Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 34 : Kepastian

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Pagi ini aku bangun seperti biasa, tetapi tidur lewat juga semalam. Kali ini semua adik-beradikku ada di rumah ibu (rumah yang aku tinggal sekarang).. Macam biasalah, kitaorang akan duduk di dalam satu bilik sambil bercerita (akulah yang selalu kena bahan).. Haha.. 🙂

Ini merupakan Diari yang kedua yang ditulis oleh aku pada pagi ini. Diari yang pertama aku simpan (tak publish) kerana ia cerita yang lebih bersifat peribadi, tapi aku akan publishkan juga pada suatu masa nanti, InsyaAllah.

Okay cerita pasal kejadian semalam. Aku keluar daripada rumah sekitar jam 7 pagi untuk mengambil Rao ke tempat kerja (motor Rao rosak). Aku sampai di rumah dia pada jam 8 pagi dan sampai ke tempat kerja sekitar 8:15 minit pagi, sempatlah aku letak hadiah harijadi Aswani di atas meja dia, sebelum dia sampai 🙂

Kerja macam biasa jer semalam, sebagaimana yang aku ceritakan di dalam diari sebelum ini. Aku sekarang dah taknak belajar apa-apa lagi kat tempat kerja, datang kerja.. buat kerja sikit-sikit.. balik.. cukup bulan dapat gaji sudah 🙂 .

Petang semalam lepas balik kerja, aku hantar Rao balik rumah. Hanafi dengan Jai ikut sekali, Rao cakap ada kedai rojak & cendol depan sekolah Ampang Pecah. Kitaorang makan petang semalam kat sana. Aku makan ABC (Favorite), banyak tempat kat Hulu selangor dan Rawang aku dah pusing. ABC yang paling sedap yang pernah aku makan kat Tesco Rawang (food court)..

Masa tengah makan, Jai cakap dia ada masalah lutut (sakit), lepas itu aku cakap, “kat lab nie semua orang ada masalah kesihatan, kau lutut” lepas itu Rao mencelah, “aku badan” , lepas itu aku sambung, “aku kepala (selalu sakit kepala) dan hanafi pula ada masalah otak dia”.. Haha.. 🙂 . Tapi hanafi terus sambung, “aku telinga” (sakit telinga dia daripada usia kecil lagi)..

Dahulu kat lab dah macam klinik (akan bau minyak angin). Aku dengan abang Mus selalu bertukar-tukar minyak (sapu kat kepala).. 🙂

Cerita pasal kerja luar pula (freelance) Malam tadi, aku dah bayar separuh daripada bil-bil (freelance), tak sempat nak bayar habis semalam (lupa password akaun), malas aku nak recover.. dah mengantuk…Makin menyusut pula duit dalam akaun.. 🙂 .

InsyaAllah, akan ada suatu berita pada hari ini. InsyaAllah aku akan dapat kepastian, InsyaAllah dengan keberkahan yang ada pada hari ini (jumaat) semuanya akan dipermudahkan… InsyaAllah semuanya akan baik-baik sahaja.. 🙂

Khairul Azahar Sharriffuddin
1 Februari 2019 5:29 Minit Petang
Kampung Sungai Buaya, Selangor.
Previous Post Diari 33 : Ada Hikmahnya
Next Post Diari 35 : Rasa dalam Hati