Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Hari ini adalah hari kelahiran aku yang ke-37. Alhamdulillah diberikan kesihatan dan ruang kehidupan yang baik oleh Allah swt. Rambut pun dah mula gugur umur-umur macam nie, risau gak… boleh jatuh saham teruk macam nie.. Haha.. Mungkin dulu lah kot, kena simen banyak sangat kat rambut masa kerja kat kilang dulu..:-)
Baiklah, hari nie nak kongsikan mengenai kisah kucing aku, nama dia celup (kucing betina). Sebab apa celup ? nanti aku ceritakan :-). Hari ini ia telah melahirkan anak sebanyak 5 ekor (4 ekor hidup) bertepatan dengan tarikh lahir aku. Diberi nama celup disebabkan bukan siam original.. Mak dia kucing kampung, sesat dia seekor masa lahir bulu siam, tapi adik beradik dia semua bulu warna kucing kampung.. Dulu masa dia kecil, selalu kena ejek.. “kamu siapa..kamu siapa”..haha… 🙂
Dipendekkan cerita, usia dia dah besar dan dah tiba masanya nak mengawan (kau orang boleh bayangkan lah bila kucing tengah heat, malam memang tak boleh nak tidur, sebab bising sangat nak mengawan).. Dekat sebulan tak berhenti, akhirnya aku kahwinkan dia dengan kucing yang paling aku sayang.. Namanya celup juga (kucing jantan).. 🙂 . Celup jantan nie adalah pemberian daripada kawan (boleh kata makwe juga lah) awal januari 2020.
Dia dibawa dari Perak. Dia nie kira kucing ganas juga, selalu kena gigit dengan dia sampai berdarah-darah tangan (bagi aku mungkin dia tak pandai atau tak tahu cara untuk berinteraksi dengan manusia). Setiap pagi, aku akan main-main dengan dia dalam kandang, sengaja je aku bagi tangan kat dia untuk digigit.. Setiap hari aku akan borak-borak dengan dia, boleh pula dia layan aku.. 🙂
Aku letak kandang dia sebelah bilik aku, setiap malam sengaja je aku panggil nama dia.. mesti dia akan menyahut. Dipendekkan cerita, bulan januari aku campurkan celup betina dan dengan celup jantan.. Mula-mula si celup jantan nie tak pandai nak mengorat..dia acah-acah je.. celup betina nak golek-golek dah.. hahaha..
Sebenarnya kitaorang namakan celup betina sebagai celup golek-golek (sebab dia suka golek-golekkan badan dia)..haha.. dan celup jantan pula kitaorang namakan celup bandot (bandot nie kambing) sebab badan dia bau kambing..haha.. Lama juga si celup jantan nie nak mengorat.
Tapi pada 4 Febuari 2023, aku tengok si celup jantan dah mula taknak makan. Malam tue aku keluarkan dia daripada kandang dan aku bawa dia tidur dalam bilik. Aku taknak cerita apa yang terjadi sangat, tapi awal pagi 5 Febuari 2023, dia dah mula tak boleh bangun. Aku usap dan cium dia, aku menangis tak berhenti.. sebab aku tahu hari itu mesti dia akan pergi.. Sampai waktu petang, dalam keadaan dia sakit, aku cuba panggil nama dia, dia masih lagi dapat menolehkan kepala dia memandang aku..
Aku pandang dia, anak matanya dah mula membesar. Aku tahu, waktunya dah tiba sampai akhirnya. Aku baca bismillah dan selawat sambil menutup matanya dan apabila aku mengangkat tanganku, dia dah pergi buat selama-lamanya. Dalam keadaan hujan aku tanam dia (sempat juga sebelum tanam, aku bawa dia ke kandang letak kat sebelah celup betina, aku cakap, “dia dah takde lagi”).
Sebenarnya aku menulis nie dalam keadaan menangis, aku tak boleh nak tahan, sebab banyak janji yang aku tak tunaikan semasa dia hidup. Baiklah, tak lama lepas tue, masa aku nak beri makan, aku tengok perut si celup betina (membesar), aku pegang perut dia dan rasa “eh, celup bunting lah”.. Akhinya ada juga waris si celup jantan sebelum dia mati..
Dipendekkan cerita, hari ini dia lahirkan anak..semua warna celup juga 🙂 . Baiklah, diharap kau orang boleh lah layan coleteh aku malam ini. ya 🙂 Aku dah jarang menulis, malas sebenarnya. Walaupun ada cerita menarik nak kongsi, tapi nak menulis tue.. aduhaiiiiii.. 🙂