Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Semalam secara rasminya adalah hari terakhirku bekerja. Kira genap setahun jugalah aku bekerja kat tempat nie, aku masuk 26/11/2023 dan hari terakhirku bekerja adalah 26/11/2024.. Semenjak hari jumaat hari tue aku dah start cuti..(habiskan cuti annual leave).. Keputusan yang aku ambil nie adalah hasil daripada pertimbangan yang wajar, bagi aku lah..
Aku rasa boring sebenarnya.. Entahlah.. takde motivasi.. bangun pagi, fikir nak pergi kerja, masuk kerja.. bekerja.. makan tengah hari, balik kerja.. penat, makan tidur.. ulang-ulanglah benda yang sama setiap hari… Haishh.. Aku taknaklah macam nie.. Aku rindu feel macam dulu-dulu.. Jadi aku ambil keputusan dah taknak teruskan lagi. Alhamdulillah, sepanjang aku kerja nie, aku dah ada sedikit simpanan yang cukup untuk aku survive tahun hadapan, InsyaAllah.. Semua hutang, bil langganan, aku dah settlekan upfront untuk tahun hadapan..
Alhamdulillah, bulan ini aku berjaya daftar syarikat kontraktor CIDB G1. Sebenarnya dah lama aku bercita-cita nak ada syarikat kontraktor. Tapi tuelah, modal tak berapa ada sangat dulu. Kali ini ia menjadi nnyata disebabkan ayah membantu daripada segi kewangan. Cuma STB (Sijil Taraf Bumiputera) yang masih belum diluluskan (permohonan ditolak kali pertama, disebabkan dokumentasi tidak lengkap), insyaAllah minggu depan aku akan reapply..
Di dalam bidang IT pula, insyaAllah itu adalah fokus utama ketika ini. Cuma aku nak berehat minggu ini, InsyaAllah akan bermula awal bulan december ini. Kita tengok lah macam mana nanti, taknak kongsi details sangat disebabkan terlalu banyak project yang aku sendiri pening nak bermula dari mana.. Haha…
Khairul Azahar Sharriffuddin
Kampung Sungai Buaya,
27.11.2024 9:18 Minit Malam