Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 232 : Selamat Hari Raya 2024

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Dah lama menyepi kan blog nie. Tapi Sebenarnya ada je..cuma kurang motivasi untuk rajin menulis seperti dahulu, mungkin sebab usia rasanya, cepat sangat letihnya..haha.. Alhamdulillah, tahun nie dah menginjak ke usia 38 tahun dan masih handsome seperti dulu..Hahaha..

Okay, sebelum tue aku nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua pembaca di blog lelakiberlari nie. Semoga amalan dan usaha kita di bulan ramadhan sebelum ini diterima disisi Allah s.w.t . Puasa tahun nie boleh kata paling mencabar yang pernah aku harungi, mungkin sebab cuaca terlalu panas, menangis juga lah..sebab tak larat sangat..

Oh ya, aku nak share.. aku dah mula bekerja semula (bermula tahun lepas 27 November 2023), selepas hampir lima tahun juga aku bekerja sendiri. InsyaAllah, usaha untuk bekerja semula ini adalah untuk menambah dana bagi mengembangkan perniagaan sedia ada..InsyaAllah aku akan tambah lagi 2-3 produk baharu pada bulan Jun ini (saas web builder, kad kahwin digital) dan menambah baik produk sedia ada..

Cuma sekarang nie, badan agak letih bila dah balik kerja untuk sambung kerja sendiri pada waktu malam. Tapi insyaAllah boleh perlahan-lahan… Sebagaimana motivasi aku sebelum-sebelum ini untuk mengejar apa yang aku cita-cita kan akan terlaksana jua akhirnya… Yakin Boleh ! InsyaAllah..

Baiklah, sampai sini sahaja perkongsian untuk hari ini, InsyaAlllah ketemu lagi di dalam perkongsian akan datang. Aaamiin..

Khairul Azahar Bin Sharriffuddin
Kampung Sungai Buaya, Selangor
13.04.2024 2:26 Minit Petang

Diari 231 : Hari Kelahiran Ke-37
Previous Post Diari 231 : Hari Kelahiran Ke-37
Diari 233 : Kelepasan Waktu
Next Post Diari 233 : Kelepasan Waktu