Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 187 : Pencinta Kucing

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Suka kucing tak ? 🙂 . Hari tue aku ada baca satu tweet kat twitter, seorang perempuan tweet dia kata, “hati-hati perempuan semua, lelaki yang suka kucing nie sebenarnya gay”.. Haha.. kepala hotak dia, abis tue aku gay lah ek ? Dia tak tahu lelaki macam kita nie berjuang setiap hari nak menahan nafsu.. Hahaa.. yelah umur macam nie tak menikah lagi, ingat boleh tahan ke… Fuhhh, besar dugaannya 🙂 . Tapi insyaAllah, jika dapat jaga pandangan mata, insyaAllah, Allah akan jaga..

Okay, cerita mengenai kucing nie, daripada kecil lagi keluarga aku dah biasa membela kucing di rumah. Selalunya dalam 10-20 ekor pada satu-satu masa. Best kan tengok telatah kucing nie.. Siapa yang dah biasa membela kucing akan tahu dan faham karenah kucing.. 🙂

Semalam bila rancak berbual dengan adik aku, adik aku hantar satu gambar kat Whatsapp aku. Dia gelak-gelak, aku pun pelik lah.. Bila aku buka gambar tue, automatik aku ketawa..Haha.. Hanya yang membela kucing sahaja akan faham bahasa tubuh kucing yang aku tunjukkan dibawah ini 🙂 (ada tiga gambar)

Hahaa.. Lawak tak ? 🙂 . Sekarang nie aku ada bela lebih kurang 20 ekor kucing, tiga daripadanya adalah kucing aku. Satu namanya, Samsiah, jika perasan gambar profile dalam blog ini (kucing berwarna putih dan hitam), aku ambil dia pulang dari bekas tempat kerja lama aku (Dimal), yang kedua Yoda, yang nie aku ambil di hadapan sekolah menengah bandar sungai buaya (lama dah) ada orang buang dia, masa tue dia kecil lagi, badan penuh kurap, sekarang dah okay, dah tua pun sekarang nie.

Dan ketiga, Siam Celup, yang nie bekas kekasih aku beri (wawa), dia suruh aku buang masa putus dengan dia. Seumur hidup, aku belum pernah buang walaupun seekor kucing lagi. Aku bela lah dia dengan penuh kasih sayang sekarang.. Pagi-pagi aku akan bawa dia keluar dari kandang dan bawa masuk dalam bilik, time nie lah dia main dengan aku. Dia nie kuat merajuk, jika aku jentik dia sebab nakal sangat atau tersiram air kat dia masa basuh kandang, dia dah taknak dengan aku, kekadang nak makan pun taknak.. nak kena pujuk dulu.. hahaa.. :-). Hari tue, aku jentik dia sebab nak gaduh dengan kucing lain, dua hari dia tak makan… Hahaa.. lepas tue aku dah fahamlah perangai dia… 🙂

Okaylah ye, dah nak pagi nie. Sesiapa yang bercuti, aku harap semua jaga kesihatan masing-masing ye. Jangan keluar rumah buat masa nie, sebab virus nie dah merebak bukan lagi melalui kluster gelombang kedua (perhimpunan tabligh) tapi majoritinya sudah tidak diketahui sumber sebarannya. Hati-hati ye, aku doakan kebahagian semua 🙂

Khairul Azahar Sharriffuddin
21 Mac 2020 12:08 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Selangor

Diari 186 : When The Love Falls
Previous Post Diari 186 : When The Love Falls
Diari 188 : Tak Kenal Maka Tak Cinta..
Next Post Diari 188 : Tak Kenal Maka Tak Cinta..