Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 76 : Naratif Yang Telah Usang

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Malam nie aku tak berapa nak sihat (migrain). Aku jarang sakit pada waktu malam (tapi petang tadi, aku dah dapat rasa auranya). Tak teruk sangat (cuma sakit sedikit di belakang kepala).. Masih boleh menulis 🙂 . Hari ini aku nak tidur sampai pagi (rehat)..

Hari itu, aku ada janji nak publish kan semula diari yang pernah ditulis oleh diriku suatu masa dahulu mengenai Malam kan ? (Diari Tahun 2009-2010). Boleh baca semula Diari 73 : Yang Megenalkan Hati Kepada Sesuatu . Tadi, aku ada selongkar Laci (cari diari-diari yang lama). Alhamdulillah jumpa, tapi untuk diari ini, aku hanya jumpa sekeping kertas sahaja (page terakhir)..

Selongkar dalam laci rumah, jumpa semula diari-diari lama yang pernah ditulis suatu ketika dahulu

Aku masih ingat lagi tajuk diari nie, Malam, Kau Mengenalkan Aku Kepada Sesuatu. Sebagaimana yang aku kisahkan sebelum ini, aku banyak menghabiskan masa malamku di usia remajaku. (aku tak tidur malam). Bukan setahun, tetapi bermula dari usia 14 tahun sehinggalah sekitar usiaku 23 tahun. Lama kan ?.Aku dapat rasakan hatiku akan benar-benar hidup bila waktu malam (rasa dalam hati)..

Okay, aku kongsikan diari nie semula ye, (tak sepenuhnya) kerana sebahagiannya telah hilang dan rosak..

Malam Kau Mengenalkan Aku Kepada Sesuatu (2010)

….Dan dengan kehadianmu malam, dapatlah ku bisikkan segala isi hati ini kepadamu. Aku tahu kau akan mengerti dan memahami sesuatu yang tidak akan dipedulikan oleh cahaya yang terang berderang (siang). Walaupun cahayamu menerangi pandanganku di kala siang, tetapi kaulah yang sebenarnya membutakan hatiku.

Dan dialah (malam) yang telah menyinari setiap penjuru hatiku. Kau mengenalkan aku kepada sesuatu yang tidak ku kenali sebelum ini. Dan kau jualah menjadi alasan untuk ku terus hidup.

Kehidupan ini tidak akan hadir (ada) tanpa kehadiranmu malam dan siang. Kaulah mengikat setiap yang hidup dan kaulah yang melengkapi kitaran bagi setiap yang bernyawa.

Dan bila tiba waktu usiaku meninggalkan dunia ini, kau akan ditakdirkan untuk terus hidup sehinggalah tiba waktu untukmu (siang dan malam) mengakhiri hidupmu berdua. Dan Firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Qashash ayat 72-73 yang bermaksud :

Katakanlah: “Terangkanlah kepadaku, jika Allah menjadikan untukmu siang itu terus menerus sampai hari kiamat, siapakah Tuhan selain Allah yang akan mendatangkan malam kepadamu yang kamu beristirahat padanya? Maka apakah kamu tidak memperhatikan?” .Dan kerana rahmat-Nya, Dia jadikan untukmu malam dan siang, supaya kamu beristirahat pada malam itu dan supaya kamu mencari sebahagian dari kurnia-Nya (pada siang hari) dan agar kamu bersyukur kepada-Nya.

Khairul Azahar Sharriffuddin
9 April 2019 10:17 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 75 : Mentari Yang Kian Menghilang
Next Post Diari 77 : Untuk Kakak