Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Lama tak jumpa kan… haha. Dua minggu aku missed menulis. Minggu pertama sebab aku demam, memang tak larat langsung (satu family demam, tapi bukan influenza). Minggu kedua pula, aku penat sangat nak menulis. Biasanya aku menulis pagi Jumaat, jadi memang tak sempat. Ini pun aku menulis malam Jumaat siap-siap… kira hari Jumaat jugalah kalau ikut waktu Islam kan.. :-).
Baik, aku nak kongsikan sedikit perkembangan dua minggu ini. Alhamdulillah, aku dah berjaya update beberapa projek.
Projek pertama, zikir.my, web ini dah totally revamp ke versi baharu. InsyaAllah lebih kemas, lebih terperinci datanya. Nanti aku akan tambah lagi doa dan zikir yang aku terlepas pandang sebelum ini.
Projek kedua, tenagasolar.my, yang ini memang advanced sebab integrasi dengan beberapa API utama untuk dapatkan data cuaca real-time di seluruh Malaysia. Web ini berguna untuk pemilik, pelajar, dan sesiapa saja dalam industri solar.
Projek seterusnya, Qibla.my, sebuah web application untuk mencari arah kiblat seluruh dunia dengan target market antarabangsa. Siap sekali dengan integrasi waktu solat untuk semua zon. Dan terakhir untuk minggu ini, kalkulator.my, web kalkulator advanced untuk kegunaan harian. Sangat terperinci dan aku fokus untuk market Malaysia. Ada plan jangka panjang untuk segment ini. Bila dah mula terima visitor solid, baru aku gerakkan ke next stage.
Alhamdulillah, semua projek yang berjalan sekarang nampak positif, terutama segment Islamic yang setiap minggu semakin naik dari segi visitor.
InsyaAllah, minggu ini aku akan release lagi dua projek. Pertama, hartanah.my, dah siap, cuma aku tengah adjust sikit sana sini. Ini web yang paling banyak aku revamp sejak first launch 2019, sebab teknologi makin berkembang. Lagi satu projek adalah chat widget, dah siap, tinggal deploy ke server.
Baik, cerita panjang lebar… tajuk wangi… takde kena mengena kan. Haha. Dua minggu tak menulis, memang banyak benda nak kongsi.
Kisah Wangi Yang Lama Tertangguh
Tentang minyak wangi… aku memang dari dulu peminat perfume, walaupun badan aku sentiasa bau busuk… haha.
Selalu aku beli minyak wangi botol besar original sama ada di kedai atau Shopee Mall. Favorite aku Tommy Hilfiger, bau nostalgia masa sekolah dulu. Tapi satu perkara aku selalu pelik: beli ratus-ratus, tapi bau dia sekejap je hilang. Kadang aku tertanya juga… betul ke original?
Zaman sekarang, susah nak percaya orang. Packaging boleh tiru 100%. Claim boleh buat macam-macam. Tapi kandungan? Haa itu lain cerita kan..
Minggu lepas aku try beli satu brand POLO Ralph Lauren dari Shopee Premium. Aku kata kali ni aku na kasi one shot, nak test betul ke tidak. Sekali spray je… bau dia kekal dua hari kat baju. Hahaha. Dari situ aku dah confirm, sebelum ini ada possibility aku beli barang yang tak berapa original. So lepas ini, aku dah tahu tempat mana yang lebih meyakinkan. Perfume ni aku pakai bila keluar je, kat rumah aku pakai minyak wangi lain..
Minyak wangi ada beberapa kategori: parfum, EDP, EDT, beza pada peratusan fragrance. Lagi tinggi kandungan wangian, lagi lama tahan. Berbeza dengan tiruan, packaging sama, tapi kandungan dia bahan murah, alkohol keras, sintetik tak seimbang. Bau memang ada… tapi kepala pun pening.
Dan tiruan pula tak sama dengan inspired. Inspired ikut vibe, bukan copy macam tue je. Ada jenama sendiri, macam One Drop dan lain-lain. Inspired aku beli dan pakai juga, lepas mandi, sebelum tidur. Sedap je, wangi casual. Dan satu benda lagi… aku suka perempuan wangi. Haha. Bagi aku lah… muka tak cantik tak apa, kalau wangi, terus rasa nyaman je. Haha.
Baiklah, dah nak Azan Isya. Esok insyaAllah pergi Dengkil ambik adik aku balik. InsyaAllah, berjumpa lagi minggu hadapan ya..
“Kadang-kadang hidup bukan tentang apa yang kita capai, tapi apa yang tinggal melekat pada diri, sama macam bau wangi yang tak sengaja kita bawa sepanjang hari. Ada benda kita pilih, ada benda yang memilih untuk kekal.”
LELAKIBERLARI
Khairul Azahar Sharriffuddin
4 December 2025 8:10 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Rawang

