Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah dah semakin sihat (walaupun masih ada batuk dan selesema lagi). Malam tadi aku dapat tidur dengan sangat lena sekali. Lama dah aku tak rasa nikmat tidur yang lena. Boleh dikatakan aku tak pernah tidur menggunakan baju semenjak daripada kecil, tapi malam tadi aku pakai baju, rasa peluh-peluh gitu.. hahaa.. (sebab demam kan).
Alhamdulillah, minggu nie aku dapat menulis 5 diari. Rasanya minggu ini yang paling banyak aku menulis semenjak aku menulis dahulu. Mungkin disebabkan keadaan kesihatan yang tak berapa nak baik nie, aku ada banyak masa terluang untuk menulis. InsyaAllah, esok aku dah boleh mulakan semula kerja-kerja aku. Bulan nie, aku target untuk siapkan 5 project, insyaAllah. Sebagaimana yang aku ceritakan di dalam diari-diari sebelum ini, pekerjaan merupakan suatu pecahan kecil sahaja dalam kehidupan, tak perlu nak serius sangat. Banyak lagi perkara dan cabang dalam kehidupan ini yang perlu kau orang teroka..
Nak Jadi Blogger ?
Okay, hari nie aku nak ajar bagaimana untuk memulakan step untuk menjadi seorang blogger. Yang penting sekali perlu tahu, jenis niche (bidang & konsep) blog yang ingin kau orang ceburi. Sebagai contoh, blog lelakiberlari.com ini, nichenya adalah diari. Makanya, disitu aku dah jelas hala tuju dan skop blog aku nie. Takdelah nanti merapu-rapu bawa masuk tulisan berkaitan sukan, politik, ataupun sains (campur aduk)..
Kau orang boleh pilih sama ada niche, sukan, politik, masakan, travelog, teknologi, berita, atau apa sahaja jenis category yang ada dalam kehidupan ini. Okay dah jelas ? Lagi satu, kau orang sebenarnya boleh generate income dengan menulis blog (partnership dengan google). Cuma untuk blog lelakiberlari.com nie, aku taknak paparkan sebarang iklan. Ini blog personal diari, bukan untuk cari income. Sebagai contoh, aku akan tunjukkan contoh iklan yang di generate oleh google secara automatik.
Okay, nampak iklan tak ? Itulah adalah contoh iklan yang akan terpapar di laman blog sekiranya ada partnership dengan google. Ia dikenali sebagai google adsense. Syarat memohonnya, anda perlu memiliki laman web ataupun blog dengan kandungan blog yang telah matang (contoh dah lebih 3 bulan). Kalau menepati ciri dan syarat tersebut, bolehlah apply terus di google adsense. Lepas kau orang mohon, google akan review terlebih dahulu kandungan di dalam blog kau orang. (selalunya dalam tempoh 1-7 hari bekerja).
Okay tak income dari google ? Income bergantung kepada jumlah pelawat di dalam blog kau orang. Contoh dalam 1000 orang yang view iklan kau, boleh dapat dalam $1 , then jika pengunjung click iklan tersebut, ia akan dikira lain, setiap click iklan dalam range $0.05-0.50 per click (range dalam market iklan Malaysia), dan ada lagi lain-lain lagi contoh pengiraan. Jika maintain setiap hari viewers dalam blog kau orang dalam 1k-2k unique user dengan purata 20-30 click, senang-senang kau orang boleh dapat dalam $10 per day, maksudnya dalam RM40 sehari. Ini kira pendapatan pasif tau, kau tidur pun duit masuk dalam akaun kau orang. Hanya menulis dan berkongsi sesuatu yang kau minat, kau dapat duit.
Yang syoknya, jika kau orang buat semua ini secara part-time dan suka-suka. Saat ketika kau bekerja pun, mesti kau akan sentiasa check panel google adsense, tgk duit masuk dalam akaun kau orang.. Hahaha.. Ini kau orang buat adalah didasarkan dengan niat suka-suka. Bukan menulis untuk mencari pendapatan pun. Aku pernah merasainya masa bekerja dahulu, setiap jam mesti check dashboard google adsense… Hahaa..
Ini adalah jumlah kunjungan yang average sahaja. Jika kau orang buat niche-niche yang hot, seperti niche masakan, niche resepi, niche politik dan hiburan, pengunjung blog memang boom ! . 10-20k Pengunjung sehari adalah perkara biasa..Cuma yang penting, kau orang perlu sentiasa update kandungan blog kau dengan content terbaru, terkini dan fresh. Nampak tak macam mana dunia IT sekarang nie dah mengubah cara orang mencari pendapatan.
Kau tak perlu nak terseksa melayan orang dan tekanan kat tempat kerja hanya sekadar nak dapatkan pendapatan 1k sebulan. Dalam bidang IT nie, untuk dapatkan 1k pendapatan boleh jadi bekerja dalam beberapa jam sahaja, dan lebih 29 hari lagi kau boleh gunakan untuk buat lain-lain perkara dalam hidup kau. Serius aku katakan, InsyaAllah jika aku dikurniakan zuriat, aku akan ajar dia dari kecil lagi mengenai dunia IT (programming, design, dll). Dunia nielah yang akan membebaskan manusia dari kapitalis yang sentiasa mencekik kudrat manusia. Aku nak dia bebas..
Dunia nie (IT) akan bebaskan ia dari semua ini. Bekerja & Bina impian sendiri. Kapitalis bangsat yang jadikan pekerja sebagai hamba nie ramai. Sebenarnya dunia sebegitu hampir berakhir, tamadun manusia dah mula berubah. Kebanyakan manusia sudah mula berubah kepada Gig Ekonomi (tidak terikat dengan konsep majikan). Orang luar terutamanya dah banyak mempraktikkannya. Kau boleh siapkan tugasan-tugasan berkaitan IT dari mana sahaja selagi mana ada sambungan internet dan laptop.
Macam itu jugalah aku praktikkan sekarang nie, aku boleh berada di johor waktu pagi dan bercuti di Negeri Sembilan pada petangnya dan pada waktu malamnya pula, aku boleh siapkan tugasan-tugasan kerja berkaitan IT secara remote dari client-client yang berada di lain-lain tempat. Hanya berkomunikasi secara online. (whatsapp & email). Tak perlu jumpa, dan semua pembayaran dilakukan secara online.
Okay, sekiranya kau berminat nak jadi Freelancer dalam Gig Ekonomi nie, pertama sekali kau orang perlu ada ilmu, banyakkan membaca. Tak boleh berhenti kerja macam itu jer, kena kerja macam biasa, tapi pada masa yang sama juga belajar pada waktu malam (lepas pulang dari kerja). Untuk suri rumah pula, ini sebenarnya peluang yang boleh ambil. Dari tengok videos yang tak beri manfaat kat fb & instagram tue, lebih baik tambah ilmu dengan video-video tutorial di youtube dan udemy. Aku yakin, dalam masa setahun sahaja, kau orang semua akan dapat rentaknya, insyaAllah.
Aku bukan suruh kau orang berhenti kerja tau.. haha..Aku cuma kongsikan sahaja dunia seorang freelancer jer. Semuanya ada pro dan contra. Yang produnia freelancer adalah kau bebas. Kontranya pula, kau tak boleh malas, kena sentiasa motivasikan diri sendiri, mental kena selalu kuat. Tapi kerja dengan orang pun mental kena kuat juga kan ? Hahaa.. jumpa pula dengan psycho kat tempat kerja kau, tak haru.. Hahaha… Okayla.. Aku nak relax jap, tonton movie sebelum tidur. 🙂
InsyaAllah, minggu nie aku akan tulis mengenai rutin hidupku dari pagi (bangun) sampailah aku tidur semula. Aku akan ceritakan satu persatu apa yang aku lakukan. Doakan aku sihat ye, esok aku nak start kerja semula 🙂
Khairul Azahar Sharriffuddin
1 Mac 2020 11:31 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Selangor