Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 37 : Masa Lalu

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah selamat sampai di Negeri Sembilan (Senawang). Aku bertolak jam 6:15 Petang dan sampai sekitar jam 8 malam. Disinilah tempat aku membesar (darjah 1 sampai 5), sebelum aku berpindah ke Kuantan, Pahang pada tahun 1999 mengikuti keluarga..

Kemudian kembali semula disini pada usia 19-20 tahun. Masa itu aku bersendiri (lari dari rumah). Aku mula bekerja sebagai operator pengeluaran di Senawang Industrial Park. Tak lama selepas itu, bekerja sebagai pengawal keselamatan. Merata-rata aku cari kerja dengan mengayuh basikal.. Susah aku nak cari kerja dengan keputusan SPM yang macam ini..

Ada suatu hari, aku kayuh basikal dari Senawang sampai ke bandar Seremban nak minta kerja jadi pengawal keselamatan. Aku sampai kat tempat itu sekitar jam 6 petang. Aku masuk dalam Office, kemudian bertanya, “nak tanya, ada kerja kosong tak ?”. Ada seorang abang tue cakap kat aku, “kau tau tak sekarang pukul berapa ? kau datang esok”. Kemudian aku cakap, “saya datang jauh kayuh basikal bang, dari senawang”. Dia cakap, “kau datang esok”. Sampai sekarang aku masih ingat lagi kejadian tue..

Tak lama selepas itu, aku balik semula ke kampung (minta maaf dengan ibuku). Hampir dua tahun aku lari dari rumah. Aku kemurungan beberapa tahun, tak bercakap dengan sesiapa, aku duduk dalam satu bilik (dirumah atok dan nenek).. Aku akan tidur sepanjang waktu siang, dan akan berjaga pada waktu malam sehinggalah waktu subuh..

Dan pada usiaku 24 tahun aku kembali semula disini, aku belajar di GiatMara Seremban (Teknologi Kimpalan & Fabrikasi Logam).. Disinilah semuanya mula berubah dalam hidupku.. Lepas habis belajar, aku mula bekerja.. Alhamdulillah tak sukar untuk dapatkan pekerjaan.. Kemudian aku sambung lagi belajar di Kolej Komunti Hulu Langat (Teknologi Penyamanan Udara Dan Penyejukan Domestik) Pada Tahun 2014.

Aku akan berulang setiap hari dari Rawang menaiki motosikal. Hampir sejam untuk sampai. Jika aku penat, aku akan terus ke Negeri Sembilan (Senawang) kerana jarak perjalanan yang lebih dekat (sekitar 40 Minit).. Aku akan melalui Lebuhraya LEKAS.

Esok pagi aku akan kembali ke Rawang melalui Lebuhraya LEKAS. Aku nak rasai pengalaman masa laluku, yang mana masa lalu itulah yang menjadikan aku kini..

Khairul Azahar Sharriffuddin
4 Februari 2019 1:31 Minit Pagi
Taman Marida, Senawang, Negeri Sembilan
Previous Post Diari 36 : Si Pipi Merah
Next Post Diari 38 : Pancaindera