Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 234 : Keakuan Diri

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Awal pagi tadi, sekitar jam 6:10 pagi selepas selesai solat subuh, aku hantar adik perempuanku (Beela) ke Stesen MRT Sungai Buloh untuk pergi ke tempat kerja di Klang (internship). Dalam 2 minggu ini mungkin dia akan berulang-alik dari sini (Rawang), sebab adik perempuanku (Beeha) berpantang di sini (rumah emak). Alhamdulillah dia selamat melahirkan bayi lelaki di hari terakhir ramadhan (dah bersiap nak balik kampung untuk cuti hari raya masa itu).. Beranak kat pintu rumah… 🙂

Beela sebelum nie dia tinggal dengan Beeha kat Klang (sebab takde orang kat rumah sana, dia pun takutlah nak tinggal seorang). Aku tanya dia sampai kat tempat kerja pukul berapa, dia cakap 9:30 pagi (lewat sejam), jadi esok mungkin 5:30 pagi aku akan hantar dia. Tadi nak ambil dia pun dekat sejam juga.. sebab jalan sesak kat sungai buloh.. mungkin sebab orang balik kerja rasanya…

Aku okay je, dengan usia nak menginjak 40 tahun nie…Takde nak “rushing-rushing” sangat.. lebih relax.. Jika dulu, sikit-sikit cepat panas, kelam kabut lagi… Sekarang pun macam tue juga, tapi takdelah seteruk sebelum nie, boleh dikawal.. kekadang tue terlepas juga, tapi taklah lama sangat.. sekejap je dah sejuk..

Baik, sebenarnya niat aku nak tulis blog hari ini adalah aku nak kongsikan mengenai lagu hari raya. Pernah dengar lagu “Salam Dunia” (M.Nasir). Lagu hari raya favourite aku nie… Bait-bait lirik lagu yang memukau (memang super A+ cara dia blend). Bagi aku lah, orang “biasa-biasa” takkan ada kebolehan untuk buat susunan seperti ini melainkan dia ada pengetahuan mengenai ilmu tasawwuf.

Bait (baris ayat), “kita pohon kemenangan, meroboh kota keakuan, ini saatnya, yang ku nanti-nanti”. Sifat keakuan diri merupakan musuh paling utama bagi diri seorang insan (matlamat dalam perjalanan ilmu tasawwuf adalah untuk robohkan sifat keakuan diri ini lah)… Boleh jadi, kita takkan sampai maqam (kedudukan, darjat) ini sehingga kita mati..Sifat keakuan diri ini adalah “pusat” bagi kesemua kejahatan diri. Sebab apa ? sebab sifat keakuan diri ini ibarat kita menjadi “penyembah” kepada diri sendiri..

Lagu ini panjang lagi nak huraikan sebenarnya,tapi disebabkan dah lewat sangat, aku nak ringkaskan je lah.. Baris penutup lagu ini, “Inilah hari kita, tiada lagi rasa ketakutan” . Part nie yang paling best sekali, nak beri gambaran “feeling” tue tak pandai sangat.. Tapi jika kau orang pernah adalah pengalaman dalam “perjalanan” yang aku maksudkan ini, aku yakin kau orang akan ada “rasa” yang sama seperti mana yang aku rasa…Baiklah, insyaAllah. Jika ada kesempatan nanti kita jumpa lagi ya 🙂

Khairul Azahar Sharriffuddin
16/04/2024 11:35 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Rawang

Diari 233 : Kelepasan Waktu
Previous Post Diari 233 : Kelepasan Waktu
Diari 235 : Sepanjang Masa
Next Post Diari 235 : Sepanjang Masa