Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 233 : Kelepasan Waktu

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ini aku masih bercuti lagi sehingga hari rabu ini (khamis baru masuk kerja semula). Lebih kurang seminggu lebih cuti Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Cuti lama sikit sebab bercadang untuk servis kereta dengan bawa ibu aku ke Hospital hari rabu ini (alang-alang cuti panjang terus), malas nak masuk kerja lepas tue cuti semula..

Alhamdulillah, hari ini selesai tukar suspension part kereta (absober, lower arm, stabilizer link, bush,dll). Tak pernah repair dan tukar semenjak beli. Kereta dah membuai habis kalau bawa dan dah macam-macam bunyi keluar. Risau nak jalan jauh-jauh.. Kos semua dalam RM1680 dan ditanggung sepenuhnya oleh Ayah (terima kasih ayah).. Ayah beri RM2000 untuk servis suspension dan balance RM320, insyaAllah esok guna servis tukar minyak enjin..

Kereta Saga Flx ini adalah hadiah daripada Ayah tahun 2017 (lepas dapat lesen kereta). Ayah bayar loan kereta sampai habis dan boleh kata kesemua kos maintenance ayah yang support sehingga kini.. Terima kasih banyak-banyak ayah…

Jika korang bercadang untuk servis atau tukar suspension part kereta. Aku recommend MR Absober (diaorang ada beberapa cawangan kat Selangor seperti Bukit Beruntung, Sungai Buloh, Nilai).. Negeri lain, aku tak pasti.. Servis memang tiptop, staff mesra, dan memang specialist untuk part suspension kereta.

Baiklah, insyaAllah kita bertemu lagi di dalam perkongsian akan datang. Harap-harap lepas nie lebih motivate untuk menulis semula. Haha.. 🙂

Khairul Azahar Bin Sharriffuddin
15 April 2024 8:07 Minit Malam

Diari 232 : Selamat Hari Raya 2024
Previous Post Diari 232 : Selamat Hari Raya 2024
Diari 234 : Keakuan Diri
Next Post Diari 234 : Keakuan Diri