Hai, selamat bertemu lagi di pagi Jumaat yang penuh tenang ini π€οΈ
Okay kita mulakan dengan update minggu ni, projek mini studio! Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya juga release 2 video pertama aku π€β¨
Secara jujurnya, buat video ni bukan senang… ambil masa, banyak benda nak kena jaga.. editing, audio, semua benda kecil pun penting. Disebabkan tu lah, aku terus rasa tak berbaloi nak buat video affiliate unboxing π … haha..Makan masa weihβ¦ haha. Baik fokus balik pada benda aku dah lama buat… menulis.
Tapi ada satu perkara penting yang aku belajar dari proses ini…
Dunia video ni buat aku sedar betapa kecilnya diri aku dalam βloud worldβ social media ni.
Menulis dulu boleh filter, tapi video? Semua boleh nampak. Tak kisah siapa tengok. Nak tak nak, kena sedia hadap pandangan orang.
Nanti aku tulis artikel khas pasal ni. Tapi yang pasti, aku mula suka dengan dunia baharu ini. Lepas ni aku nak upgrade skill edit video pula. Banyak benda boleh belajar πͺ
π₯ Urusan Hospital & Hikmah Terselindung
Semalam aku bawa mak aku ke Hospital Selayang, appointment ambil darah. Tapi sebenarnya aku silap tengok tarikh π€¦ββοΈ. Sepatutnya appointment darah tu 23 Julai, tapi aku ingat bulan 8. Yang bulan 8 tu sebenarnya appointment nak jumpa doktor.
Nasib baik aku redah juga ke hospital hari Rabu lepas, tanya kaunter sama ada masih boleh ambil darah. Alhamdulillah, rezeki….sempat lagi. Kalau tak, appointment bulan 8 tu tak valid.
Dan semalam, proses pun cepat, 8:30 pagi dah settle.
Minggu depan ada dua lagi appointment… hari Isnin untuk mata dan Rabu untuk medical. Biasanya yang ni habis tengah hari, balik je memang tumbang tidur terus π.
π» Public API untuk Hadis.my β Dah Siap!
Satu milestone besar minggu ni.. aku berjaya release Public API untuk Hadis.my!
Ini untuk developer yang nak bangunkan lightweight app atau integrate API ni dalam sistem/website mereka. API ni penting untuk manfaat lebih ramai orang, tak kisah apa background mereka.
π Urusan Domain & Berat Badan Pun Naik! πͺπ
Oh ya, ingat lagi tak azam aku nak naik berat dua bulan lepas? Haha…
Update terkini: berat aku dah naik 2kg, sekarang dalam 64kg. Nampak lah sikit badan berisi daripada biasa. Target hujung Ogos capai 65kg, dan 70kg before hujung tahun. Misi: “From slim to solid”β¦ maybe lah. Haha.
Semalam juga ada orang berminat nak beli domain aku campsite.my, tawaran RM2K. Aku pun rasa baik tolak je, nak fokus kurangkan beban dan maintain platform yang betul-betul aku guna. Mana yang tak perlu, kita let go je… mungkin rezeki Jumaat hari ni π
Jumpa lagi di Jumaat hadapan, insyaAllah…
Doakan semua urusan aku dan keluarga dipermudahkan π
Kalau ada rezeki, minggu depan kita sembang lagi pasal progress studio dan dunia video ni okay ππ
βKadang bila kita terjun dalam dunia baru, baru kita nampak betapa kecilnya dunia lama kita. Tapi dari kecil tu lah, kita mula nampak ruang untuk jadi lebih besar, dari dalam”
lelaki berlari
Khairul Azahar Sharriffuddin
Kampung Sungai Buaya, Rawang
1 Ogos 2025 10:34 Minit Pagi