Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 248 : Kosong Yang Dia Tinggalkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam Jumaat…

Lebih kurang dua minggu aku tak menulis, kan? Sebenarnya banyak benda aku nak kongsikan, tapi aku sendiri pun tak tahu nak mula dari mana. Kalau kau pernah baca sebelum ni, aku ada cerita pasal kucing aku yang bernama “Celup”, kucing jantan yang tidur dengan aku setiap malam. Dah hampir dua minggu dia hilang. Kali terakhir aku nampak dia, petang 2 Jun 2025…dia makan, lepas tu keluar… dan sampai sekarang tak balik-balik.

Sedih? Jangan cakaplah… Dua minggu ni aku rasa betul-betul down. Hari-hari sakit kepala, dan aku tak cerita pun kat sesiapa. Aku lebih banyak diam, duduk dalam bilik, nak buat kerja pun takde mood sangat.

Tapi hari ni… hari Jumaat. Hari yang aku selalu tunggu. Dan aku rasa, aku dah sampai satu tahap aku boleh terima kenyataan… Dia mungkin dah takde, dan dia tinggalkan kekosongan dalam hati ini..Dah terlalu lama dia tak balik. Tiga hari lepas aku mimpi dia balik rumah, tapi kali ni dia bawa ‘bini’ dan anak dia sekali. Duduk depan pintu rumah aku. Bila aku nak datang tengok, pintu tue tutup dengan sendirinya… Entahlah… mungkin dia pergi cari hidup dia sendiri. Kucing jantan, kan?

Kalau ikut salasilah keluarga kucing aku, Celup ni anak kepada Celup Bandot (Bandot sebab bau dia dulu kuat macam kambing…nama tu mak aku bagi… hahaha). Aku dapat Celup masa mula kenal dengan seorang perempuan bernama Wawa.. boleh kata girlfriend pertama aku jugalah. (Maaf sebab tak boleh teruskan wawa, sebab aku rasakan ada banyak perkara yang aku nak dalam hidup ini selain hanya berkahwin dan ada anak sahaja)..Masa tu tahun 2020, umur aku 34. Pertemuan pertama kami, dia bagi aku kucing ni. Aku bela dengan penuh kasih sayang. Bercerita pasal kahwin nie, nanti tulis di dalam diari akan datang..

Celup ni kucing siam mix kampung. Jadi memang aku panggil semua kucing baka macam ni sebagai “Celup”, tapi setiap satu ada nama belakang ikut perangai diorang. Macam satu lagi kucing betina, aku letak nama “Celup Golek-Golek”.. sebab pantang nampak orang, dia bergolek macam takde tulang. Haha.

Pada 15 Mac 2023, Celup Bandot mati sebab sakit batu karang.. aku lambat perasan, tak sempat nak rawat. Tapi masa tu perut Celup Golek-Golek dah besar. Dan beberapa hari sebelum tu, 4 Mac 2023, dia lahirkan 5 ekor anak..3 ekor mati, tinggal 2 jantan. Kedua-duanya aku namakan Celup juga, tapi takde nama belakang sebab aku malas nak fikir… Hahaha.

Yang abang dia mati dilanggar kereta depan rumah masa tengah main, pagi sebelum dia kena langgar (2 ekor nie memang tidur dalam bilik aku, aku bangun sambil tengok abang dia, dan aku cakap “tak sangka kau dah besar ya”, aku nak tangkap gambar masa tue, tapi macam berat sangat).. Tinggal seekor je, yang ni lah Celup yang hilang baru-baru ni. Teman setiap malam. Main sama-sama. Tidur sama-sama. Tapi sekarang, dia dah takde.

Aku tak boleh nak tulis panjang-panjang hari ni. Bila fikir balik semua kenangan, aku pun tak tahan… Tapi aku redha. Mungkin ada hikmah. Mungkin Allah nak aku belajar lepaskan. Tapi serius… aku rindu dia.

Hari Jumaat dan Harapan

Sekarang aku tengah bersiap nak pergi masjid untuk solat Jumaat. Hari Jumaat ni memang aku tunggu setiap minggu. Banyak peluang nak berdoa, nak minta macam-macam kat Allah swt. Ada masa aku rasa hari ni satu-satunya hari aku benar-benar hidup. Yang lain tu… kita sekadar mengisi masa. Perasaan yang paling indah, adalah perasaan bila kau mengharap pada Allah swt.. itulah perasaan yang kau harap sentiasa ada dalam diri..

Oh ya, aku ada cerita pasal seluar putih kan? Hahaha. Baju putih untuk hari Jumaat tu senang jumpa, tapi seluar putih aku cari merata tak jumpa saiz. Aku tinggi dan kurus.. kalau kau orang ada tempat mana yang nak beli untuk orang tinggi macam aku nie, bolehlah PM aku..

Projek Baru

InsyaAllah, dalam 2–3 hari ni aku akan release dua lagi projek baru ke production. Fokus kali ni lebih kepada komuniti takaful dan hibah. Aku harap ia bermanfaat, dan boleh jadi sebahagian daripada usaha dakwah kecil aku dalam bentuk digital. Kalau kau pernah follow projek-projek aku sebelum ni macam hadis.my, mp3.my, mengaji.my dan zikir.my..yang ni kira pelengkap untuk islamic segment.

Dua minggu ni banyak aku belajar. Bila kita sayang sangat pada sesuatu, dan benda tu hilang… kita akan rasa satu kekosongan yang tak tahu nak isi dengan apa. Tapi mungkin dari kekosongan tu, Allah nak tunjuk jalan lain. Kita tak tahu semua benda sekarang, tapi lambat laun… satu demi satu akan jadi jelas juga Moga hari Jumaat ni membawa rehat pada hati yang letih, dan harapan pada jiwa yang sunyi.

Khairul Azahar Sharriffuddin
Kampung Sungai Buaya, Rawang
13/06/2025 11:53 Minit Tengah Hari

Diari 247 : Pelik Sungguh Hidup Ini Kan ?
Previous Post Diari 247 : Pelik Sungguh Hidup Ini Kan ?
Diari 249 : Menuju Vlog Pertama
Next Post Diari 249 : Menuju Vlog Pertama