akan terbuka dalam hidup kau.

Nak berhenti? 3 hari pertama tu je susah. Lepas tu, insyaAllah, kau bebas. Kena lawan rasa nak merokok dalam hati tu. Aku dulu perokok tegar, sehari 2–3 kotak settle. Siang malam berkepul-kepul asap. Tapi bila aku decide nak berhenti, esok terus stop. Kadang-kadang 2–3 tahun clean, kadang relapse 2–3 bulan, pastu berhenti balik. On-off macam roller coaster. Tapi at least aku tahu, kalau nak, memang boleh berhenti bila-bila masa sahaja..

2. Kurangkan Dengar Musik Dalam Semua Aktiviti

Dulu, hidup aku literally full dengan musik. Bangun tidur dengar musik. Bersiap pergi kerja dengar musik. Drive dengar musik. Malam nak tidur pun muzik berlagu dalam kepala.

Bila tak ada musik, rasa kosong. Sebab aku dah jadikan musik tu makanan hati. Padahal, musik sebenarnya boleh mematikan hati kalau berlebihan. Kalau nak cuba berubah, jangan terus tinggalkan musik. Tapi kurangkan. Gunakan musik sekadar hiburan yang kadarnya hanyalah sedikit, bukan sebagai life support.

Nak hidupkan hati?
Dengar Al-Quran, beserta terjemahan. Kau akan rasa macam dunia baru terbuka depan mata kau.
Serius, hati kau akan tersenyum… ini kau kena cuba sendiri.. Dengan terjemahan tau, kau akan faham banyak perkara baru dalam hidup kau.. Sambil buat-buat kerja kat dapur tue ke, dalam bilik ke.. pasang je mp3 al-quran yang ada terjemahannya sekali.. aku ada buat web mp3.my .. kau orang boleh dengar kat sana, pastikan ada internet je lah.. kalau nak download pun boleh..


Okay lah geng, cukuplah untuk malam ni. Aku pun dah mengantuk dan nak rebahkan badan, tak lalu dah nak sambung lagi..haha 😴 InsyaAllah, kalau ada rezeki, aku sambung lagi cerita-cerita hidup aku ni dalam entry akan datang.

Doakan aku dapat capai target 65kg sebelum 1 Jun ni ya… hahaha. Kalau berjaya, kita celebrate dengan makan banyak-banyak… 😆 Sampai jumpa di Diari seterusnya. Assalamualaikum dan good night!

Khairul Azahar Sharriffuddin
Kampung Sungai Buaya, Rawang
10:09 Minit Malam

Diari 242 : Dari Subuh Sampai Petang: Misi Ubat, Misi Kehidupan
Previous Post Diari 242 : Dari Subuh Sampai Petang: Misi Ubat, Misi Kehidupan