Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..
Rasa macam dah lama sangat tak menulis ?. Kesihatan tak berapa nak baik kebelakangan ini. Setiap hari sakit kepala (migrain). Sebagaimana yang aku ceritakan sebelum ini, jika aku sakit kepala, memang tak boleh nak buat apa lah. Memang tak boleh nak berfikir (fikiran akan bercelaru)..
Kawan aku cakap, “kena kahwin dulu lah, baru sakit kepala kau akan hilang, sebab air dah sampai kat kepala, nie nak jadi jutawan dulu baru nak kahwin”. Haha. ?. Aku nak kahwin sekarang nie takde masalah, tapi aku tak bersedia untuk ada tanggung jawab lagi . Berat rasanya nak pikul tanggung jawab sebagai seorang suami nie..
Bagi aku, ini bukan perkara main-main. Sekali dah melangkah, nak undur balik memang dah tak boleh lah. Aku sedar lambat. Keinginan untuk berkahwin pun baru ada tahun lepas. Aku sedang bina kembali hidup aku selepas bertahun-tahun hidup dalam keadaan yang susah. Alhamdulillah, sekarang kehidupan dah stabil dan aku masih berusaha lagi untuk mencapai apa yang aku impikan..
Untuk Perempuan Lagi..
Perasan tak aku selalu sangat cerita pasal perempuan dalam diari-diari aku. Nak tau sebab apa ?. Sebab adik-adik beradik dibawahku semuanya perempuan, boleh dikatakan aku tahu serba-sedikit karekter orang-orang perempuan nie (keinginan,keperluan, kehendak, dan juga kecenderungannya). InsyaAllah, aku dapat baca tingkah laku dan gerak badan mereka..
Tapi yang peliknya, aku akan gugup dan kaku bila berhadapan dengan orang perempuan (melainkan dengan perempuan yang aku rasa selesa dengannya). Perkara nie dah jadi bahan bagi member-member dan ahli keluargaku untuk membahan aku.. “kau dengan orang perempuan pun penakut”.. haha.. 🙂 . Aku pun tak tahulah sebab apa, tapi sekarang nie, aku sedang cuba untuk sesuaikan diri dengan keadaan ini (belajar untuk berhadapan dengan orang perempuan)..
Ada juga beberapa orang perempuan yang betul-betul aku rasa selesa dengannya, contohnya Kak Nani (bekas pekerja). Dia nie memang jenis steady, relax, tenang, dan tak kelam-kabut. Sama juga macam Kak Aswani (aku tak pernah jumpa lagi orang yang sebaik dia) dan semua orang yang aku jumpa akan cakap perkara yang sama juga.. baik.. baik.. dan baik sahaja..
Dan InsyaAllah orang baik-baik macam ini, hidup diaorang akan sentiasa tenang dan akan dipermudahkan hidupnya (sebab orang sentiasa berkata-kata yang baik tentang diri mereka)..
Freelance
InsyaAllah hari ahad ini, aku akan launch website Viral.my (beta release). Semuanya dah siap, hanya perlu pastikan configuration web dalam keadaan yang betul jer. Aku puas hati dengan hasilnya. Dah lama sangat terperap web nie. Dulu aku buat duit dengan web ini. Web ini adalah yang paling berjaya pernah aku develop sebelum aku revamp semula..
Aku juga dah berjaya untuk meminimum kan kesemua kos operasi web. Alhamdulillah, semuanya dah dipermudahkan. Sekarang nie, aku tengah kumpul dana untuk beli perisian dan hardware pula. Aku berimpian untuk terjun dalam bidang Vlog (Video Log). Aku nak buat video mengenai travel (itu antara impian aku)..
Dari dahulu lagi aku nak buat, tapi takde peluang. Aku nak travel mengembara seluruh Malaysia ataupun dunia. Aku nak lihat dunia dan rasai pengalamannya.. Siapa nak ikut ? (prefer calon bakal isteri lah) haha.. 🙂
Khairul Azahar Sharriffuddin
22 May 2019 10:06 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor