Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Hi semua, selamat bertemu di pagi Jumaat. Dah lama sebenarnya aku tak menulis waktu pagi. Tak ingat pun bila kali terakhir. Tapi vibe dia memang lain. Malam selalunya penuh dengan emosi dan refleksi, tapi pagi ni rasa dia lebih ringan, lebih segar. Mungkin sebab kita baru bangun, otak pun tengah fresh-fresh kopi… haha.
Sambil-sambil tunggu waktu nak gerak ke masjid untuk solat Jumaat, aku nak kongsi sikit perkembangan hidup dan kerja dalam beberapa minggu ni. Anggap je ni sesi borak-borak santai kita.
✅Instagram: Hello Again!
Minggu lepas aku miraculously dapat balik akses ke akaun Instagram lama aku. Saja try login, tiba-tiba kena verify ID. Lepas aku upload dokumen, tak lama lepas tu… bam! dapat masuk balik. Terus aku backup semua gambar dan video. Serik kot!
Facebook? Yang tu kita sedekahkan Al-Fatihah je lah. Habis lenyap macam tu saja, dengan hampir 180,000 followers. Bertahun-tahun usaha hilang sekelip mata. Tapi takpelah, life must go on.
Sekarang aku upload semula beberapa gambar lama kat TikTok. Hahaha… tua-tua pun cuba juga masuk dunia orang muda. Terpaksa ikut perkembangan..Banyak produk IT yang aku bangunkan dan perlukan platform baru untuk reach orang ramai. Kalau dulu penulisan panjang kat Facebook berkesan, sekarang? Short-form video is king. Tapi nak video tak berani lah.. mana nak beli confident muka sambil bercakap dengan camera..haha… 😂
✍️ Projek Baru: Pena.my
Okay! Ni berita best…aku baru release satu projek baru bernama Pena.my.
Kalau korang jenis yang suka menulis tapi tak nak orang tahu siapa korang, this is for you. Kadang-kadang kita ada banyak benda nak luah, nak kongsi… tapi tak semua kita selesa nak letak nama sendiri. So aku bina platform ni khas untuk korang tulis secara anonymous …bebas, selamat dan simple.
You can just write. No pressure. Just your thoughts, stories, feelings. Nak test menulis? Nak ada blog sendiri tanpa reveal identiti? This is your playground.
🚀 Projek Kedua & Satu Lagi Dalam Radar
Sekarang aku dah berjaya siapkan dua projek baharu…rasa puas hati tu lain macam. Tengah tunggu masa sesuai untuk launch, Aku harap dapat launch sekali dengan projek yang ketiga..
Dan… aku tengah aim satu lagi domain premium yang bakal expired. Tengah tunggu masa dia drop, doa-doakan aku berjaya dapat domain tu ya. Aku harap takde orang lain tengah perhatikan domain tu pada masa yang sama .Kalau rezeki aku, InsyaAllah… itu akan jadi projek ketiga aku untuk bulan depan. Aku harap-harap sangat. Semangat ni tengah tinggi.
💪 Progress Gym & Berat Badan
Target aku bulan ni nak capai 65kg… tapi nampaknya susah beb. Hahaha. Pagi tadi timbang, still 62kg 🤦🏻♂️ Tapi yang bestnya, sebab target ni lah aku accidentally start belajar banyak benda baru.
Sekarang aku dah ada mini gym dalam bilik. Beli peralatan sendiri, setiap petang memang ada rutin workout. Pagi pun warm-up sikit. Aku perasan, badan rasa lagi fit, otak pun lebih fokus. Confident pun naik! 🔥. Walaupun belum capai target berat, tapi aku tak nak berhenti. Yang penting aku rasa better, and that’s already a win.
🎯 You Will Be Better
Semalam aku scroll TikTok, ternampak satu video, simple tapi powerful. Lebih kurang macam ni:
“What you’re doing now may or may not succeed. But one thing’s for sure.. you will be better.”
Betul. Kau mungkin belum berjaya, tapi apa yang kau buat sekarang akan jadikan kau lebih baik dari semalam. Progress is progress, no matter how slow. Just don’t stop.
🌿 Penutup: Kata-Kata Jumaat
Akhir sekali, nak tinggalkan satu pesan:
Jangan terlalu fokus pada hasil sampai kau lupa hargai proses. Kadang yang kita kejar tu belum tentu kita dapat, tapi yang kita jadi sepanjang perjalanan tu…itu yang paling bermakna.
Setiap hari adalah peluang baru. Kau mungkin tak nampak perubahan besar, tapi percayalah… you’re becoming better without even realizing it.
Okay itu je dulu untuk pagi ni. Aku nak siap-siap ke masjid. Thank you sebab sudi baca sampai habis. Jangan lupa, kadang-kadang perkara paling kecil yang kita buat dengan hati ikhlas..boleh jadi perkara paling besar dalam hidup kita nanti. Till next time. Jaga diri, jaga iman ..Jumaat yang berkat untuk semua .. Jangan lupa selawat untuk Nabi Muhammad saw, ahli keluarga dan para sahabatnya..
Khairul Azahar Sharriffuddin
Kampung Sungai Buaya, Rawang
23.05.2025 12:01 Minit Petang