Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Berjumpa lagi di awal pagi Jumaat… ya, betul-betul awal, 12:30 pagi 😂
Hari menulis sedunia untuk lelaki berlari masih on weih, cuma minggu ni aku tulis awal sebab esok nak kemas bilik. Bilik dah rupa kapal karam sikit… haha.
Cerita Perjalanan Minggu Lepas
Minggu lepas, aku ke Senawang, Negeri Sembilan. Hari apa aku pergi? Tak ingat lah… rasanya Khamis. Ceritanya macam ni, internet rumah aku slow gila.
Aku pakai YES 4G unlimited plan lama (2mbps), RM120 sebulan… dan memabg slow.. Unifi sebenarnya ada, tapi monyet merata-rata dekat kampung ni… kabel pun kerap kena putus. Memang tak berani lah aku nak pasang.
Digi? Umobile? Semua aku test..line semuanya tenggelam timbul.. Rupanya-rupanya aku salah cuba kat telefon 4G. Bila pakcik aku test dengan phone dia (yang 5G), signal full bar,. Aku pun email YESCare nak upgrade plan lama tapi dia kata tak boleh, kena terminate yang lama..
Dan kau tahulah YES kalau nak terminate
✅ kena print form
✅ kena isi manual guna pen warna hitam
✅ kena serah balik by email
Printer rumah aku pun dah rosak.. Aku whatsapp kedai print, dia cakap cuti 2 hari.. Kalau nak terminate terus, kena pergi YES store kat KL.
Nope. Jem. Tak sanggup lah aku.. aku tak boleh jem.. memang cepat panas.. haha
Aku tengok list… Seremban ada. Aku ajak mak, “Mak jom Senawang…” dan mak on je… Awal pagi lepas subuh teruk gerak, sampai sana nak dekat pukul 9 pagi..
Aku tinggalkan mak kat rumah pakcik untuk berehat, aku gerak pergi YES Store Seremban Mall sorang.. dan alhamdulillah sekejap je settle.
Terus ambil plan 5G baru. laju weih..… barulah sedap pakai..
Tukar Tinted & Balik Rawang
Lepas selesai YES, aku singgah kedai tinted kereta. Masuk jam 11 pagi, keluar dekat 3 petang.. sempatlah borak-borak dengan orang sana.. tanya keadaan Negeri Sembilan, hal tanah, hal politik, hal sekolah, hal anak-anak, hal pekerjaan… lama gila borak weih..haha..Selesai semua urusan, terus balik ke Rawang. Itulah perjalanan minggu lepas.
Kerja Minggu Ini
Minggu ni, jadual agak padat.
✅ Aku siapkan sistem untuk pelajar tempat adik aku mengajar
Tak charge apa-apa lah.. adik kan.
Tapi…Balik nanti buatkan kek coklat ya…haha..😂
Sebab adik aku memang pandai masak, sedap macam mak aku.
✅ Fokus utama minggu ni — hartanah.my
Aku tengah push untuk lengkapkan semua modul. Malam ni pun sambung lagi sampai ngantuk dah tak larat nie..
✅ Minggu depan — beberapa projek baru dah ready atas kertas.
Yang tak relevan dalam system, mungkin aku discontinue 3–4 projek bulan ni.
Tak berbaloi dari segi masa & kos. Kalau projek dah setahun tapi tak matang, aku dah taknak buang masa..
Rezeki: Akses Copilot
Pagi tadi, ada seorang hamba Allah WhatsApp Aku..
Dia invite aku masuk organisasi dia di GitHub
Dan dia beri aku akses Copilot sampai Jun 2026 untuk membantu projek aku.
MasyaAllah…
Aku terharu, tak sangka ada yang sudi bantu.
Moga Allah permudahkan urusan dia & keluarganya dunia akhirat.
Akses ni aku guna untuk build Islamic segment, sebab dia mention berkaitan dengannya, dia selalu support dan beri pandangan bila aku share berkaitan projek-projek islamik yang aku buat.. Terima kasih sebab support..
Baiklah ya… tiba-tiba rasa mengantuk ni 😂
Aku nak siapkan sikit lagi kerja, sambung besok sambil kemas bilik. InsyaAllah, kita jumpa lagi minggu depan
“Kadang rezeki datang dalam bentuk kecil… satu mesej, satu bantuan, satu kebaikan yang orang lain tak nampak. Tapi dari benda kecil tu lah Allah swt buka jalan besar dalam hidup kita.”
lelakiberlari
Khairul Azahar Sharriffuddin
7 November 2025 12:53 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Selangor

