Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..
Alhamdulillah, semalam aku dan teman-temanku menghabiskan masa cuti hujung minggu (ahad) di taman-taman syurga dunia (Eko-pelancongan Hulu Selangor).. Sangat cantik… Sangat indah.. 🙂 , syurga dunia yang sangat tenang..
Aku keluar rumah sekitar jam 8:20 pagi dan bergerak ke rumah hanafi (sampai lebih kurang jam 8:50 pagi).. Masa sampai kat rumah Hanafi, aku nampak dia tengah dukung Yusuf (anak buah), aku tanya Hanafi, “bila kau nak kahwin Hanafi ?” … Haha.. 🙂
Lepas tue, kami bergerak ke rumah Jai pula. Dalam kereta, hanafi call Rao, belum sempat Hanafi bertanya, Rao terus cakap, “weih b***, kau kat mana ? berapa lama nak sampai ?”.. Hanafi jawab, “b*** kau, lagi setengah jam kitaorang sampai, nak pergi rumah Jai dulu”.. Haha 🙂 .
Aku tanya Hanafi, “kau tau rumah Jai kat mana ke apy ? pernah pergi ke ?”.. Hanafi jawab, “tahu-tahu”.Sampai jer kat kawasan rumah Jai, Hanafi mengarahkan aku (sebagai driver) untuk masuk lorong-lorong yang dikatakan olehnya.. Last-last dia cakap, “aku tak ingatlah Khai”.. Haha… 🙂 . sengal betul kau apy.. 🙂
Lepas collect Jai, kitaorang singgah di kedai sebentar (beli sarapan pagi), then terus bertolak pergi ke KKB (Kuala Kubu Bharu) untuk mengambil Rao.. Selepas itu, kami bergerak ke Empangan Hulu Selangor (pondok rehat).. Disitu kami menghabiskan masa beberapa jam (sarapan dan berborak).. Macam-macam topik ada cerita.. 🙂 .. Lebih banyak gosip lah.. Haha.. 🙂
Perairan Orang Miskin
Bila cuaca dah start panas, (Jai pun dah buka baju)… Haha 🙂 . Kitaorang mengambil keputusan untuk pergi mandi-manda. Rao cakap, dia tahu tempat-tempat mandi terbaik yang ada kat kawasan sekitar. Selepas jambatan Empangan Hulu Selangor, Rao mengarahkan aku membelok ke arah kanan (kampung orang asli)..
Sampai di penghujung (jalan mati) kami berhenti, (ada satu jambatan gantung).. Aku reverse kereta dan tiba-tiba dengar satu bunyi dentuman (bukan bom, tapi lebih kurang bunyinya lah).. Haha.. 🙂 . Sekali bummer belakang kereta aku langgar batu besar lah.. Haha.. 🙂 .
Kami mandi-manda (dalam sejam dua juga lah)..Kitaorang dah planning hari ini, InsyaAllah program geng steady siri-3, kitaorang akan berkemah di sini (tidur satu malam) pada 27 April 2019 . Aku tanya Rao, “bang, nak namakan apa tempat nie ?” Rao jawab, “Perairan orang miskin”.. Haha 🙂
Santuari Ikan Kelah
Rao mengajak kami pergi ke Santuari Ikan Kelah (tidak jauh daripada perkampungan orang asli).. Kami sampai di sana sekitar jam 2:40 petang, cuma melawat sebentar sahaja kerana kami tidak dibenarkan untuk pergi lebih jauh (melepasi jambatan gantung) untuk naik ke atas. (ditutup untuk umum selepas jam 2:30 petang)..
Memang ada ikan kelah kat kawasan sungai itu (banyak betul).. Aku rasa tempat ini sesuai untuk orang yang dah berkeluarga. Cemburu juga aku tengok orang-orang yang dah bekeluarga menghabiskan masa mereka waktu itu… Ishh.. bila lah aku nak kahwin nie ? .. Haha 🙂
Syurga Bagi Orang Yang Miskin
Kami turun semula ke pekan Kuala Kubu Bharu untuk makan tengah hari.. Aku makan Mee kari bersama dengan Rao. Jai dan Hanafi makan nasi berlauk.. Lepas makan, aku ingat badan kembali bertenaga.. Tapi, makin berat ada lah.. Haha.. 🙂
Kami terserempak dengan Rahim (keluar dengan awek) masa makan.. Kantoi juga akhirnya kau Rahim :-). Kami berborak lah sekejap sambil merokok (badan dah lesu nie).. Tapi macam mana pun, kami nak tutup perjalanan kami ini di “Syurga Bagi Orang Yang Miskin”.
Sampai jer kat sana, bila tengok keindahan Empangan Hulu Selangor (dari puncak bukit) hilang terus kepenatan badanku. Tempat ini dikenal oleh Rao kepadaku. Katanya, waktu dahulu dia selalu datang ke sini seorang diri untuk menenangkan fikiran. Aku bertanya kepada Rao, “bang, kenapa abang namakan tempat nie, syurga bagi orang yang miskin ?”
Rao menjawab, “aku tak tahulah khai, aku terlepas cakap sebenarnya”. Dia berdiam seketika, kemudian dia sambung ayatnya kembali, “sebab aku miskin” (dengan nada yang perlahan). Masa itu aku tersentak (terdiam), rasa hati .. tak tahu nak katalah.. Kemudian Jai sambung, “bagi orang miskin (yang tiada apa-apa), bagi diaorang ini adalah kekayaan bagi diaorang (pemandangan yang indah)”.
Khairul Azahar Sharriffuddin
1 April 2019 9:52 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor