Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 230 : Selamat Tahun Baharu 2023

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Aku nak ucapkan selamat menyambut tahun baharu 2023 kepada semua. Kiranya tahun ini umur aku dah masuk 37 tahun lah.. sekejap je rasanya masa berlalu kan.. Dah ketegori “pakcik-pakcik” dah nie.. haha..

Untuk tahun ini, ada beberapa perkara yang aku nak capai, InsyaAllah. Yang pertama sekali, aku nak jaga kesihatan aku je lah, penatlah kalau asyik sakit je.. banyak kerja akan jadi tertangguh.. progress akan jadi perlahan.. Sakit nie sebenarnya sebab dari kesilapan diri sendiri je sebenarnya..

Yang kedua, aku nak hidup aku lebih teratur (ada jadual harian), rugi masa jika tak digunakan dengan sebaiknya.. InsyaAllah, ini adalah dua perkara yang aku nak ambil perhatian untuk tahun 2023. Baiklah, aku pun taknak tulis panjang-panjang..Semoga diberikan kesempatan untuk bertemu di dalam diari-diari akan datang 🙂

Diari 229 : Terakhir 2022
Previous Post Diari 229 : Terakhir 2022