Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 16 : Hari Kejadian

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Hari ini, aku balik kerja dalam keadaan hujan di pertengahan jalan. Aku berfikir, “dah lama aku tak bawa motor, kena hujan macam nie best juga”. Dahulu selalu berhujan dan berpanas di tengah jalan..Aku rindu saat itu. Aku suka bermandikan hujan.. Basah-basah gitue.. 🙂 . Sekarang motosikal dah tiada, aku berikan kepada abang aku.. Tak tahulah pandai lagi bawa motorsikal atau tak.. 🙂

Sampai sahaja di Bandar Sungai Buaya, aku singgah sebentar di kedai Runcit. Beli sedikit barang-barang untuk memasak (bawa bekal makan ke tempat kerja). Lepas itu aku singgah ke kedai gunting rambut untuk mengunting rambut, biar kemas sikit. Selalunya rupa aku macam baru bangun tidur, walaupun lepas mandi.. 🙂

Tahun ini aku nak selalu kelihatan kemas. Aku dapat rasakan mungkin tahun ini, aku akan dapat bertemu dengan “orang” yang ditakdirkan untukku… Mungkin aku jumpa dia di kedai makan ke, petrol pump ke, pasar malam ke, Mungkin lah.,InsyaAllah.. Doa-doakan lah ye.. 🙂

Hari Kejadian..

Okay, petang tadi aku ada baca kat WhatsApp (group company). Ada senarai nama-nama pekerja yang menyambut ulang tahun kelahiran untuk bulan ini (January). Antara yang termasuk adalah, Rao (my best friend), Cik Hidayah (Human Resources) dan Aswani (Materials).

Masa “unloading” kontena, aku jumpa Aswani dan bertanya kepadanya, “Bulan ini sambut harijadi kan, berapa hari bulan ye ?”. Dia katakan, “Hujung sekali..31 January”. Lepas itu aku jawab, “nanti saya belikan kek”. Aswani sambut jawaban aku dengan berkata, “hadiah pun dah okay”..

Okay.. 🙂 . InsyaAllah nanti aku belikan dia hadiah.. Dia nie perempuan yang baik dan lurus.. Cara dia bercakap pun lemah lembut dan tak tinggi suara, cara dia berjalan, cara dia pandang orang, cara dia berdiri, cara dia handle kesedihan dan kegembiraan, aku boleh nampak daripada wajah dia, itu semua datang daripada pengalaman dia. Aku sebenarnya selalu perhatikan dia daripada dalam Lab.. Haha.. 🙂

Penutup Untuk Hari Ini.

Oh ya, lupa satu perkara lagi. Thaipusam nanti aku akan bercuti (Hari isnin). Kira dapat cuti 2 hari lah. Aku akan start semua kerja-kerja freelance aku pada tarikh tersebut. Esok Overtime akan start balik, tapi rasa dah tak lama, sebelum Thaipusam mesti dah habis.. Aku dah taknak ada apa-apa gangguan lagi. Aku nak beri tumpuan sepenuhnya kepada kerja aku..

Sekurang-kurangnya aku nak ada satu projek yang boleh maintain kan pendapatan bulanan aku. Lepas itu aku nak cepat-cepat kahwin.. Hahaa.. 🙂

Khairul Azahar Sharriffuddin 
15 January 2019 9:58 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 15 : Web Dan Waktu Terluang
Next Post Diari 17 : Kucing Dan Shopping