Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..
Alhamdulillah, hari ini pulang awal lagi..Haha.. 🙂 .Tapi hari isnin ini dengar cerita dah start overtime balik.. Adehhh.. Okay-okay, hari ini aku tak nak cerita pasal Kerja..Tapi apa-apa pun sebelum tue, aku nak cakap kat Abang Zul, anda adalah Hero Kami..Haha.. 🙂 . Pasal kes kawasan merokok kat Tempat kerja yang aku cerita dalam diari sebelum ini.. Port merokok dah berpindah kat kat sebelah kantin (bawah pokok nangka)…Tak jadi kat sebelah office..
“Port” kat Bawah pokok nangka tue memang strategik..Aku nampak ikatan salatul-rahim tue makin akrab sesama pekerja..Haha..:-)..Sampai Abang Syokeri dan Abang Azrin pun lepak berhampiran kat situ..Aku nak upgrade sikit tempat tue jadi macam taman, tanam bunga-bunga macam kat luar Lab..Biar cantik sikit..
Aku pun dah mula nampak orang mula mengikut peraturan. Kalau dulu, peraturan merokok kat sebelah office, pekerja jadi marah..Kali ini sesiapa yang merokok merata, kita pula yang jadi marah, sebab tak pasal-pasal sebab dia, orang lain yang kena…
Oh ya, aku dah start merokok kembali ..Haha..Tapi takdelah “teruk” macam sebelum nie (satu hari 2 kotak)..Sebulan juga aku berhenti (01/12/2018).. Rokok aku tak bawa balik rumah, aku tinggalkan kat tempat kerja. Kat luar kilang memang aku tak hisap rokok, rumah pun tak..
Esok Buat Apa ?
Okay, ikutkan esok aku nak pergi rumah Baihaqie, repair air-cond kat rumah dia. Tapi pagi tadi aku call dia, dia cakap air-cond rumah dia dah okay. Jadi esok pagi, aku akan buat perkara-perkara rutin yang biasa aku lakukan setiap hari (kemas rumah sikit-sikit dan cuci kandang kucing waktu pagi)..
Lepas tue aku akan startlah buat kerja-kerja IT sampai tengah hari skit.. Then, tengah hari aku akan tidur sekejap (Aku suka tidur sampai berpeluh-peluh).. Haha..Waktu tidur paling best tue.. 🙂 . Petang basuh kereta dan malam aku akan sambung balik kerja-kerja aku sampai aku rasa mengantuk. Sebelum nie, aku biasa buat kerja sampai 3-4 pagi.. Tapi sekarang dah jarang buat macam tue. Sampai mengeletar badan aku nak pergi kerja waktu pagi.. 🙂
Tak Penat Ker ?
Adik perempuan aku pernah cakap kat aku, “Kesian kau ye, pagi kerja.. malam kerja lagi”. Aku tak kisah pun, sebab aku tahu hasil dia macam mana nanti, InsyaAllah.. Aku taknak kalah kali ini.. Aku mesti menang… 🙂 Hasilnya cepat atau lambat sahaja..
InsyaAllah bila aku yakin dengan apa yang aku ada nanti, masa itu aku baru nak cari teman hidup (isteri)…Cari yang umur 18 tahun lah kan ? Hahaha.. 🙂 . InsyaAllah dah tak lama..Aku harap begitulah…
Perempuan ?
Aku ada adik perempuan 4 orang + ibuku dah 5 orang perempuan.. Aku membesar dengan mereka semua..Itu ajerlah “kawan-kawan” yang aku ada di dalam rumah semenjak daripada kecil. Ayahku jarang ada kat rumah (sibuk bekerja dari dahulu lagi)..Sekarang ada kat Perak.
Ibuku pernah berkata kepadaku, “nasib baik kau tak jadi lembut erol,semua adik beradik ko perempuan” . Alhamdulillah, aku rasa, aku boleh kenal lah perangai orang perempuan ini..sikit-sikit boleh. Aku tahu kelebihan, kekurangan, keinginan, kemahuan, keperluan, dan kehendak orang perempuan..
Bahasa pergerakkan tubuh orang perempuan pun aku dah boleh baca “apa yang sedang diaorang fikirkan”. Cara diaorang berjalan, cara diaorang bercakap, cara diaorang melihat orang..Daripada kecil aku dah membesar dalam “komuniti” orang perempuan.. Aku tahu bila diaorang rasa gembira dan aku tahu bila diaorang rasa sedih..
Okaylah ye, aku nak tengok “lelaki berlari” (RunningMan) Episod 433 . Tak sempat nak tengok hari itu..Esok dah episod baru..Aku nak relax kat tempat tidurku sampai terlena malam ini 🙂
Khairul Azahar Sharriffuddin
12 January 2019 10:29 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor