Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hai, selamat berjumpa lagi di hari Jumaat, hari menulis bagi lelaki berlari.. hahaha πββοΈ. Minggu ni, kawan aku whatsapp, aku cakaplah aku tak sihat, tak berapa ada mood nak whatsapp.. haha dia cakapβ¦ βKo kan lelaki berlari?β π Aku jawab, sekarang dah jadi lelaki berkari lahβ¦ haha, demam seminggu ni memang buat aku lembik sikit.
Dari pagi tadi aku buat kerja, tak sedar dah hampir pukul 10 π . Cepatnya masa! Baik, aku ringkaskan perjalanan minggu ni.
π Projek Baru Released
Alhamdulillah, aku dah berjaya release produk baru: copywriting.my. Sekarang semua orang pakai AI kan untuk generate page jualan, copywriting semua. Jadi aku integrate AI dalam sistem copywriting ni, semua dah diformulate dengan resepi khas. Kalau korang guna ChatGPT biasa, nampak macam robot menulis π , tapi dengan system aku, semua hasil nampak murni & natural. Korang boleh adjust ikut preference sendiri.
Dalam powerhouse ni ada 12 tools copywriting, tapi aku baru release 2 je dalam production:
1οΈβ£ AI Sales Page Generator β paling power, boleh generate sales page dalam 1 minit je β±οΈ
2οΈβ£ FormulaX β tools kedua yang mantap.
InsyaAllah, tools lain dalam progress.
π Images.my: Koleksi NASA
Project kedua, memang padu juga haha.. Images.my, koleksi gambar-gambar dari NASA. Aku guna Public API NASA untuk images ni. Korang boleh register dan save favorite mana-mana gambar ππΈ. Setakat ni, project ni paling advanced yang aku buat.
π οΈ Projek Lain
Pagi tadi aku cuba buat lagi satu project sales page generator pakai AI. Beberapa kali gagal π tapi InsyaAllah akan berjaya.
Untuk Islamic segment, masih berjalan:
- hadis.my β update navigation menu, semalam berjaya selesaikan isu lama. β
- mengaji.my β proses terjemahan Al-Quran dah masuk Surah Ali-Imran. Lepas siap sepenuhnya, plan nak revamp website: login untuk user, save surah/ayat, tambah features advanced. InsyaAllah boleh.
π¬ Video & Travelog
Pasal video, aku takde masa nak buat baru.. haha π letih betul. Rugi subscribe CapCut π. Banyak projek travelog nak start, tapi kena tunggu semua projek siap dulu baru boleh fokus.. Drone yang beli tue pun tak terbang-terbang lagi.. tak buka kotak lagi pun walaupun 2 bulan rasnaya.. hahaha
Oh ya, Kita dah nak menyambut merdeka lagi 2 hari . Terima kasih kat semua wira-wira yang mempertahankan tanah air. Hari Merdeka buat aku teringat, macam mana negara kita dah melalui banyak cabaran, dan kita sebagai rakyat biasa pun kena hargai keamanan dan peluang yang ada sekarang.
Aku pun berazam nak lebih produktif, tak buang masa, dan guna kemerdekaan ini sebaiknya, bukan hanya untuk diri sendiri, tapi juga untuk memberi manfaat kepada orang lain. Semoga semangat kemerdekaan ini boleh jadi inspirasi untuk terus maju, walaupun kadang-kadang kita rasa keletihan, atau menghadapi cabaran dalam hidup.
βProjek, idea, atau ilmu yang kita tanam hari ini mungkin tak nampak hasilnya sekarang. Tapi jangan risau, setiap usaha,, setiap idea yang kita simpan, akan jadi buah yang manis suatu hari nanti. Teruskan berjalan walaupun perlahan, sebab langkah kecil lebih baik daripada duduk diam menunggu.. dan sekiranya berjalan itu tidak melelahkan, berlarilah untuk mengejarnyaβ
Lelakiberlari
Khairul Azahar Sharriffuddin
29 Ogos 2025 9:50 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Rawang

