Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Alhamdulillah. Semalam aku berjaya release dua lagi projek ke production:
📌 Takaful.me – Whatsapp URL Shortener khas untuk perunding takaful dan hibah. Sekarang tak perlu dah nak kongsi nombor telefon secara terbuka. Nak close sale? Bagi link je..terus masuk WhatsApp!
📌 Hibah.my – Biolink platform ala Linktree, tapi dibuat khas untuk perunding hibah & pewarisan harta. Bina satu page cantik yang himpunkan semua info penting, prospek klik sekali, terus faham siapa kau dan apa yang kau tawarkan.
Yang paling penting, semua ni PERCUMA. Tak perlu bayar apa-apa. Nak custom banner khas untuk Takaful.me? Boleh BuyMeACoffee, nanti aku tolong designkan banner untuk kau share kat media sosial. Simple, kemas, dan tailored untuk branding sendiri.
Fasa Lengkap Segment Hibah & Takaful
Dengan dua projek ni, segment takaful dan hibah kira dah lengkap. Sekarang, aku tengah fokus nak siapkan segment hartanah pula. Tapi yang ni kerja dia lebih banyak sikit, target nak siap pertengahan Julai. Lepas tu, baru aku boleh mula mode maintenance & monetization.
Kenapa monetization penting? Sebab projek-projek ni perlukan kos untuk maintain, domain, hosting, masa, support. Tapi aku nak pastikan benda ni kekal percuma untuk pengguna. Jadi, aku kena cari cara win-win, supaya platform ni berpanjangan dan berkembang.
Marketing Zaman AI: Kena Muncul di Depan Kamera
Sekarang ni aku tengah fikir cara paling efektif untuk marketing. Dulu, SEO dari website cukup power , tulis artikel, buat landing page, tunggu masuk ranking. Tapi sekarang, AI search dah ubah semua benda.
Jadi aku decide… aku kena jadi content creator.
Ya, aku tahu… malu, kekok, pelik nak bercakap depan kamera.Haha.. Tapi itu jalan paling cepat sekarang, YouTube, TikTok, Reels, Shorts. Visual content is king now.
Semalam aku dah mula ambil jalan permulaan..
✅ Setup studio kecil kat rumah
✅ Beli telefon baru untuk studio
✅ Dapatkan DJI Mini 3 untuk aerial view (yang nie aku nak buat untuk vlog)
Walaupun rasa malu tu ada, tapi aku tahu… kalau aku tak buat sekarang, bila lagi? Aku bukan macam umur 20-an dulu. Sekarang dah nak masuk 40-an… masa sangat berharga. InsyaAllah, hujung bulan ni aku akan mula video pertama. Simple, perkenalan, test run. Tapi yang penting, mula dulu.
Kalau kau tengah usahakan sesuatu sekarang, dan kau rasa segalanya bergerak perlahan, aku nak cakap satu je:
“Kita bukan bersaing dengan orang. Kita sedang berlumba dengan masa, dengan versi diri kita yang lebih baik.“
Doakan aku istiqamah dengan projek ni. Nanti aku sambung lagi… sebab banyak lagi benda nak kongsi, tapi macam biasa… tak semua sesuai campur dalam satu entri..haha. 😅
Khairul Azahar Sharriffudin
16 Jun 2025 3:03 Minit Petang
Kampung Sungai Buaya, Rawang