Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Selamat Hari Jumaat kembali! ๐ Hari ni aku tulis ringkas-ringkas je lah ya, sebab dah lambat sangat dah ni, tengah bersiap nak ke masjid untuk solat Jumaat. Tapi aku tetap nak rangkumkan perjalanan seminggu niโฆ kelakar pun ada, penat pun ada. Hahaha ๐ .
Ceritanya bermula 2 hari lepas…
Bangun pagi, aku perasan internet slow gila kat telefon. Tapi peliknya bila aku on hotspot dan guna kat PC, laju macam biasa pulak. Nak scroll TikTok pun tersangkut-sangkut. Aku pun mula tertanya-tanya, pesal kat telefon slow tapi hotspot laju? Masalah telefon ke? Sim kad ke? ๐ค
Nak jadikan cerita, aku pun try gerak ke bandar Rawan…20km dari rumah. Kat sana pun still slow. Masa ni aku dah risau mungkin yang masalahnya datang dari telefon aku sendiri… aduh.. Dan kau nak tau aku buat apa?
Aku factory reset terus telefon aku! ๐คฆโโ๏ธ
Hahahaโฆ punya bodoh, habis semua app hilang. Yang paling menyusahkan, aku kena aktif balik Secure2u untuk Maybank, personal account kena pergi ATM, company account kena call customer service. Pergilah aku berulang semula kat bandar rawang tue.. penat jangan cakaplah.. dengan kelam kabutnya…Nasib baik ingat semua detail lagi…
Tak cukup dengan tu, akaun Hong Leong Bank pun kena call untuk aktifkan balik. App lain semua kena login semula, password entah ke mana, email FB pun aku dah lupa. Hahaha… semua setting, semua data, semua duniaโฆ reset habis! ๐
Yang paling tragik nya, lepas reset pun internet slow jugak. ๐ฉ..haha… Dan semalam baru connection kat kampung pulih semula, mungkin lepas aku hantar email ke yescare. aku bagitau line kat kampung ni bermasalah. Aduhai… bila aku fikir-fikir balik, memang kelakar gila lah… Macam mana aku boleh sampai hati nak reset satu telefon sebab line slow?.. kan ?
Anyway… sekarang ni aku tengah edit video pertama aku (untuk channel business, bukan personal). Nak promote produk sendiri, nanti aku share ya bila dah siap, InsyaAllah. Baiklah, aku nak siap-siap untuk ke masjid sekarang. Jumpa lagi minggu depan, kalau umur panjang... InsyaAllah…
“Kadang kita tak perlukan jawapan yang canggih, cukup dengan kesabaranโฆ sebab masa akan betulkan semua yang keliru.”
lElAKIBERLARI.COM
โ Lesson of the week ๐
Khairul Azahar Sharriffuddin
Kampung Sungai Buaya, Rawang
25 July 2025 11:54 Minit Pagi

