Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 71 : Privasi

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Malam tadi, aku tidur awal (sekitar jam 9 malam) dan tersedar dalam pukul 3:08 minit pagi. Bila bangun, aku tengok lah handphone (selalunya akan ada notification kan).. tengok gelap jer (malam tadi dah charge). Rupanya charger rosak lah.. 4 charger aku pakai (semuanya rosak)…

Aku nak migraine dah nie.. haha.. 🙂 . Aku ingat phone rosak, pakai charger yang kelima, baru okay. Betul-betul aku risau tadi, kalau phone aku rosak.. habislah aku… banyak perkara penting yang ada dalam tue..

Hampir setiap minggu aku akan tukar screen lock (pattern). Aku taknak ada sesiapa pun boleh ada access kedalam phone aku (macam penjenayah lah pula).. Haha.. 🙂 . Tapi itulah kan, dalam dunia zaman sekarang nie, macam-macam jenis orang ada (obses, paranoid). Sebab itulah dalam dunia IT nie, yang paling utama sekali adalah Security dan Privacy. Semua orang perlu sensitif dengan perkara ini. (seseorang boleh monitor kecenderungan seseorang yang lain).

Adanya security di dalam Aplikasi ataupun Web tertentu adalah bertujuan untuk menjaga privacy seseorang. Jika nak cerita lebih mendalam perkara ini (banyak perkara yang boleh dikongsi).. Tapi aku taknaklah cerita lebih-lebih (kena buka blog baru lah yang menceritakan tentang dunia IT).. 🙂 . Cuma aku nak beritahu, hati-hati ajerlah dengan apa yang kau orang terima dan apa yang kau orang akses… 🙂 (kerana ada seseorang di belakang yang melihatnya) 🙂

Blogging

Ada orang tanya aku, macam mana nak buat website, senang ke ? . Jawapannya, mudah. Tetapi perlu ada asasnya terlebih dahulu. Kat mana nak dapat asasnya ? Asasnya boleh dapat dengan berblogging.. Blog tidak memerlukan komitmen seperti website (banyak perkara yang perlu di monitor setiap hari)..

Macam-macam jenis blog yang kau orang boleh buat (niche). Contohnya jika kau minat memasak, buatlah blog tentang resepi. Jika minat travel, kongsikan pengalaman travel kau orang. Niche blog adalah perkara utama. Jangan rojak macam-macam perkara dalam satu blog. Tapi yang paling best lah kan, jika kau kongsi pengalaman harian kau orang (diari).. Sebab apa ?

Sebab ia boleh dikongsi kepada anak-anak kau orang suatu hari nanti, bila diaorang dah meningkat dewasa (aku pernah baca diari ayah aku suatu ketika dahulu).. Ada kawan aku yang menulis diari dari zaman sekolah, belajar, bercinta,putus cinta dan dah berkahwin sekarang nie (tapi dengan orang lain lah).. Haha 🙂

Okaylah ye, dah nak hampir pukul 5 pagi nie. (cuaca sejuk, hujan). Aku nak rehat jap (merokok). Oh ya,berat badan aku dah start turun (sekarang 62 KG).. Rasa melayang jer bila jalan.. Haha.. 🙂 . Habislah aku bulan depan, tak sempat dah aku rasa nak dapatkan 70 KG. 🙂

Khairul Azahar Sharriffuddin
3 April 2019 4:54 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 70 : Suatu Naratif Dari Kami
Next Post Diari 72 : Seadanya..