Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera…
Alhamdulillah, hari ini aku cuti bekerja (Thaipusam). Semalam (ahad) kerja (overtime). Sebagaimana yang aku rancangkan, hari ini aku akan siapkan satu perincian (details) kepada client. InsyaAllah semuanya akan baik-baik sahaja.
Pada hari sabtu yang lepas, ahli keluargaku pulang semua ke kampung, termasuklah ayah (bekerja di Perak), Adik Perempuanku no 2,Nabiha (Bekerja di Raub) dan Adik Perempuanku yang no 3 (Sabrina) yang telah tamat belajar (Diploma) di Johor. Semuanya berkumpul bersama-sama, ayah dah balik semalam (Perak), selisih didalam perjalanan pulang dari tempat kerja dengan kereta ayah..
Hari sabtu yang lepas, masa pulang dari tempat kerja. Aku Overtime sampai pukul 6:30 petang (sakit kepala). Sampai jer kat rumah aku nampak ayah tengah duduk bersama ibu menonton TV. “slow-slow” jer aku duduk sebelah ayah, Ibu bertanya kepadaku, “tak overtime ke ?”.. Aku jawab, “ada, tapi tengah sakit kepala sangat nie, tak tahan sangat, tue yang balik awal”. Lepas tue aku cakap dengan ayah, “ayah, belanja satu benda boleh ke ?” Ayah jawab, “ye, apa dia”. Aku balas, “guitar electric” . Ayah bertanya kembali, “berapa, nak pakai sekarang ker ?” Aku jawab, “Seribu lebih, tak..bila-bila pun boleh”. Ayah jawab, “okay, nanti tunjuk gambar kat ayah, hantar whatsapp”. 🙂
Semenjak daripada kecil, ayah sangat jarang menolak permintaanku. Aku tahu ayah bekerja keras untuk dapatkan semua itu. Kereta yang aku pakai sekarang ini pun, ayah hadiahkan kepadaku. Ibu selalu berpesan kepadaku dan adik beradik, “ingat..ayah kau bekerja keras siang dan malam untuk cari duit, mak cuma besarkan engkau orang sahaja kat rumah”.
Okaylah ye, pagi-pagi macam ini, rasa sentimental pula cerita pasal hal-hal kekeluargaan nie. Aku sebagai abang, aku akan berkorban apa sahaja untuk adik-beradik aku (perempuan semua). Aku nak diaorang bahagia dan aku nak jadi seperti ayah… 🙂
Khairul Azahar Sharriffuddin
21 January 2019 5:44 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Selangor