Luqman Al-Hakim sangat terkenal dengan kata-kata hikmahnya yang bernilai. Disini saya himpunkan koleksi-koleksi kata-kata hikmahnya beserta dengan gambar :-
1. Jangan Berteman Orang Bersifat Talam Dua Muka
“Wahai anakku ! Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu” (Luqman Al-Hakim)
2. Jangan Berbohong Dan Buruk Akhlaknya
“Wahai Anakku ! Sesiapa yang berbohong, hilanglah air mukanya dan sesiapa yang buruk akhlaknya, banyaklah dukacitanya” (Luqman Al-Hakim)
3. Elakkan Diri Dari Berhutang
“Wahai anakku ! Aku pernah memindahkan batu-bata dan memikul besi, tetapi aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih berat daripada hutang” (Luqman Al-Hakim)
4. Jangan Rakus Dengan Dunia
“Wahai anakku ! Ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu” (Luqman Al-Hakim)
5. Beramal Dengan Perkara Yang Kita Tahu
“Wahai anakku ! Tidak ada kebaikan bagimu untuk mempelajari apa yang belum kamu tahu sedangkan kamu belum beramal dengan apa yang kamu tahu” (Luqman Al-Hakim)
6. Bersendirian Dan Berfikir
“Wahai anakku! Sesungguhnya lama bersendirian itu dapat memahami untuk berfikir dan lama berfikir itu adalah petunjuk jalan ke syurga” (Luqman Al-Hakim)
7. Ambil Harta Dunia Sekadar Keperluan Sahaja
“Wahai Anakku! Ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu” (Luqman Al-Hakim)
8. Allah Mengetahui Apa Yang Tersembunyi Di Dalam Hati
“Wahai Anakku! Andainya ada sebutie biji sawi terpendam di dalam batu, pasti ketahuan jua oleh Tuhanmu yang maha melihat. Allah amat mengetahui segala sesuatu , zahir ataupun batin atau apa yang engkau sembunyikan di dalam dadamu” (Luqman Al-Hakim)