Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 14 : Lagu Untuk Shaharina

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Shaharina, masih ingatkah engkau, hari ini pada lapan belas tahun yang lepas merupakan detik pertemuan pertama antara aku dengan engkau. Pada hari itu, kau memasuki bilik darjah dan memperkenalkan namamu. Indah sungguh namamu, Shaharina.. Aku masih ingat lagi pandangan pertamamu keatasku..

Bermula dari detik itu, kau mula sentiasa ku bayangkan dalam fikiranku dan tiada pula aku melupakanmu dalam setiap hariku dan ku sentiasa mengharapkan engkau menjadi suri dalam hidupku (isteri)..

Tapi apa kan dayaku, kau tak pernah tahu. Tak pernah tahu rahsia hatiku. Lamanya kau bersemayam dalam hatiku. Kini ingin ku “lepaskan” kau pergi jauh dari qalbuku. Pergilah engkau bersemayam pada hati yang selayaknya untuk dirimu (suami). Kini kau telah berteman, dan ku tahu kau akan bahagia bersamanya..

Shaharina, ku tinggalkan kau sebuah lagu yang menceritakan tentang “cerita hati ini”. Cerita hati yang sentiasa merinduimu. Shaharina, kaulah yang mengajarkan aku kepada bahasa cinta, rindu, resah dan perasaan yang mengundahkan qalbu.

Lagu ini ku ciptakan khas untukmu. Lagu yang ku ukirkan dalam petikan gitarku di saat umurku 16 tahun pada malam hari-hariku. Ku ingin kau dengar setiap petikan itu, kerana ia datang dari jari yang tak pernah menyentuhi tubuhmu…Ku tahu suatu hari nanti, pasti kau akan temui lagu ini,shaharina.

Shaharina,kau menjadi pentas untuk ku berbahas dengan mindaku sendiri. Kau ku ibaratkan bintang dilangit malam yang mencantumkan kertas-kertas kenangan yang menjadikan sebuah naratif untuk ku ku kisahkan disini.

Terima kasih di atas kehadiranmu.. Dengarilah lagu ini, “Lagu Untuk Shaharina”

*Lagu yang bertajuk, “Lagu Untuk Shaharina” yang diciptakan khas oleh Khairul Azahar Sharriffuddin (www.lelakiberlari.com).

Khairul Azahar Sharriffuddin
13/01/2018 10:46 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 13 : Melarik Cahaya Di Kelepasan Waktu
Next Post Diari 15 : Web Dan Waktu Terluang