Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 247 : Pelik Sungguh Hidup Ini Kan ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Dah 2 hari kepala aku sakit. Lama sangat tak kena macam ni. Tiba-tiba datang. Mula-mula aku fikir mungkin stress… tapi aku dah lama belajar urus stress. Biasanya aku boleh control.. biasalah, umur makin meningkat, sabar pun makin tebal (kononnyalah..). Tapi kadang-kadang, ada perkara yang diluar kawalan yang sukar kita kawal..

Semalam, anak buah aku accident motor. Dia tinggal sekali serumah. Masa tu aku tengah buat kerja, tengah masukkan data zikir Hisnul Muslim untuk versi kedua zikir.my. Elok tengah fokus, tiba-tiba dengar orang menjerit dari bawah rumah dengan bunyi monyet sekali kat luar rumah. Aku berlari turun kebawah , ingatkan budak-budak kena gigit monyet. Tengok semua orang menangis…

Mak aku cakap, “Iman accident kat simpang 4!

Ya Allah… bila dengar perkataan “simpang 4” tu, terus rasa jantung macam tersekat. Memang kawasan tu banyak cerita tak best…Aku terus ambil kunci kereta, bawa laju. Sampai je kat simpang Y, sebelum simpang 4 tue, ramai dah orang. Nampak Iman terbaring, berdarah, tak gerak, muka pun berdarah. Dipendekkan cerita, Ambulans sampai dan bawa ke Hospital Selayang.

Abang dengan kak ipar aku pergi ke hospital dalam pukul 11 pagi begitu. Aku pula pergi lepas Zohor.. Alhamdulillah, doktor kata lepas buat X-ray dan CT-scan, takde apa-apa yang serius. Tapi tetap… trauma tu melekat kat kepala.Aku balik rumah… terus sakit kepala. Siapkan semua kerja cepat-cepat, terus tidur. Tapi sakit kepala tu tak hilang juga. Sampai hari ni, masih terasa.

Tengah hari tadi… aku keluar kejap beli barang kat NSK Rawang. Masa nak balik rumah, nampak lagi satu kemalangan. Kali ni, budak perempuan kecil terbaring kat tepi jalan, kira-kira 100 meter dari tempat Iman accident semalam. Aku antara orang pertama sampai. Dia berdarah kat pipi, kaki pun dia kata sakit (aku agak patah). Aku tolong payungkan, kipaskan sampai mak ayah dia sampai. Ambulans pun datang dalam pukul 12 tengah hari. Lepas tu, aku terus balik rumah bersiap untuk solat Jumaat.

Hari ni aku pakai baju putih yang aku beli minggu lepas. Baru aku teringat, memang sunnah pakai putih hari Jumaat. Tapi seluar putih aku tak jumpa-jumpa lagi. Masalahnya, susah betul aku nak cari seluar putih yang muat. Kau tahu lah.. aku kan tinggi, kurus, kaki dah macam galah… Dah berapa kali salah beli saiz. Habis duit. Haha! Cerita seluar ni panjang… nanti aku sambung dalam diari akan datang. Ada kisah menarik juga yang korang kena tahu. Hahaha…

Okay, berbalik kepada cerita tadi…

Malam ni aku sepatutnya dah tidur awal sebab kepala masih berat. Tapi rasa lega sikit tadi… jadi aku terus on komputer, tulis semua ni. Kadang-kadang, bila kita tak luah… rasa tu jadi beban.

Aku sebenarnya ada satu tajuk yang aku tengah fikir nak tulis, topik serius sikit..pasal interaksi kita di media sosial yang akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Baru aku tersedar 2-3 hari lepas… banyak benda yang kita pandang ringan, padahal kesannya besar sangat di akhirat. InsyaAllah aku akan tulis nanti, bukan nak cerita pasal sesiapa cuma cerita pasal pengalaman sendiri dan muhasabah untuk kita semua.

Dan satu lagi yang aku tak tahu macam mana nak huraikan…Dalam 2-3 hari ni, aku asyik teringat kat seorang perempuan… aku sekelas dengan dia masa tingkatan 2 dulu (tahun 2000) dan seingat aku, aku tak pernah pun bercakap dengan dia.. sebab dia nie jenis pemalu, nama dia Sharifah dan dia duduk kat sebelah kawan dia yang namanya Zeti.. Orangnya berkacamata tebal, muka ada ala-ala arab, putih, dan kecil je orangnya..

Dan selama aku bersekolah Menengah disana, sehingga 2002 (tingkatan 4), aku tak tahu sama ada di masih bersekolah disana atau tidak selepas tingkatan 2.. Mungkin ada kot dan mungkin tidak, aku pun tak perasan..

Kau bayangkan, seseorang yang kau tak pernah bercakap dan tak pernah kau simpan apa-apa dalam fikiran pun.. tetiba terlintas dan bermain-main wajah dia kat fikiran kau berhari-hari selepas berpuluh tahun…. Pelik sungguh hidup ini kan ?


“Ada benda yang tak pernah kita rancang dan fikir pun boleh terkesan dalam hati. Hidup ni kadang tak perlu difahami sepenuhnya, cukup sekadar kita laluinya dengan cara yang paling kita mampu.”

Jumpa lagi dalam diari seterusnya. Semoga kita semua diberi ketenangan dalam setiap ujian. Terima kasih kerana baca sampai habis.

Khairul Azahar Sharriffuddin
Kampung Sungai Buaya, Rawang
30 May 2025 10:57 Minit Malam

Diari 246 : Kisah Seorang Hamba & 22 Kucing
Previous Post Diari 246 : Kisah Seorang Hamba & 22 Kucing
Diari 248 : Kosong Yang Dia Tinggalkan
Next Post Diari 248 : Kosong Yang Dia Tinggalkan