Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 75 : Mentari Yang Kian Menghilang

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Petang semalam, (selepas pulang daripada tempat kerja) aku pergi ke bandar Rawang (repair jam Abang Zul) dan juga servis jam tangan aku. Lepas itu aku singgah sebentar di kedai peliharaan haiwan (beli makanan kucing). Selalunya pertengahan bulan makanan kucing akan habis..

Orang kedai tue tanya, “berapa ekor kucing ada kat rumah ?”. Aku jawab, ” ada dalam 20 ekor”. Si Samsiah tue pun dah 2 kali beranak.. Haha..:-) . Samsiah nie aku bawa balik dari tempat kerja. Aku ingat lagi, hari kedua selepas aku buat operation mata (2 tahun yang lepas). Aku datang ke tempat kerja, bawa balik dia naik kereta (masih cuti MC). Aku datang dengan abang aku (tak boleh bawa kereta, sebab mata masih kabur, berbayang-bayang)…

Selalunya pada waktu malam, dia akan tidur di kaki aku. Malam nie pun sama. Dulu rajinlah dia teman aku (tak kira waktu), tapi sekarang nie lepas dah ada anak (dia dah kurang layan aku).. 🙂

Freelance

Alhamdulillah, laman web Hartanah.my mendapat sambutan yang menggalakkan selepas sebulan pelancarannya. Sehingga hari ini, hampir 200 properties telah disenaraikan dan ada lebih kurang 120 perunding dan agensi hartanah yang berdaftar.

Buat masa ini, aku hanya melakukan marketing melalui laman media sosial sahaja seperti Facebook dan Whatsapp. Ada beberapa marketing tools yang sedang aku develop dan integrate kan ke dalam sistem web (email marketing, dll).

Impian aku nak buat direct marketing (jumpa client & prospect). Bagiku, dengan cara begini progress nya akan lebih cepat. Tapi disebabkan faktor masa (bekerja di siang hari), semua itu tidak dapat dipenuhi. Serius aku ingat (beberapa minggu yang lepas), aku dah takkan bekerja lagi, dan aku boleh buat semua perkara ini. (Tapi ini semua kehendak Allah swt). DIA yang menentukan segalanya..

Untuk laman web yang lain-lain pula (aku hold buat sementara waktu ini).. Badan letih sangat (lepas balik kerja).. Peluang yang ada pun hari ahad (InsyaAllah, aku akan gunakan sebaik-baiknya waktu itu)..

Aku Yang Bersalah

Untuk beberapa ketika waktu ini, ada suatu perkara yang selalu bermain di dalam perasaanku. Perasaan bersalah dengan apa yang telah terjadi. Aku rasa perkataan maaf yang datang daripada hati ini sekalipun takkan mengubah apa-apa pun yang telah terjadi..

Aku minta maaf… minta maaf dengan apa yang telah terjadi. Aku tak tahu nak katakan apa lagi, dan aku dapat rasakan tiada kata-kataku ini yang dapat mengubah apa-apa lagi.. Maafkan aku.. dan aku harap kau dapat menjaga ibumu itu dengan sebaik-baiknya…

Khairul Azahar Sharriffuddin
9 April 2019 5:42 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 74 : Terakhir Untuk Dia
Next Post Diari 76 : Naratif Yang Telah Usang