Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 181 : Kelahiran [Final Update 9-Mac-2020]

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah, hari ini aku dapat menyambung semula kerja-kerjaku secara sepenuhnya, aku bermula pada pukul 10 pagi tadi. Malam tadi aku dapat tidur dengan sangat lena. Bila bangun tidur pagi tadi memang segar sangat. Aku cuba lah tidur dengan memakai pakaian malam tadi, ternyata aku terlena sampai ke pagi.. Hahaa. (semenjak kecil aku tidur memang tak menggunakan baju, cuma pakai seluar je). Aku rasa aku dah jumpa “key for better sleep” hahaa.. 🙂 .

Okay untuk hari nie, ceritanya memang agak panjang. Aku nak kongsikan ringkasan hidupku semenjak daripada kecil (ada antaranya, aku tak pernah berkongsi dengan sesiapa pun). Lebih kurang macam biodata yang kita berikan kepada pasangan masa waktu sekolah dulu-dulu lah. (kalau korang ingat lagi). Tulis biodata di atas sekeping kertas cantik-cantik, kemudian “spray” minyak wangi sedikit.. Hahaa.. Aku pernah beri sekali jerlah, (masa tingkatan 1). Tapi masa tue aku “noob” sangat, member aku ada perempuan nak kenal (Jadi kawan), aku pun ingat kawanlah, rupanya dia minat kat aku (bukan perasan ye).. haha.. 🙂

Semalam merupakan hari kelahiranku (4 Mac 1986). Kini dah berusia 34 tahun, bujang, dan masih belum ada tanda-tanda untuk mendirikan rumah tangga lagi.. Hehee. 🙂 . Jangan kata aku takde keinginan untuk berkahwin ye, ada.. ada sangat..cuma belum ada rezeki lagi. Kesedaran untuk berkahwin tue timbul agak lewat (dalam akhir tahun 2018). Takpe lah, yang penting mencuba kan ? Nak tahu siapa yang first sekali wish bufday semalam ? Kak Aswani.. 🙂 . Terkejut sangat, tak sangka dia masih ingat lagi tarikh lahir aku. Dahulunya aku akan bertukar hadiah harijadi di tempat kerja dengannya. Terima kasih ye, Kak Aswani 🙂

Ghairah Yang Hilang

Okay, first sekali aku nak ceritakan jenis-jenis keghairahan yang ada pada usia kecilku tetapi hilang apabila sudah menjangkau usia remaja. Yang pertama sekali berkaitan dengan sukan. Ghairahnya boleh dikatakan “gila-gila” lah, tak kira pagi, petang atau malam, sekolah atau cuti sekolah, aku akan pergi mana-mana aktiviti sukan yang ada (bersama dengan rakan-rakan).

Dalam masa seminggu tue, memang penuh dengan aktiviti sukan. Sukan badminton paling aku minat sekali, hampir setiap minggu akan ke court badminton (masa tue bayar sejam dalam RM3) bersama dengan rakan-rakanku. Tak pernah wakil sekolah, tapi pernah Naib Juara Sekolah Menengah masa usiaku 13 tahun. Masa itu juga, aku ada terlibat dengan aktiviti ohlaraga, dimana dalam seminggu sekali pada waktu petang (selepas waktu sekolah), aku dan rakan-rakan akan ke Stadium Darul Makmur, Pahang untuk melakukan aktiviti ohlaraga.Waktu petangnya pula, kitaorang akan bermain bola sepak. Memang kehidupan penuh dengan Sukan lah.

Tapi semuanya berakhir lepas tahun 1999. Sebab mulai tahun 2000 (tingkatan 2), aku dah start terlibat dengan dengan geng-geng baru. Semua tentang diri aku berubah mulai tahun ini. Tahun nie lah, aku start merokok terlibat dengan penyalahgunaan dadah, lepak, judi, bergaduh, ponteng sekolah, minum arak, merompak, masuk lokap, dan tahun-tahun berikutnya boleh dikatakan aku terus-menerus melakukan kesalahan. Dimana berakhirnya ? Semuanya berakhir lepas aku dapat result SPM.. Ya, lepas aku dapat keputusan SPM, perlahan-lahan aku berubah.. Walaupun agak sukar sebenarnya..

Merokok nie boleh dikatakan aku on-off-on-off (sekejap aku berhenti, sekejap aku sambung semula), bagi aku perkara nie nothing lah, takde apa-apa impact pun melainkan dari segi kesihatan sahaja. Aku start merokok pada usia 14 tahun, then berhenti sepenuhnya pada usia 18 tahun. Lama jugalah aku tak merokok. Kemudian pada usiaku 26 tahun, aku merokok kembali. Just turn on dan turn off untuk beberapa tahun macam itulah. Sekarang nie aku tak hisap lah, tapi untuk tahun-tahun mendatang nie, aku tak berani nak jaminlah (kekadang bila jumpa member-member lama nie, keinginan tue akan datang semula)..

Mabuk, bukan yahudi mabuk ye… :-). Aku start minum masa usiaku 15 tahun. Masa itu agak berat juga untuk minum. Aku ingat lagi bagaimana semuanya bermula. Masa itu, aku dan member kongsi-kongsi duit beli satu tin beer kat kedai. Masa itu kecoh nak buat “urine test” kat sekolah, kawan aku kata, boleh clear urine kalau minum. (jangan percaya kalau kawan kau cakap macam nie) Lepas dari hari tue, aku dah jadi ketagih. Kalau “barang” takde, selalunya aku akan mabuk dengan member-member lah..

Last aku minum, masa usiaku 17 tahun. Aku ingat lagi tempatnya, di Hotel Seremban INN (bulan puasa masa itu). Aishh.. memang tak ingat Tuhan langsung masa tue. Jika ikutkan memang tak boleh cerita perkara-perkara macam nie, sebab aib tue Allah s.w.t dah simpan (tak perlu kita ceritakan dan buka aib sendiri). Tapi niat aku tak lain hanyalah untuk nak jadikan semua yang membaca ini mendapat pengajaran dari ceritaku ini. Janganlah sesekali buat kesilapan macam nie dalam hidup. Jika sempat diberikan masa untuk bertaubat, okay lagi. Jika tak sempat ? Ada beberapa kawan-kawan aku yang telah meninggal dan tak diberikan kesempatan masa sebagaimana yang kita miliki hari ini (Moga-moga Allah swt mengampunkan dosa-dosa mereka, Aaminn)..

Aku tak pernah puasa penuh pun, melainkan Tahun lepas 2019 (puasa yang paling indah dengan rakan-rakan sekerja) Alhamdulillah. Aku dapat rasa nikmatnya. Tempat kerja tue dah banyak mengubah aku sebenarnya. Banyak aku belajar disana. Dulu aku SPM masa bulan puasa, selamba je aku beli KFC then makan dengan member-member yang baru kenal (lepak dalam Cybercafe lagi). Tapi langit tak selalu cerah dan kegembiraan beserta kejahatan takkan berkekalan. Masa keputusan SPM keluar, itulah hari balasan Allah swt pada aku sebenarnya. Hari dimana aku telah mengecewakan ayah dan ibuku (aku ingat lagi wajah kedua-duanya)..

Dadah, aku bermula dengan penyalahgunaan dadah pada tahun 2000 (tingkatan 2). Aku bermula dengan marijuana, kemudian dengan beberapa jenis pengambilan pil, yang paling famous masa itu Pil Nospan. Aku pernah overdose pil Nospan di sekolah masa tahun 2002, masa itu aku ingat aku dah mati dah.. Gila lah, kawan aku tolong aku masa itu, sepanjang masa aku muntah (masa pulang sekolah pun masih muntah). Dadah jenis sintetik nie, totally stop masa usiaku 17 tahun. Marijuana pula, aku stop sepenuhnya pada usiaku 18 tahun, dan kembali semula pada awal tahun 2019, umur 33 tahun (itupun just nak happy-happy masa lepak dengan members je). Last aku rasa dalam bulan 6/2019..

Kalau ada sekarang pun, aku hisap je, benda nie benda natural, takde apa pun bagi aku, layan-layan sambil tengok movie okaylah.. 🙂 , tapi urine akan sangkutlah nanti (dah jadi satu masalah pula). Lain-lain jenis dadah, seperti syabu, aku tak pernah ambil, walaupun ada cubaan dan dugaan daripada members. Dari sekolah lagi sampailah aku bekerja, akan ada sentiasa ada members yang ajak pekena syabu nie. Satu je lah aku nak cakap, “Dengan marijuana, kawan akan jadi sahabat, tapi dengan syabu nie, kawan dan sahabat akan jadi musuh”.

Elaklah berkawan dengan kaki ais nie (syabu), sebab diaorang nie kuat sangat berhalusinasi (anggapan-anggapan yang tak masuk akal). Kekadang kau cakap biasa je, tapi dia anggap kau nak pukul dia. Serius, hidup kau akan berserabut berkawan dengan member kaki Ais nie (kejap okay, kejap tak okay). Jika dah masuk dalam dunia syabu nie, memang susah lah nak berhenti (24 jam asyik nak khayal je). Janganlah cuba-cuba, sekali kau orang dah cuba benda nie, nak cari jalan pulang tue, memang terasa jauh sangat. Satu jer, jangan sesekali memulakannya.

Bergaduh, nak kira aku nie kaki gaduh, takdelah, aku nie pun badan pun kurus je, sekali kena tumbuk je dah melayang.. Haha.. Tapi itulah hakikatnya. Aku suka sangat bergaduh dengan orang dahulu, sampai mak aku cakap, “ayah kau tue dah malu asyik pergi sekolah disebabkan kau”. Aku nie memang cepat panas, kalau aku dah marah (aku dah tak boleh berfikir dengan waras).

Masa aku tingkatan 4, aku dah tidur kat lokap disebabkan bergaduh di Sekolah, di hadapkan ke mahkamah juga lah. Tak lama lepas tue, aku dibuang sekolah disebabkan telah banyak rekod buruk. (akhir bulan 8/2002). Then, perangai aku semakin menjadi-jadi lepas tak bersekolah, lepak malam (pagi subuh baru balik rumah, tidur sampai petang, malam lepak semula sampai pagi). Masa tuelah aku mula terlibat dengan aktiviti peras ugut.

Tapi sifat baran (cepat panas) tue memang susah nak hilang sampai lah sekarang (tapi aku cuba kawal juga). Sampai satu masa aku pernah hampir nak bunuh ibu aku sendiri, (masa usia 19 tahun), tapi malam tue aku lari rumah. Beberapa tahun juga lari, sampailah aku pulang semula (masa umur 21 tahun). Aku pulang meminta maaf dengan ibuku, sampai hari nie aku ingat lagi riak wajah ibuku.

Mulai dari hati itu, aku dah dedikasi kan hidup aku hanya untuk ibu dan ahli keluargaku. Aku nak jaga ibu aku sampai bila-bila. Kalau kau orang nak tahu, meskipun umurku dah 34 tahun, aku masih lagi bermanja dengan ibuku (aku perasan adik-adik perempuan yang lain kekadang cemburu dengan aku). Haha.. Sebelum aku nak tidur, aku akan cium ibuku, lepas aku bangun tidur, aku akan cium ibuku. Dah banyak sangat kesalahan yang aku lakukan dan susahkan dia, aku nak bahagiakan hari-hari tua dia. Sebab aku tahu, ini sahaja peluang yang aku ada…

Aku pun dah mula berbaik dengan bapaku juga, dahulunya aku agak sukar untuk berkongsi-kongsi dan bercerita dengannya, tapi untuk 2 tahun kebelakangan ini, aku dah seperti berkawan dengan bapaku, kekadang keluar berdua sahaja bersama-sama ke bandar (beli barang), aku drive ayah akan duduk disebelah. Aku hanya boleh berikan kebahagian melalui kasih sayang kepada kedua ibu-bapaku sahaja, hanya itulah yang aku ada dan mampu berikan untuk kedua-duanya.

Beberapa minggu yang lepas, masa aku keluar dengan adik beradik perempuanku, adikku berkata kepadaku ketika berada di dalam kereta, “kalau dulu, mana boleh keluar dengan abang erol macam nie”. Aku terkejut, “kenapa pula ?”. Adik aku balas, “Aihh.. Abang Erol mana ada macam nie dulu, kalau dulu mana boleh cakap dengan abg erol macam nie, tak berani kita, silap kena pelempang” (kedua-dua adik-beradiku mengiyakan). Aku terkejut, betapa teruknya sikap aku dahulu, adik-beradik aku pun benci dengan aku. Aku tanya kembali, “bilanya abang erol berubah ?”. Adik aku cakap, “bila abang erol dah start ikut ustaz apa tue, tak ingat.. Abg erol kan dulu selalu keluar belajar”.

Masa tue aku terus terlintas, Ya, namanya ustaz muhadir haji joll . Dari dialah sebenarnya aku mula mengenali apa itu adab. Dari dialah aku mula mengenali siapa itu, Syeikh Nuruddin, Syeikh Fahmi Zam-Zam, Ustaz Hazri Hashim. Ulama-ulama yang mengajarkan ilmu-ilmu hati dan adab (tasawwuf). Masa itu aku jatuh cinta dengan ilmu tasawwuf. Bagaimana ilmu ini boleh melembutkan hati manusia. Daurah kitab pertama yang aku pernah hadir adalah Daurah Kitab Hidayatus Salikin di Masjid Wilayah Persekutuan.

Aku sebenarnya mula membaca Al-Quran pada usiaku 24 tahun, aku belajar dengan adik perempuanku. Masa itu, aku menghafal jer, Alhamdulillah, aku dapat membacanya sekarang walaupun merangkak-rangkak. Okay jugalah jika dibandingkan masa aku sekolah dahulu (menengah). Aku tak boleh membaca langsung masa tue. Kalau waktu agama jer (tilawah) aku dah berpeluh-peluh.. Haha.. macam-macam cerita lawak pernah terjadi.. (satu huruf pun aku tak kenal)..

Penampilan Diri

Okay, dah boring ? Hahaa.. Sekarang aku nak cerita mengenai penampilan diri aku semenjak daripada kecil (termasuk fikiran). Ada yang berubah dan ada juga yang masih kekal tidak berubah. Buat permulaan nie, kita masuk bidang politik dulu lah ye… Hahaa.. 🙂

Politik, Senang cerita, keluarga aku nie memang dah berdarah Umno lah semenjak dari zaman berzaman (dari atok aku lagi). Tak pernah lagi ahli keluargaku mengundi selain daripada itu. Mungkin cuma aku dan adik perempuanku sahaja yang lain, Adik perempuanku kekal dengan PAS (Parti Islam Semalaya) semenjak dia mengundi dahulu. Aku pula ? First time dahulu, aku undi UMNO dan kemudiannya pada tahun 2018, aku berikan Undiku pada parti BERSATU untuk DUN dan PAS untuk Peti Parlimen. Nampak tak, dua-dua piha aku berikan undi.

Asalkan ahli tersebut beragama islam dan bebas daripada Rasuah dan salah guna kuasa (aku akan tetap berikan undi aku). Yang penting adalah ada Integriti. 2018 aku memang tolak 100% calon daripada UMNO kerana kepimpinannya terpalit dengan isu-isu rasuah dan salah guna kuasa yang berleluasa, yang menjadikan cash sebagai king. (duit adalah segala-galanya). Akhirnya jatuh kan ?

Dari segi pemimpin pula, semenjak dari kecil lagi, aku akan sentiasa kagum dengan Tun Mahathir, aku pernah membaca satu buku biografi tentang dirinya pada usiaku 13 tahun (sampai habis tau) Haha… Aku kagum bila dia merencakan sejarah “serangan subuh guthrie”. Sampai sekarang, aku masih menjadikan dia sebagai seorang tokoh politik dan pemikiran.

Okaylah, aku pun dah penat juga menulis nie, panjang kan ? Hahaa.. Aku akan cuba ringkaskan. 🙂

Kurus, yang nie tak boleh nak elaklah, semenjak daripada kecil, badan aku memang kurus kering macam nie.. Hahaha. Nama pun “seorang budak kurus” kan ? Berat tertinggi aku pernah sampai adalah 65KG, sekarang maintain dalam 60KG (underweight). Dah cuba nak naikkan berat badan, akhirnya aku surrender jer lah.. Haha. 🙂 . Bila dah usia-usia macam nie, aku malas dah nak fikirkan tentang perkara nie.. 😉

Kekadang rasa badan macam melayang bila kena angin.. haha.. serius, tue belum masuk bulan puasa lagi, tinggal tulang jer.. 🙂 . Makan lah berapa banyak pun. tetap macam tue juga..

Rambut, Kalau ikutkan style rambut, dari usia kecilku, aku belahan rambut aku adalah tengah dan akan ada 2 jambul di hadapan (belah tengah lah senang cerita). Sampai usiaku 24 tahun, satu hari, sahabatku miqdad berkata, “awak belah tengah kelakar lah”. Lepas tue dia ambil sikat, dia belah tepi rambutku, “macam nie okay”.. Haha.. Semenjak dari hari itu sampai lah sekarang, aku masih kekal dengan belahan rambut belah tepi..

Tapi dalam beberapa minggu yang lepas, adik perempuanku berkata, “rambut abang erol belah tepi kelakarlah, cuba macam dahulu handsome”, Lepas tue aku ambillah sikat berikan kepada dia, aku katakan, “cuba sikat rambut abang erol bagi okay. Dah macam-macam gaya dia buat, lastnya dia cakap kat aku, “tak boleh lah, rasanya abang erol kena repair muka abang erol”… Hahahaa.. 🙂

Dari kecil aku gunakan minyak rambut, aku guna baby johnson dari aku kecil (sekolah rendah) sampailah sekarang. Dah hampir 30 tahun aku gunakan Johnson Baby. 🙂 Boleh jadi duta lah.. Hahaa..

Badan, Adik beradikku selalu sangat cakap badan aku busuk, bau peluh & bau lipas.. haha… aku pun tak tau macam mana lah. Minyak wangi pun aku pakai. Minyak wangi yang sentiasa aku gunakan adalah Tommy Boy by Tommy Hilfiger (semenjak sekolah menengah aku dah suka dengan wangian jenis ini).

Selalunya lepas mandi aku akan spray minyak wangi, nak keluar rumah ataupun nak tidur (kadang-kadang sahaja, terutama jika baru lepas mandi).

Ikutkan banyak lagi aku nak tulis, tapi nanti aku sambung lah ye..(aku dah penat, nak mandi dan nak tidur).InsyaAllah, aku akan sambung semula dalam minggu ini, aku akan tulis [update] pada tajuk nie, sekiranya telah aku kemaskini. Ada banyak lagi perkara yang masih tergantung, tapi buat masa nie aku publish dulu artikel nie..

Bakal bersambung…. (InsyaAllah)


Sebelum aku mengakhiri untuk hari nie, aku nak kenalkan, yang bawah ini kucing aku, namanya “siam celup” hahaa.. mak aku kata, “kucing kau nie bukannya siam original, siam celup nie”. (mak aku gurau-gurau je). Kucing nie adalah asal pemberian bekas kekasih aku (wawa). Masa putus dia suruh aku buang kucing nie, aishh.. takkan lah aku nak buang.

Si siam celup nie tak boleh duduk diam, mengeow je, lepas tue kuat main (sampai tangan aku calar-calar kena gigit dengan dia).. Haha.. 🙂

Khairul Azahar Sharriffuddin
5 Mac 2020 9:24 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor

[Update 7 Mac 2020]

Assalammualaikum, baiklah malam nie aku sambung sedikit lagi penulisan diari ini (sementara nak tidur dah nie). Malam nie aku nak kongsikan minat-minat (keghairahan) yang pernah ada pada diriku pada suatu masa dahulu, tapi hilang apabila telah meningkat dewasa (sebelum nie aku dah kongsikan sedikit, dah baca ? hehee..

Memancing, ini boleh dikatakan keghairahan yang ada pada usia kecilku sehinggalah ke usia remajaku (sehingga umur 17 tahun). Masa dahulu, memang aku tak boleh tempat yang berair (sama ada yang mengalir atau bertakung), mesti aku akan tengok. Tak kiralah sama ada ketika mengayuh basikal, (aku akan berhenti), menaiki bas, menaiki kereta, menaiki keretaapi, selagi mana ada tempat tersebut ada air, aku mesti menjengah punya (sambil berimiginasi).

Minat nya aku tak boleh nak katalah (sebab memang best sangat), tapi semua rasa tue dah hilang bila aku dah meningkat dewasa. Secara tepatnya lepas usiaku 17 tahun (rasa itu dah kurang). Aku harap suatu hari nanti, aku akan dapat menikmatinya semula.

Game, Masa kecil dulu lah adalah, lama sangat dah, last sekali main game rasanya ketika umurku 16 tahun. Aku pun tak minat main game. Ini pandangan aku lah ye, benda nie buang masa je (maaf ye kawan-kawan yang kaki game). Aku tak pasti, apa sebenarnya boleh dicapai dalam kehidupan nie dengan bermain game. Tapi jika nak happy-happy main dalam seminggu sekali, aku rasa okaylah juga. Tapi kalau dah hari-hari main…

Filem, Boleh dikatakan sangat meminati filem. At least seminggu sekali mesti nak kena ada masa untuk tengok movie (bukan di pawagam). Buat masa ini aku hanya menonton di Netflix. Aku jarang sangat tengok TV, boleh dikatakan sebulan tak sampai sejam. Aku suka movie yang serius (tak banyak sangat cakap), based on true story, dan yang paling penting boleh memberikan impact imaginasi. (related dengan kehidupan).

Antara Filem-Filem yang berada di carta pilihanku, No 1 semestinya Titanic, Catch Me If You Can, Click, Inception, dan last sekali Men Women & Children. Ini antara cerita yang aku boleh tengok berulang-ulang kali dan sekiranya filem-filem tersebut dilakonkan oleh aktor seperti Denzel Washington, Leonardo Di Caprio, dan Adam Sandler (mesti aku takkan lepaskannya).

Musik, Mengenai musik pula, aku aktif dengar-dengar lagu nie ketika usiaku lebih kurang 12 tahun. Masa itu zaman kegemilangan kumpulan-kumpulan jiwang, macam Data, Screen, Scoin, Spoon (macam-macam nama kumpulan kan).. Haha.. Masa itu pun Siti Nurhaliza dah popular dengan lagu-lagu cinta. Boleh dikatakan jika lagu-lagu zaman tue, boleh ingat semualah sampai sekarang 🙂

Dari segi bermain musik pula, boleh lah sikit-sikit main gitar. Start belajar gitar masa usiaku 13 tahun (belajar dengan kawan aku). Selalu juga pergi jamming dengan kawan-kawan masa itu, Aku ada cipta 2 buah lagu sebenarnya, dua-dua lagu masa usiaku 16 tahun (penghujung tahun). Masa itu aku dah tak sekolah, adalah lah masa melepak jer sepanjang malam.. 🙂

Salah satunya, “lagu untuk shaharina”. Boleh search di Youtube (taip nama lagu). Lagu tue aku record sendiri. Then lagu yang keduanya (ada lirik), nak nyanyi susah sikitlah sebab suara tak sedap.. hahaa.. 🙂 . Aku akan main gitar jika ada masa terluang (selalunya waktu petang lah).

Kucing, Yang nie antara keghairahan yang tak pernah hilang lagi sampai sekarang.. Hehehe.. Dari kecil lagi, family aku memang dah bela kucing (selalunya memang lebih 20 ekor). Dari zaman sekolah lagi, jika jumpa kucing di luar, aku akan bawa balik ke rumah (masuk dalam beg sekolah). Boleh dikatakan semua tempat yang pernah aku bekerja, akan ada kucing yang aku bawa balik.. Haha. (mak aku memang bising lah)…

Selalunya setiap malam, akan ada kucing yang temankan aku tidur. Menjaga kucing nie boleh dikatakan dah jadi rutin dalam hidup aku lah.. (Mak aku cakap, bela ayam lagi untung) Haha. Pagi-pagi akan basuh kandang dan bagi makan dan aku akan lakukan perkara yang serupa pada waktu petang juga. Kalau ada masa lebih, aku akan repair lah mana-mana kandang kucing yang rosak.

Membaca & Menulis, Nak dikatakan aku minat sangat membaca, takdelah. Bergantung pada tajuk. Aku minat perkara-perkara yang berkaitan dengan sejarah. Jika cerita mengenai sejarah seseorang, tamadun, perkara yang dah lepas (cerita-cerita yang macam nie aku minatlah). Haaa.. santu lagi, masa aku kecil-kecil dulu, komik yang paling aku minat adalah siri komik Doraemon.. Hahaa.. boleh dikatakan hampir kesemua sirinya aku ada. Tapi ini cerita dulu-dulu lah..

Sekarang nie lebih tertumpu kepada cerita-cerita yang ada dalam facebook (hampir setiap hari juga aku baca). Dahulu kebanyakkan cerita, kisah dan naratif sebegini dikongsi di dalam blog ataupun forum sahaja. Sekarang nie dah tak ramai yang gunakan platform blog untuk berkongsi kisah masing-masing. Aku mula menulis pun disebabkan kawan aku juga dulu seorang penulis di blog. Dia menulis dari waktu belajar, masuk universiti, berkahwin, dan sekarang dah ada anak pun (bayangkan hampir kesemua peristiwa-peristiwa penting dalam hidup, dia tulis dalam blog). Boleh lah anak dia baca nanti.. Hahaha..

Dari Kosong

Okay, sekarang nie aku nak kongsikan pula, bagaimana aku bangkit dari kegagalan hidup aku (lepas habis sekolah). Okay, lepas aku kena buang sekolah, masa tue aku dah slow-down sikitlah aktiviti-aktiviti tak bermoral. Masa itu kebanyakkan kawan-kawan aku berjaya menyambung pelajaran sama ada di dalam bidang teknikal ataupun akademik. Aku hilang arah juga lah masa itu..

Jika dahulunya kau berbual dengan rakan-rakan kau soal keanak-anakkan, tapi masa itu, perbicaraannya sudah berubah (berbual mengenai masa hadapan). Masa itu aku depress sangat. Boleh dikatakan, apa yang terjadi antara umurku 21-23 tahun (aku tak ingat langsung apa yang telah terjadi). Sebab masa itu, aku hanya mengurung diri aku didalam bilik, tak keluar bilik dalam 2-3 tahun. Aku hanya akan tidur sepanjang hari, dan bangun pada waktu malam bersendirian. (itu zaman paling teruk dalam hidup aku). Aku tak bercakap dengan sesiapa termasuklah ibu atau ahli keluargaku..

Pada awal tahun 2010, aku dah mula berubah sedikit (mula berbual dengan ahli keluarga dan ibu aku) dan pada satu malam aku pergi ke cybercafe (malam ni dah merubah semuanya). Ini adalah turning point dalam hidup aku. Aku berfacebook malam tue, dan tanpa sengaja aku ternampak profile perempuan yang pernah suka masa tingkatan satu dahulu (perempuan cina), nama dia Lim Woon San. Jika kau orang pernah baca-baca diari aku sebelum ini, aku pernah bercerita mengenainya.

Masa itu perasaan aku lain, memang lain lah.. susah aku nak gambarkan. Aku katakan kepada diriku, “aku nak berubah”. (sambil aku tatap gambar kat profile dia).. hahaa.. Dia memang cantik lah, perempuan cina yang paling cantik pernah aku jumpa.. 🙂 . Umurku masa itu dah 24, agak terlewat juga untuk nak mulakan sesuatu. Tapi aku nak berubah lah masa itu..

Aku terus cari tempat-tempat yang boleh menyambung belajar tanpa SPM di internet..(keputusan SPM aku credit pun takde). Rezeki aku malam itu, aku jumpa portal GiatMara. Ada satu GiatMara di Seremban. Aku ada satu rumah di Negeri Sembilan (senawang), jadi boleh lah aku pindah ke sana untuk sambung belajar. Mungkin bila aku tengok muka dia di facebook malam itu, perasaan aku terus jadi berkocakan.. hahaa.. Tapi dia baru jer berkahwin beberapa tahun yang lepas (dah dikurniakan anak)..

Aku move on ye, jangan cakap aku tak move on. Cuma aku rasa dia ada something special lah. Aku confess perasaan aku kat dia masa aku tingkatan 1 (tapi dia menolak). Dalam beberapa tahun kemudiannya aku cuba jugalah, tapi mungkin sebab aku melayu lah.. Hahaa..lagi-lagi masa tue aku memang kaki buli budak-budak cina.. Haha.. lagi lah dia benci kat aku.. 🙂

Okay, malam itu aku pulang dari cybercafe dengan perasaan berbunga-bunga…haha.. Paginya pula, aku terus hubungi pejabat GiatMara Seremban bertanyakan mengenai kekosongan tempat untuk aku. Alhamdulillah, Puan tue just suruh aku datang sahaja. Aku terus katakan kepada ibuku yang aku ingin pergi ke Negeri Sembilan untuk belajar. Ibuku bersetuju. Hari itu juga, aku bertolak ke Negeri Sembilan dengan menaiki KTM.

Okay, ceritanya panjang lagi nie.. Aku nak tidur dulu. InsyaAllah, dalam beberapa hari nie, aku akan sambung lagi 🙂 . Macam biasa, aku akan letakkan tanda [update] pada tajuk diari nie nanti.

Khairul Azahar Sharriffuddin
7 Mac 2020 12:36 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Selangor

[UPDATE 9 MAC 2020 FINAL]

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Malam ini insyaAllah aku akan habiskan cerita bersiri ini… 🙂 . InsyaAllah, jadual kerja aku akan penuh sehingga akhir bulan hadapan (sehingga bulan puasa). Jadinya mungkin aku akan agak jarang menulis untuk memberikan lebih tumpuan kepada kerja-kerja aku (jika berkesempatan, insyaAllah aku akan menulis seminggu sekali)..

Okay bersambung semula cerita, Tengah hari itu aku bertolak ke Seremban menaiki KTM, sampai sahaja disana aku menaiki teksi terus ke GiatMara Seremban untuk pendaftaran (dah lewat sebulan). Alhamdulillah, akhirnya aku dapat belajar juga lepas dah bertahun-tahun hidup dalam kegelapan.

Untuk seminggu aku menaiki bas ke GiatMara, lepas itu ayah belikan aku sebuah basikal. Bayangkan umur 24 tahun kayuh basikal pergi tempat belajar (sedangkan budak-budak yang baru habis belajar masa itu dah naik motor semua). Aku keluar rumah sekitar jam 6 pagi mengayuh basikal lebih kurang sejam untuk sampai. Alhamdulillah, aku belajar selama 6 bulan disana di dalam bidang Teknologi Kimpalan Dan Fabrikasi Logam.

Lepas habis belajar, aku bekerja di dalam bidang teknikal untuk beberapa tahun. Kemudiannya menyambung semula belajar di Kolej Komuniti Hulu Langat, Kajang (Penyaman Udara & Pengudaraan Domestik) tahun 2011 dan aku ada mengambil beberapa kursus kemahiran berlainan bidang selepas itu termasuklah kali terakhir di Akademi Binaan Malaysia, Sintok Kedah ketika usiaku 29 tahun.

Kali terakhir aku bekerja di Dimal Asia Pasific (pada tahun 2016-2019). Dari segala pengalaman hidup yang pernah aku lalui dari di usia remajaku, boleh dikatakan ketika aku bekerja disinilah saat aku mencapai puncak dalam hidupku (dari seorang yang zero sehingga aku dapat menikmati segalanya). Segala perjalanan hidupku dari zaman sekolah sehinggalah disini (dimal) sebenarnya terkait antara satu dengan lain. Itulah takdir.. Aku bersyukur dapat menikmati semuanya. Dan kisah tentang hidupku selama berbelas-belas tahun lamanya itu berakhir disini… Not bad lah.. 🙂

Perjalanan Baru

Dan apa yang aku jalani hari ini, sangat berbeza dengan apa yang aku lalui sebelum ini. Perjalanan baru. Kehidupan baru. Beza lah.. Alhamdulillah, inilah perjalanan hidup yang aku cari-cari selama ini. Walaupun masih belum sempurna (teringin nak berumah tangga dan ada anak-anak juga) 🙂 . Tapi InsyaAllah, jika dah dijodohkan oleh Allah swt, pasti akan ditemukan jua kan ?

Okaylah ye, sebelum nak tidur nie. Aku nak tengok dulu lah movie apa yang best untuk di tonton sebelum nak terlelap nie. Selamat Malam.. 🙂

Khairul Azahar Sharriffuddin
9 Mac 2020 11:17 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor

Diari 180 :  Pengertian Yang Mengubah Jalan Hidup
Previous Post Diari 180 : Pengertian Yang Mengubah Jalan Hidup
Diari 182 : Bismillah..
Next Post Diari 182 : Bismillah..