Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 263 : Revamp Mengaji.my & Misi Terbangkan Drone Pertama

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hi 👋 dah nak sampai hujung bulan September kan? Sekejap je rasa masa berlalu, lagi 2 bulan je nak masuk umur 40 tahun… hahaha. Alhamdulillah, sampai juga ke tahap ni.

📌 Update minggu ni – aku berjaya revamp web mengaji.my ke versi baharu. Lebih mesra pengguna, ada beberapa features tambahan yang buatkan pengalaman lebih smooth. Aku terfikir nak tambah fungsi authentication, tapi masih timbang-timbang jugak usecase dia. Kalau tak bagi value kat user, buat apa letak kan?

Alhamdulillah, semua web dalam Islamic segment tengah berkembang sihat. Paling ramai user setakat ni memang hadis.my sebab dia duduk kat page utama Google. Target aku bulan 10 nanti insyaAllah nak cukupkan ekosistem Islamic segment ni.

📌 Segment lain – aku decide untuk restructure. Dengan AI, kerja jadi lebih mudah manage, tinggal nak fikir macam mana nak grow lebih cepat. Mudah-mudahan Allah kurniakan idea baru untuk aku teruskan jalan ni.

Oh ya, minggu ni insyaAllah aku akan try terbangkan drone buat kali pertama . Dah 3 bulan beli, tapi masih dalam kotak… haha. Ada belajar sikit-sikit cara fly, harap tak crash masa first try.

Sekarang aku tengah sibuk kemaskini semua web, dari pagi tadi pun tak settle lagi. Jadi aku taknak tulis panjang-panjang sangat hari ni. InsyaAllah kita sambung lagi next Jumaat.

“Masa memang laju, tapi kalau kita gunakan untuk bina sesuatu yang bermanfaat, setiap minit tu akan jadi bekal yang kekal.”

lelakiberlari

Khairul Azahar Sharriffuddin
26 September 2025 11:37 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Rawang

Diari 262 : Demam, Projek Baru & kucing Yang Tak Balik
Previous Post Diari 262 : Demam, Projek Baru & kucing Yang Tak Balik
Diari 264 : Dua Minggu Hilang, Banyak Cerita Balik
Next Post Diari 264 : Dua Minggu Hilang, Banyak Cerita Balik