Assalammualaikum dan salam sejahtera..
Ini merupakan diari yang kedua untuk hari nie. Terasa nak menulis jer hari nie, maklumlah dah lama tak menulis kan. Bila dah menulis sekali tue, macam-macam pula nak kongsi.. Hahaa. Selalunya dalam setiap penulisan diari, anggaran masa tidak akan mengambil masa yang lama (lebih kurang 30 minit jer untuk completekan satu diari). Okaylah, bemula hari nie, aku akan rangkumkan serba sedikit kisah-kisah perjalananku pada tahun ini. Dah nak akhir tahun kan. (aku akan pecahkan penceritaan di dalam beberapa buah di diari).
Apa yang aku nak kongsikan hari nie ? Okay, dalam diari hari nie, aku nak kongsikan mengenai sifat diri, sifat diri tentang siapa ? Sudah tentulah tentang aku lah kan, dah nama pun diari lelakiberlari ..Hahaa.. Sebenarnya banyak perkara yang terjadi sepanjang perjalananku di tahun ini. Perkara-perkara ini secara tidak langsung telah mengubah pendirian dan ketetapan hati yang telah aku pegang selama ini. Ya, betul-betul dah mengubah..
Sahabat aku pernah berkata kepadaku suatu masa dahulu, “kau tak rasa ke orang lain pergunakan kau ?”. Aku tersentak masa itu. Tertanya aku, “adakah aku nie lurus”, “adakah aku ini bodoh”, “adakah aku nie naif”. Adakah ini pandangan mereka terhadap aku, sampai sekarang aku masih lagi tertanya di dalam fikiranku.
Siapa yang rapat dengan aku akan tahu, aku takkan katakan “tidak” pada seseorang (macam rasa bersalah). Tapi akhir-akhir nie, aku “berjaya” juga lah untuk katakan perkataan itu (menolak permintaan) daripada orang lain. Aku rasa macam lega juga lah. Selama nie aku cuba nak cakap, tapi macam tak sampai hati. Sekarang aku dah peduli lagi dah… Hahaa… (gelak jahat)..
Asyik kena ambil kesempatan jer kan ? Aku pun rasa macam dah jadi orang bodoh jer selalu kena tipu dengan orang. Adik-beradik aku pun selalu cakap benda yang sama, “abg erol tue asyik kena tipu dengan orang jer, nak kesiankan orang, tapi akhirnya diri sendiri yang merana”.. Hahaha.. 🙂 Seriuslah, aku rasa macam dah lega sekarang. Banyak yang aku belajar dari manusia sekeliling aku sebelum nie. Terima kasih lah sesiapa yang pernah “ajar” aku benda-benda macam nie ye… Hahahaa….
Tapi seriuslah, benda nie dah lama kengkawan aku tegur, tapi aku buat tak tahu jer. Sekarang pun ramai yang tegur, tapi bila fikir-fikirkan kembali, memang betullah apa yang diaorang katakan itu. Abang saga pernah berkata, “buat apa aku nak fikirkan tentang orang lain, baik aku fikirkan diri aku dulu, kalau kita duduk kat tempat dia, kita akan buat benda yang sama juga, lepaskan diri sendiri dulu”. Dulu aku tak faham apa yang dia katakan, sekarang aku dah faham. Apa-apa yang kita nak buat dalam dunia nie, kita kena fikirkan diri sendiri dulu (fikirkan tentang kepentingan diri dulu), jangan fikirkan tentang orang lain…
Nak kesiankan orang tue, rasanya letak tepi dulu lah. Zaman sekarang nie bukan zaman nak kesiankan orang. Manusia nie boleh berubah bila-bila masa sahaja. Tak guna letakkan “rasa kesian” tue kat orang lain melainkan kepada diri sendiri dulu. Kiranya aku dah fahamlah, apa yang cuba mereka maksudkan selama ini kepadaku..
Khairul Azahar Sharriffuddin
19 December 2019 2:29 Minit Petang
Kampung Sungai Buaya, Selangor