Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..
Petang tadi (lepas pulang dari tempat kerja), aku singgah sebentar di kedai makan Antara Gapi, makan Mee Rebus (sedap). Lepas tue, aku singgah di DIY (beli charger). Malam semalam charger aku rosak, mati-mati aku ingat handphone dah rosak.. Haha.. 🙂 . Kalau tak, habislah aku…
Kemudian, aku singgah sebentar di kedai gunting rambut. (last aku gunting rambut, 2 minggu yang lepas). Aku berborak lah dengan abang tue (masa gunting rambut), “bang nanti saya nak kahwin, saya potong rambut kat kedai abang ye”.. Haha.. 🙂 . Aku suka cara dia faham potongan rambut yang diinginkan oleh aku..
Sampai jer kat rumah, aku tengok kat kandang kucing (ada seekor kucing dah mati).. Aku gali lah tempat untuk tanam kucing. Lepas aku kambus tanah, tiba-tiba dengar macam ada bunyi, rupanya masih hidup lagi (nyawa-nyawa ikan).. aku gali lah semula..
Sebenarnya petang tadi aku nak pergi ke Rawang (kedai jam), repair jam tangan Abang Zul (aku biasa pergi kedai jam nie).. Tapi masa tak sempat. Selalunya, aku akan tersangkut kat kat depan NSK (traffic jam) . InsyaAllah minggu ini aku akan pergi..
Aku memang peminat jam tangan. Semua jam tangan yang aku pakai semenjak daripada kecil adalah hadiah daripada ahli keluarga. Jam tangan terbaru yang dihadiahkan oleh ayah tahun lepas (dah rosak),nak repair rm400 katanya (aku simpan jer dalam kereta).. kalau ayah aku tanya, tak taulah nak jawab apa.. menyesal pun ada, aku tak jaga betul-betul pemberian daripada ayah..
Lebih Daripada Satu
Petang tadi, aku tanya Jai, Adakah dia akan berkahwin lebih daripada satu, Jawab Jai, Dia akan berkahwin lain, sekiranya isteri pertamanya telah tiada (dan itu pun bergantung kepada keperluan).. Aku ?
Rasanya sampai hati tak (bila kau lihat wajah isteri kau) dan kau buat sesuatu yang di luar pengetahuan dia ?. Aku dibesarkan di dalam keluarga yang dipenuhi dengan orang perempuan (sampai sekarang pun aku masih tak faham lagi dengan sifat orang perempuan)… Sekejap okay, tiba-tiba lain..
Dengan orang perempuan nie, cakap tak boleh kasar, kalau kasar (cepat terasa), lepas terasa, taknak bercakap. Nak kena pujuk lagi (buat lah lawak sikit-sikit).. Haha.. 🙂 .Boleh bayangkan tak macam mana aku hadapi semua ini ? Penat 🙂 .. Tetapi diaorang nie (adik-adik perempuanku) adalah suatu kebahagian bagi diriku..:-)
Seadanya..
Untuk beberapa ketika waktu ini (aku rasa sunyi sangat, terutama waktu malam). Aku rasa dah sampai waktunya untuk aku berkahwin (tapi aku takde pasangan lagi).. Aku pun tak tahulah kat mana silapnya.. Mungkin sebab aku takut sangat dengan orang perempuan atau aku yang terlalu memilih..
Aku terharu sangat bila sahabat-sahabatku yang lain cuba untuk membantu mencarikan teman hidup untuk aku. Abang Shokeri dan Abang Zul katakan kepadaku, mereka sanggup untuk pergi masuk meminang wanita yang menjadi pilihan hatiku.. 🙂
Aku cuma perlukan wanita yang boleh terima aku seadanya. Banyak kekurangan yang ada pada diri aku (rosak hatinya dan kurang agamanya). Aku perlukan wanita yang boleh menemani hatiku (yang sentiasa gelisah hatinya), yang boleh bersamaku di saat susahku (kurang hartanya) dan yang akan bersama-sama denganku di kesunyian malam hariku (gelora hatinya)..
Khairul Azahar Sharriffuddin
3 April 2019 9:17 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor