Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 33 : Ada Hikmahnya

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Hari ini, aku bangun tidur sekitar jam 4 pagi. Tidur lewat semalam (jam 11 malam) . Sejuk sangat pagi nie 🙂 (pakai boxer jer tidur)..Haha..Okay, hari ini ada banyak perkara yang nak aku kongsikan, kira diari penutup untuk bulan january 2019 lah. Aku nak ceritakan progress yang aku dah achieve sepanjang bulan January.

Semalam lepas balik kerja, terus aku pergi ke pekan Rawang. Teringat nak ambil sunglasses yang aku hantar awal bulan ini (tukar cermin, dah calar). Sampai jer kat kedai, pakcik tue cakap kat aku, “adik, bingkai patah lah bila nak masukkan cermin” (sambil tunjukkan bingkai).. Pakcik itu cakap, dia nak carikan bingkai baru, aku cakap, boleh tiada masalah..

Alhamdulillah, aku dapat bingkai yang sesuai dengan cermin yang dah siap dipotong (size sebelum ini). Jadi, aku tak perlulah tunggu lagi. Aku memang pelanggan setia pakcik nie 🙂 , semenjak dari zaman pakai cermin mata lagi. Lepas aku buat lasik, aku masih lagi pergi ke kedai dia sampai sekarang..

Okay, lepas siap. Aku terus bergerak ke Aeon Rawang, tujuannya nak beli hadiah harijadi Aswani (rakan sekerja). Jalan sesak sangat 🙂 . Aku dahulu pernah bekerja di Bandar Country Homes, aku dah tahu sangat macam mana kesesakan dia… Redah jer lah 🙂 . Aku dah janji nak bagi dia hadiah, mesti aku kena tunaikan janji itu..

Dia nie perempuan baik dan cakap pun lemah lembut. Masa kak Nani cuti bersalin,aku dapat rasa dia punya tekanan (sebab section tempat aku bekerja dengan dia memang berhubung rapat).. Dalam tempoh ini macam-macam perkara aku tengok, dia kena marah, menangis sampai nak berhenti kerja. Dia punya kerisauan dan kegelisahan aku dapat tengok melalui mata dia. Tapi dia “PASSED” lah semua itu… 🙂

Dalam agama kita sendiri pun (Islam), untuk menjadikan seseorang perempuan itu sebagai pasangan. Kita kena uji keimanan dia dulu, macam mana nak uji ?. Ada mata (lihat perlakuannya), Ada telinga (dengar tutur katanya), Ada akal (buat pertimbangan sewajarnya) dan Ada hati (tempat menilai pada akhirnya)..

Okay, lepas beli hadiah dia. Aku berpatah semula ke Pekan Rawang. Pergi ke Parkson (tingkat atas sekali). Tujuannya untuk bungkus hadiah yang aku dah beli tadi, then aku shopping lah skit untuk diri aku.. 🙂 . Selesai semua, aku balik rumah. Sampai jer kat rumah, aku nampak kereta adik aku (Nabiha) baru pulang dari Raub (cuti sebulan)..

Biasanya bila semua adik perempuan aku ada kat rumah. Kitaorang akan duduk sekali dalam satu bilik sambil bercerita (aku seorang jer lelaki)…. Tapi aku lah yang selalu kena “bahan” dengan adik-adik perempuan aku (4 perempuan lawan 1 lelaki).. Tapi ibu akan selalu menangkan aku.. Haha.. 🙂 . Tue yang tidur sampai lewat semalam..

Progress Bulan January

Okay, cerita pasal kerja luar dulu lah ye (freelance). Bulan ini aku akan berbelanja agak tinggi untuk tujuan maintenance sahaja.(tiada tambah apa-apa) Domain, Hosting, dan Server. Ini adalah perbelanjaan mandatori yang perlu aku keluarkan setiap bulan dan tahun (renew). Aku juga akan beli satu desktop ataupun dua untuk pisahkan beberapa bahagian kerja.

Sekarang aku ada 2 laptop untuk bekerja. 2 Desktop Pc sebelum ini dah barai.. Esok aku nak survey kat Lazada..

Okay, cerita pasal berat badan pula. Berat badan aku sekarang masih lagi sekitar 63-64 Kg. Aku dah risau dah (selalu timbang kat mesin penimbang dalam plant).. Masa aku timbang, Abang Syokeri tengok dan dia cakap, “Makan nasi lemaklah kita Zul” . 🙂 .. Aku dah janji kalau aku tak dapat sampai 70 KG pada tarikh 3/5/2019, aku akan belanja nasi lemak selama sebulan untuk semua pekerja… 🙂

Boleh..Boleh.. Mesti boleh sampai 70 KG punya. Setiap pagi aku bersenam sebelum nak pergi kerja, minum susu, kawal cara makan (sihat).. Cuma merokok jer lah yang susah nak berhenti. Tapi okaylah sikit, tak kuat sangat. Sebelum ini, aku boleh habiskan satu kotak bila bekerja depan Pc (waktu malam)…

Okaylah ye, sebenarnya banyak lagi perkara yang nak diceritakan .Tapi perkara yang sensitif (tak publish untuk bacaan umum). InsyaAllah, nanti aku ada satu diari untuk dibaca oleh anak dan isteri aku (sebelum menjadi sebahagian daripada hidup aku).. 🙂 .

Esok aku nak ambil Rao kat rumah dia, motor dia rosak semalam.. Aku akan keluar rumah pukul 7 pagi (rasanya sempat sampai kat tempat kerja).. Sebenarnya aku dah janji dengan seseorang pukul 10 pagi esok, (niat nak halfday). Mungkin ada hikmahnya…

Khairul Azahar Sharriffuddin
31 January 2019 5:29 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 32 : Irama Hati
Next Post Diari 34 : Kepastian