Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 267 : Di Antara Sunyi Malam & Cahaya Skrin Yang Tak Pernah Tidur

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ini aku menulis awal sikit ya, sebab esok pagi ada kerja nak buat. Kira menulis malam Jumaat lah ni… tapi still dikira Jumaat jugak kan, sebab dah lepas Maghrib 😄


Desk Baharu, Mood Pun Baharu

Minggu ni aku mula bekerja di desk baru yang aku setup masa bulan 6 hari tu.
Alhamdulillah, sangat selesa! Sebelum ni duduk bawah sampai sakit pinggang… haha.
Adik aku siap perli lagi, “buat stream ke?” 😂

Memang dulu planning nak buat stream, tapi bila fikir balik… Malas lah. Buang masa. Banyak kerja lain boleh buat. Haha, begitulah aku, idea banyak, tapi filter pun ketat 😆


Mengantuk Tapi Kena Tulis Jugak

Sebenarnya masa mula menulis ni aku dah mengantuk sangat. haha.. Minggu ni aku memang fokus untuk revamp & tambah baik web sedia ada, terutamanya dalam Islamic Segment. Aku nak siapkan semua ni dulu sebelum mula projek baru, sebab lepas ni mungkin dah tak banyak masa untuk nak maintain kerja lama..


Projek Minggu Ini: 5 Web Dah Siap Revamp!

Qari.my

Web ini mengumpulkan 159 qari dari seluruh dunia Guna API & CDN daripada alquran.cloud.
Aku berjaya revamp sepenuhnya, sangat berpuas hati! UI clean, features yang lengkap dengan player
Target utama web ini adalah pengguna antarabangsa.


Mp3.my

Tambah fungsi share, UI player baru, dan stream direct dari CDN (bukan server lagi). Sekarang web lebih ringan dan SEO dah aku kemas semula. Smooth playback dia sekarang.


Hadith.my

Revamp UI/UX baru guna AlpineJS, tambah security check & penambahbaikan SEO. Web ni sebelum ni perform, 5-6K klik Google setiap bulan .. tapi lepas tu jatuh teruk.Aku tak pasti sebab apa..
User luar negara masih ramai mesej tanya pasal web ni, sebab ni versi English Hadith. Aku tengah usaha untuk ia naik kembali..


PerundingHartanah.my

Sekarang dah ada fungsi user management, user boleh register dan manage link sendiri dari user panel. Tambah juga QR Generator dan UI baru. Nampak jauh lebih profesional sekarang.


Hibah.my

Khas untuk perunding hibah & takaful. Versi duplicate daripada PerundingHartanah.my,
tapi domain berbeza.. segment fokus lain.


Alhamdulillah, 5 web ini dah siap kemaskini minggu ni 🎉 Ada lagi 3 web dari Islamic Segment yang sedang menunggu giliran. Lepas tu aku nak fokus buat projek baru guna stack terbaru (nak cuba tech baru sikit).


Tentang Video & CapCut

Aku pun ada plan nak sambung buat video minggu ni. Bayangkan, aku subscribe CapCut Pro dari bulan 6, tapi baru guna dua kali je! Bayar tiap bulan tapi tak guna… haha.

Dekat channel baru aku baru ada 2 video, so aku plan nak release 2–3 video baru lagi bulan ni.
InsyaAllah.


Sambungan Dari Malam Ke Pagi

Teks ni aku sambung dari malam tadi punya, sebab semalam memang dah tak tahan, mengantuk gila.
Pagi ni lepas settle semua benda, baru aku sambung tulis balik. Kadang aku rasa macam diari ni pun dah jadi sebahagian daripada terapi mingguan aku, bila menulis, rasa tenang sikit. 😊

“Kadang bukan projek baru yang buat kita rasa hidup, tapi bila kita perbaiki semula apa yang kita pernah bina, dan kita tengok dia kembali bernyawa, masa tu baru kita tahu… usaha tak pernah sia-sia.”

Lelakiberlari

Khairul Azahar Sharriffuddin
14 November 2025 6:44 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Rawang

Diari 266 : Dari YES Tenat ke 5G Fly
Previous Post Diari 266 : Dari YES Tenat ke 5G Fly
Diari 268: Wangi Yang Tak Sengaja Menyentuh Hati
Next Post Diari 268: Wangi Yang Tak Sengaja Menyentuh Hati