Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 261 : Chatbot, Novel AI & Dunia Yang Sedang Berlari

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Weihhh.. aku dah lambat nak menulis.. hahaa. tak sedar rupanya hari ini adalah hari menulis untuk lelaki berlari.. haha.. takpelah, aku tulis ringkas-ringkas je lah ya, tak sempat dah nak bersiap pergi sembahyang jumaat hari ini..

Baiklah, untuk perkembangan.. aku baru release satu web chatbot.. iaitu chatbot.com.my (AI chatbot), semua automatic dijawab oleh Chatbot AI, aku menggunakan API yang disediakan oleh OpenAI melalui model text-embedding-3-small dan juga GPTo1 mini untuk chat completion. Alhamdulillah berjaya.. nie project yang paling advanced aku buat menggunakan AI setakat ni. Dan semalam aku dah hampir berjaya siapkan pulak AI Novel Generator, yang mana boleh generate satu novel penuh dari awal sampai habis.. memang mindblowing weihh.

Untuk Novel nie aku tak buka public lagi (buat private dulu).. nak try test. Serius padu, sebab dia boleh maintain momentum cerita sampai habis dengan watak-watak konsisten. Aku dah buat sampai 6 jilid untuk satu cerita. Yang nie ada plan sendiri, insyaAllah aku nak release satu web khas untuk publish novel-novel AI ni, mungkin aku akan perkenalkan penulis sebagai PENA AI. Haha bunyi pun dah macam penulis misteri kan.. tunggu je lah aku release first novel penuh nanti.

Kalau fikir balik, teknologi ni memang dah shift total ke AI. Aku ingat lagi masa tahun 2022 aku first guna AI buat web, masa tu AI baru belajar tulis copywriting (tapi takde perasaan lah kan). Copywriter masa tu confident cakap “AI takkan boleh replace manusia sebab manusia ada emosi..” Haa tup tup, tak sampai 3 tahun, kerja tu hilang terus.. yang dulu kita rasa relevan, sekarang dah takde nilai. Aku nampak sendiri evolusi tu depan mata sebab aku dalam bidang ni.

Sama juga dengan web designer. Kalau tak adapt dengan AI, memang hilang dalam masa terdekat. Sekarang nak buat web senang je.. prompt, siap terus. Malah boleh replicate 1:1 web orang lain. Jadi aku sendiri kena adapt, cuba create direction baru. Kalau tidak, memang tinggal sejarah je lah. Sebab dalam sebulan je, macam-macam benda baru keluar.. dan semua tu bukan kecik-kecik punya perubahan.

Contoh terbaru, Google baru release Nano Banana model.. gila weh. Dengan model tu kau dah tak payah nak fine tune model lain untuk buat project tertentu. Benda ni boleh terus replace banyak kerja. Kedai baju contohnya, sama ada online atau offline, dah boleh ada fungsi try-on, kita upload je gambar sendiri, terus nampak macam mana baju tu fit kat badan.

Interior design pun sama.. upload gambar ruang rumah, terus dapat idea deco ikut citarasa kita. Malah siap bagi dimension perabot sekali. Kalau ikut timeline, beberapa tahun lagi mungkin terus boleh auto-generate ke versi CAD. Memang lain macam betul.

Aku nampak pattern ni, kerja-kerja teknikal macam plumber, technician, pekebun, semua tu akan kekal selamanya. Ancaman sebenar adalah pada white collar jobs. Tapi kalau kerja teknikal tu integrate AI, fuhh dorang lagi efficient dan laju. So bukan isu hilang kerja, tapi isu siapa berani guna AI untuk jadi lebih baik.

So aku nak pesan sikit kat sini, jangan malu nak bermula. AI ni senang je sebenarnya nak belajar dan apply dalam hidup. Jangan sempitkan fikiran ingat AI = ChatGPT je. Tu baru chatbot. Padahal dia lagi luas daripada tu, boleh masuk dalam education, bisnes, research, seni, agriculture, apa saja. Kau explore je, mesti jumpa guna yang sesuai dengan hidup kau.

Mungkin dulu kita relevan, tapi sekarang dah tak. Dunia memang gitu, sentiasa berubah. Yang penting, kita jangan berhenti belajar dan adapt. Kadang benda yang kita sayang hilang, tapi Allah bukakan ruang baru yang lebih luas.

“Mungkin dulu kita ada tempat dan relevan, tapi sekarang dah tak sama. Dunia ni memang sentiasa bergerak, laju sampai kita rasa tercungap nak kejar. Tapi percayalah, selagi kita berani adapt, belajar benda baru, dan cuba faham arah dunia pergi, insyaAllah kita tetap ada ruang. Jangan tunggu sempurna baru nak mula

LELAKIBERLARI

Khairul Azahar Sharriffuddin
12 September 2025 11:59 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Rawang

Diari 260: Maulidur Rasul & Rehat Sejenak
Previous Post Diari 260: Maulidur Rasul & Rehat Sejenak
Diari 262 : Demam, Projek Baru & kucing Yang Tak Balik
Next Post Diari 262 : Demam, Projek Baru & kucing Yang Tak Balik