Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 267 : Bila Masa Lalu Mengetuk Pintu

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kemungkinan tulisan kali ni akan panjang sedikit… sebab aku pun tak tahu nak mula dari mana. Jujurnya, minggu ni agak berat untuk aku tulis. Jumaat lepas aku tak menulis sebab perkara inilah… Beberapa orang rakan sekolah menengah lama tiba-tiba PM aku, ada yang di Messenger, ada yang di WhatsApp. Dua hari berturut-turut, dan entah kenapa, semua serentak. Aku betul-betul terkejut. Dalam hati aku tertanya, kenapa sekarang? Pasti ada cerita di sebaliknya kan?

Tapi… aku tak balas satu pun daripada semua mesej tu.

Ayat pertama yang aku baca, “Ini Azhar ya, kenal lagi tak?”, terus buat aku terdiam lama.
lama aku tak dengar panggilan ini.. sebab ini merupakan panggilan masa aku sekolah dahulu.. Ya aku kenal semuanya, tapi aku takde keupayaan nak balas pertanyaan itu.. Entahlah… Aku sebenarnya tak suka orang panggil aku dengan nama itu.. Lepas habis sekolah dah tiada siapa lagi memangil aku dengan panggilan itu lagi..


Cerita Lama Yang Aku Taknak Buka Lagi

Mungkin sebab sekarang ni tengah hangat cerita pasal buli sekolah kat media sosial, sebab tu orang mula teringat kembali zaman persekolahan masing-masing. Tapi bila aku fikir, mungkin ya juga sebab itu.. tapi aku tak pastilah..

Aku dulu bukan pelajar baik. Suka buli orang, ponteng sekolah, menganiaya orang lain, sampai akhirnya bulan Ogos 2002 aku dibuang sekolah. Dari situ hidup aku berubah 180 darjah.Dunia dirasakan gelap… Hilang arah. Aku lawan diri sendiri selama berbelas tahun, trauma, kecewa, sampai banyak kali aku rasa nak tamatkan hidup aku. Tapi Alhamdulillah, Allah bagi aku peluang kedua dan aku guna peluang tu untuk jadi manusia lain.

Nak menulis pasal ni pun aku rasa macam nak relapse trauma semula, hahaha… tapi InsyaAllah okay untuk hanya imbas semula kenangan itu. Percaya tak, aku boleh menulis satu buku lengkap, untuk cerita semua perjalanan semuanya dengan terperinci, sebab aku masih ingat lagi journey dan semua wataknya. Aku rindu nak pergi sana semula, bukan untuk cari sesiapa, tapi untuk “berdamai” dengan masa lalu aku sendiri.

Gambar masa sekolah dulu aku masih simpan. Letak kat whiteboard kerja aku sampai hari ni. Bukan sebab nostalgia, tapi sebab aku nak ingat…. aku dah datang sejauh ni dan berjaya mengharungi semuanya..


Bila Aku Pilih Untuk Tutup Bab Itu

Cuma sekarang, aku dah taknak ada attachment lagi dengan mana-mana watak masa lalu tu.
Bukan sebab aku benci, tapi sebab aku dah taknak jadi orang (Azhar) tu lagi. Aku taknak orang lain pun ingat aku yang dulu. Watak tu dah habis. Cerita tu dah tamat. Aku suka dengan versi aku sekarang ni. Aku suka diri aku yang ni.

Kalau dulu orang tanya aku,

“Kalau boleh undur masa, kau nak balik ke masa sekolah tak?”

Dulu aku akan jawab, Ya.
Tapi sekarang, tak.

Aku taknak ubah apa-apa. Sebab kalau aku ubah, mungkin aku takkan jadi Khai yang hari ni. Aku sudahpun berdamai dengan masa lalu aku.


Untuk semua yang mesej aku, maaf sebab aku tak balas.
Bukan sebab aku sombong. Tapi sebab aku dah letak titik noktah untuk bab tu. Aku nak hidup aku sekarang tenang dan tanpa beban kenangan yang dah lama selesai.

Umur pun dah makin tua… mungkin 20–30 kali tukar kalender je lagi sebelum aku pergi. Aku taknak bawa sejarah yang menyakitkan ke hujung jalan hidup aku. Biarlah ia berhenti kat situ.

“Kadang masa lalu bukan untuk diingat, tapi untuk difahami, supaya kita tahu sejauh mana Allah dah bawa kita pergi. Jangan takut tutup bab lama, sebab mungkin bahagian terbaik dalam hidup kita baru je nak bermula.”

lelakiberlari

Khairul Azahar Sharriffuddin
28 Oktober 2025 12:58 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Rawang.

Diari 264 : Dua Minggu Hilang, Banyak Cerita Balik
Previous Post Diari 264 : Dua Minggu Hilang, Banyak Cerita Balik
Diari 266 : Dari YES Tenat ke 5G Fly
Next Post Diari 266 : Dari YES Tenat ke 5G Fly