Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..
Firstly, aku perkenalkan diri aku sebagai Khai, Berumur 32 tahun dan masih bujang lagi (belum berkahwin)..InsyaAllah mungkin tahun ini akan bernikah sekiranya takdir menentukan..dah lama sangat membujang 🙂
Sebenarnya dah lama dah tak menulis di blog, kali terakhir tahun 2014 di platform blogspot .Rasa kekok untuk menulis kembali…Kini aku menggunakan platform wordpress.org untuk berblogging..InsyaAllah akan baik-baik sahaja..
Apa Tujuan Untuk Kembali Menulis ?
Okay, ikutkan hati memang dah taknak menulis lagi..tapi bila difikirkan kembali..rasa rugi kan ? Adalah suatu kerugian andainya apa yang terjadi diketika ini tidak dipotretkan di dalam nukilan naratif untuk dijadikan bahan bacaan bagi pewaris di masa hadapan. (Isteri dan Zuriat)
Bagaimana terujanya aku mendengar kisah ibu dan ayah disuatu ketika dahulu, begitu jugalah hendaknya anak dan isteriku disuatu ketika nanti. InsyaAllah ia akan menjadi satu wadah untuk aku menceritakan kisah-kisah penjalanan hidupku (pengalaman) yang pernahku lalui di masa lepas dan hadapan..
Ia juga menjadi medium “pemanas badan” untuk menghilangkan keletihan bekerja di siang hari dan meneruskan pekerjaan Freelance ku di malam hari pula..Penat sangat..Aku jadikan berblogging ini sebagai bridge (jambatan) untuk menghubungkan dua jenis pekerjaan yang aku lakukan kini..
Apa Yang Aku Lakukan Kini ?
Aku bekerja di sebuah syarikat swasta di Selangor. Bekerja di dalam bidang pembuatan (laboratory staff) dan masih lagi kekal di dalam industri cement..kali ini bukan portland cement tetapi high temperature cement yang digunakan di dalam industri cement, aluminium, steel, dan lain-lain…
Ayah aku bekerja di dalam industri cement dari tamat persekolahan sehinggalah kini (umur 57 tahun). Apabila ayah pulang bercuti antara hari sabtu dan ahad, aku akan berborak dengan ayah berkaitan pekerjaan ini.. seronok juga ada ahli keluarga yang berkerja di dalam bidang yang hampir sama..
Okay, dimalam hari pula, aku akan meneruskan kerja-kerja (freelance) berkaitan IT (membina laman web)..InsyaAllah matlamat aku adalah untuk menjadi jutawan dengan apa yang aku lakukan ini..Ada beberapa projek aku lakukan, tetapi progress sekarang memang slow sebab kena kerja “overtime” (kerja lebih masa sehingga lewat malam)..
Tapi nak buat macam mana kan.. inilah lumrah dunia kerja makan gaji.. (kena ikut peraturan) dan kena ada tanggung jawab.. balik kerja jer dah penat…nak buka Pc dan nak start draft design memang “out” lah mood… Sebab kerja-kerja macam nie memerlukan idea dan tumpuan (kena ingat step by step)..
Jadi dengan berblogging ini..InsyaAllah aku merasakan ia akan dapat memberikan suasana yang baik untuk mula mendraf sesuatu kerja…